Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, September 14, 2011

Megi dan perempuan

Tiba-tiba sebelum isyak tekak aku teragak nak makan megi. Aku bagitau hasben aku dan dia pula sama nak makan megi juga. Maka selepas sembahyang kami pun makan megi kari semangkuk seorang.

Dulu masa aku sekolah asrama, abah selalu kirimkan aku megi.  Bukan tak boleh beli sendiri tapi kalau abah/mak yang kirim, duit poket tak keluar.  Lagipun abah akan hantar sekotak besar yang berisi berpeket-peket mee megi. Aku kedekut.  Aku sorok dalam loker, celah-celah baju.  Cuma kawan baik aku je yang aku ajak kongsi makan.

Biasanya kami makan masa studi tengah-tengah malam.  Letak megi dalam tipuware dan curah dengan air panas yang dimasak pakai heater. Heater itu pula kami sorok-sorok pakai sebab warden marah kalau dia tahu. Kalau nak air panas kena ambil di dining hall.  Tapi siapalah yang nak ikut cakap warden seratus peratus kan. Jadi, megi tu kami makan bogel-bogel macam tu saja.  Takde sayur.  Takde telur. Takde cili api. Takde benda apa-apa pun.

Malam tadi kami makan megi yang cukup bahan tambahan. Slarp slurp kami makan. Makan bual makan bual. Bila tak semena-mena mata kanan aku pijar terkena percikan kuah megi, aku berkejar ke sinki membasuhnya. Ia seolah-olah satu amaran yang aku telah melihat sesuatu yang tak sepatutnya aku lihat. Mungkin. 

Sebab sebelah pagi semasa aku membayar bil di TNB aku melihat seorang perempuan cantik yang berpakaian lengkap dari kepala sampai ke kaki tetapi tidak lengkap.  Ia berpakaian menutup segalanya tapi tak tertutup. Berbaju lengan panjang dan labuh menutupi punggung tetapi jarang menampakkan kutangnya yang bewarna merah. Memakai seluar panjang sampai ke tumit tetapi melekap menampakkan bentuk.

Memang aku pandang dari atas ke bawah.  Memang hati aku berkata-kata.

Kepada adik-adik dan anak-anak, berhati-hatilah bila berpakaian supaya tidak mendatangkan dosa juga pada mereka yang memandang.


Dah lama maryam tak interfrem.

ibundo

36 comments:

kakcik said...

Makin terserlah kecomelan Maryam. :)

rezeki said...

salam kak pah


hehehe lama juga saya pun tak pekena megi

kat rumah sekrg semenjak anak2 takde, takde sapa nak habis kan, sampai ada yg dah expired

megi mengingatkan pengalaman saya di paris , hotel tu tak sediakan cerek elektrik, perut lapo pulak tgh pagi buta psl winter

last ,pakai air panas dari paip kat bilik air je hehehehehehe

halal hehehe
yg pasti tak sakit perut pun lps makan hahaha

pssss apa ke benda kutang tu kak hehehe

NM02 said...

saya dan husband hantu megi juge

ya Allah maryam... bolatnya mateeee.. meh nak geget pipi tu

marinahunny said...

hehehhe kak pah kutang tu pakaian dalam ke?

kakngah said...

kecik2 dulu arwah mak pantang betul kalau makan megi. selalunya bila arwah mak ada rewang ke.. g kenduri ke, mula curi2 makan megi. g beli sebungkus. 3 posen jek jam tu. plastik megi tu tak berani nak buang kat tong sampah. nanti mak jumpa bahan bukti. campak kat semak belakang rumah hihihihi!!!

maryam kuat nangis lagi tak??
hihihi!!!

kucingorengemok said...

kak pah kat asrama tahun bila ye? makcik kita kerja dining hall tu dulu²...

JunAina said...

anak bunsu aina dan husband jugak suka megi...kata abahnya menurun le tu tp aina tak berapa suka entahlah kenapa...

pB said...

semua yang dok di asrama ada pengalaman bersama maggie nie

tasekM said...

sbb makan megi la kita pandai eh...?

haha...



.

bujal X said...

mata maryam menusuk kalbu.

Cho Zila said...

dalam maknanyakan... moga kita terhindar dari bahaya...

ejaMaria said...

semalam berbuka dengan maggi... teringin... hihihi

Chik Att said...

megi makanan peberet masa kat asrama....

Ms.Lilies said...

kehkehkeh.....style makan megi yg sama mcm kitorg kat asrama dulu...pun licin berslurp2 kan....



ooohhhhhh itu budak...sungguh pot2 pipi dia....nak gegettttt

Suliana said...

tgh2 puasa ni terliur plak nak mkn megi. hehe... tapi takkan nak buka megi je hari ni. hehe

Ena said...

semalam tengahari pun ena makan megi.. tak de selera nak makan nasi.. megi jugak yg diidamkan.. heheh.. tp sedapkan sesekali makna.. :)

cikmanggis said...

kakpah..masa kat dorm d2-4 cm masak megi dalam baldi hehe.bubuh air pastu letak heater.Masukkan megi.Makan satu Dorm...best giler:)..alamak dah besar Maryam:)matanya sungguh bulat:)

AzeedA said...

Assalamualaikom kakpah.. :)
teman + anak2 dh beraye megi hr ke-3 tak silapnye hehehe.. abgngah yg ngidam. arwah mak kate mkn megi byk nnti rmbut cpat gugor.. tp rmbt teman mmgnye sikit semulejadi ;)

gewwam tgk maryam!

Mak Su said...

kebetulan, saya tengah lapar dan sedang memikirkan megi sup, tapi tak de stok. huhuhu

h4ni3 said...

maryam comellll!

err.. kutang tu apo bondo kakpah?

ASH said...

rindu nak belek blog...tak berkesempatan!..
.
.
.
.
maryam comei.
.
.
.
kutang tu ialah BRA ek?

ASH said...

sebab KUTANG bunyi macam BUTANG..
.
.
orang anggap BRA sekarang STAILO dan perlu di SHOW OFF sebab tu syok nak pakai baju JARANG MARANG!

Anaa said...

kak, tetiba rasa terliur nak makan megi... balik ofis jap gi harus singgah kedai beli..

deqlis said...

lps raya mesti ramai yg cari meggi..hehe

Acik Erna said...

kak pah comel e maryam..bulat mato e..
kak pah nak tau..saya kan..dah umur dokek 40 tahun baru bolajar makan megi..maso bolajar dulu kawan2 buek cam kak pah tu lah..tapi sikit pun tak do keinginan nak mencubo saya lobeh suko makan biskut dan guti yo.

Zaitun said...

Sesekali makan megi sedap juga tapi biarlah cukup ramuannya.

Mata Maryam bulat...comel sangat.

iina said...

Maggi kari mmg best kak.. Maryam dah tak meragam dah kan ;)

AZANI said...

hajjah, macam sama pengalaman maggi tu,warden saya pun tak bg pakai heater, ambil air panas kt dining sampai jam 8 malam je...

agaknya standard untuk penghuni asrama mana mana...

Aku said...

aku suka megi asam laksa..... tambah kisap sikit...

ibundo said...

kakcik,
dah makin lasak..

pak itam,
kat sekolah dulu ada juga budak buat peel masak pakai air panas kat air paip. Sama gak.. tak terberak-berak tapi dia nak ambil air tu pun sikit punya seksa. Terpaksa curi2 masuk sickbay.

nmo2,
hantu megi boleh makan megi. hantu kak limah? haha..

marina,
haha.. bra

kakngah,
kebanyakan mak2 ni seriau kalau anak2 suka sangat makan megi. Takut botak dan otak terencat haha..

ibundo said...

kog,
kita orang lama. Hsc 75.

jun,
megi ni makanan kalau lapar tegah2 malam dan takde benda lain nak makan hehe

pb,
dah budak2 pun selalu kebulur je kan..

tasek,
ya.. setuju sangat2 dengan ko.

ibundo said...

bujal,
dah besar sok tak taula kalbu sapa yangkena tusuk.

cho zila,
mintak yang baik2 je kan

maria,
kalau lengkap segala bahan, sedap aper..

chik att,
sama la kita kan?

lilies,
sapa yang tak suka megi..haha

suliana,
hehe.. apa salahnya

ena,
sekali sekala memang sedap. selalu selala.. muak. lagipun tak brapa bagus kan?

cikmanggis,
mak oi hai.. dalam baldi kehkeh.
Lepas tu rendam kasut lam baldi tu kan?

ibundo said...

azeeda,
megi ni banyak ajinomoto sebab tu mak2 tak kasi makan banyak2. Takut rambut gugur. Eh.. ye ke rambut gugur sebab makan megi hehe.

maksu,
apa lagi. setat enjin motosikal pegi kedai jap.

hani,
haha.. bra lah.

ash,
aku ingat sebab dia nak tunjuk bra dia yang warna merah tu. sebab tu pakai baju jarang. cis.. kurang pahala poser aku.

anaa,
singgah.. jangan tak singgah..

deqlis,
muak dengan ayam dan daging haha. Deq, terima kasih kad raya haritu. kpah tak balas sebab memang takde beli kad sekeping pun. selamat hariraya.

ibundo said...

erna,
cukup kuek dayo tahan kau na. cam tu punyo sodap megi tu sikit pun tak mengancam ekau yo hii...

zaitun,
haah.. kena sesekali.

iina,
megi kari kono taruk cili api dua tigo bijik. umang ai... maryam dah okay dah. tak nagis lagi dah.

azani,
kita paham gaklah apasal warden tak bagi pakai heater. Takut terbakar. tapi kita ni degil kan?

nizam,
asam laksa pun okay.

ibuintan said...

kakpah... sey pun suko makan megi bogel maso di asrama


sodapp walaupun bogel

kucingorengemok said...

hehe, makcik kita 79 confirm kat situ dah, sampai ke pencen... 75 tak tahu pulak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...