Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 15, 2011

Hidup tidak sentiasa cerah dan tidak pula sentiasa mendung

Pagi-pagi sebelum subuh, sudah menderum lori sampah lalu. Aku menjeling melalui tingkap ke arah mereka yang terbongkok-bongkok membuka tong sampah orang, mengutip plastik-plastik yang jelas berbau merahang dan menghumbankannya ke dalam lori. Air-air sampah pasti menjejes-jejes di atas jalan raya. Kalau tak disiram dengan air, bau itu pasti pula menerobos masuk ke hidung orang yang lalu berhampirannya.

Semasa kami sama-sama kecil, sepupu aku pernah berkata sambil kami bemain-main; Aku nanti bila besar nak jadi drebar steamroll. Memang dia terlalu minat dengan jentera-jentera berat. Kalau ada buldozer mengorek tanah atau steamroll menggelek batu tar di jalan raya, dia akan melongo memandang penuh  minat. Memang kesudahannya belajarnya pun tidak setinggi mana dan akhirnya bekerja sebagai pengimpal besi.

Kita selalu menasihati anak-anak supaya belajar tinggi-tinggi supaya nanti dapat menjawat jawatan yang tinggi-tinggi juga. Disebabkan dunia ini dunia materalistik dan semuanya memerlukan wang yang banyak maka kita nilai kebahagian hidup itu dengan wang ribu riban kalau tak juta-juta. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup susah tanpa wang tetapi tidak juga mahu anak-anak kita menjadi hamba wang semata-mata.

Kita? Masa di sekolah mungkin kita mempunyai cita-cita yang lain daripada apa yang kita dapat sekarang.  Mungkin juga kita capai apa yang kita cita-citakan. Dan tidak kurang juga yang mengharap supaya hidup masa kini akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Masih ada masa untuk memperbaiki segala yang kurang kerana peluang untuk memperbaiki diri memang tersangat banyak untuk kita terokai.

Tersangat kurang yang mahu menjadi pengutip sampah.  Tanyalah siapa saja.  Pengutip sampah tidak termasuk dalam senarai cita-cita masa depan. Tetapi tanpa mereka hidup kita akan menjadi tidak selesa kerana sampah-sampah yang terlonggok di depan pagar rumah kita terbiar tidak ada sesiapa yang memungut. Walaupun pekerjaan itu nampak tidak mempunyai taraf, sebenarnya ia adalah satu pekerjaan khidmat masyarakat yang sangat mulia. Kita berterima kasih pada mereka.  Kita doakan supaya mereka dapat mempertingkatkan hidup mereka ke taraf yang lebih baik.

ibundo

33 comments:

cikmanggis said...

masyallah ...terima kasih kakpah...insaf Cm.jika tak ada pekerja pekerja kutip sampah tu..hai tak dapat bayangkan jika kena buat kerja tu sendiri.

Masa balik kampung hari tu kena buang sampah sendiri sb tiada khidmat seperti kt kl ni.Walau pun adik Cm dok taman perumahan tapi sampah kena buang sendiri ke Tong sampah besar kat jalan besar...susahnya.Tambahan jika musim perayaan berapa banyak sampah yg terkumpul.Tak termasuk lampin pakai buang anak anak kecik..

Citarasa Rinduan said...

bila baca entry ibundo ini ayu terfikir sangat2..
apa yang berlaku pada hari ini pada ayu.. jua bukan pilihan ayu
namun, ayu happy..sekurangnya dahulu impian ayu dah terlaksana..
mendidik anak bangsa
kita mendidik jua

didik pekerja.. hehehehe.. salam pagi khamis buat idundo

ejaMaria said...

rasanya ni entry ke-2 Bundo buat pasal pengutip sampah kan?...

slalu perhati - yg keje kutip sampah ni Bangla je... Indon pun jarang nampak... trima kasih je la kat diorg...

kakngah said...

bila uncle lori sampah datang angkut sampah kat rumah sampah,
mesti nak tegur sapa uncle tu. paling tak pun tanya kabar...
sekurang2nya dia rasa dihargai...

cuma yang tak syoknya.. ada dikalangan manusia yang tak berapa nak berakal. elok2 dah disediakan tong sampah gedabak besar kat dalam rumah sampah tu... masih nak buang kat lantai gak..

dah menyusahkan uncle tu nak kaut sampah yang bertaburan...

kucingorengemok said...

dalam upin-ipin, kawan dia orang fizi cita² nak jadi tukang kutip sampah... bagus moralnya

mamamuaz said...

setuju sangat2! sangat mulia pekerjaan diorang ni ;)

rezeki said...

dalam dunia ni tak kira apa pekerjaan , yang tersirat ialah saling lengkap- melengkapi sebenarnya

contohnya mcm kerja mencuri , kalau takde pencuri , takdelah balai polis , takdelah mahkamah , takdelah hakim hehehehehehe

Suliana said...

cita2 saya dulu nak jadi tukang jahit :-p

Cho Zila said...

betoi.. betoi teringat cerita upin ipin gakni.. tapi yang penting apa jua pekerjaan kita pastikan ia membawa kebaikan kepada orang...

NM02 said...

ibu, ape yg saya nak cakap ni benda betul tau. anak kazen saya penah cakap, kalu abg tak lulus sekolah, dia nak keje bawak lori sampah.. tediam ibu dia..

Cho Zila said...

ibu... terimakasih kerana sudi komen kat blog saya..

Anna Qawina said...

aslmkm kak..sihat? beraya lagi?

Kaktiny said...

tiny sgt suka tgk pakcik majlis perbandaran yg sapu sampah jalan setiap pagi di sekitar jalan laluan ke pejabat tiny..

cara dia bekerja sgt tulus dan ikhlas... mukanya jernih.. (mungkin dia juga tidak pernah bercita-cita menjadi tukang sapu sampah).. tapi semasa berbual dengannya, dia kata dia sgt menggemari pekerjaan itu kerana masanya dpt diluangkan dgn berzikir setiap kali menyapu sampah.. dan dia seolah2 'menyimpan' daun2 kering ditempat selamat daripada bersepah berterbangan di kaki jalan..

~ Cik Azz ~ said...

Anak arwah P.Ramlee pon kerja dia jadi tukang kutip sampah... Siapa sangka, kan...

Mmg betul la, kerja dorang tu mulia.. sbb sanggup kutip segala kekotoran yang kita buang.. Kat sinipun dah ada lori ambik sampah ni.. Seminggu 2 kali dorang ambik..

Semoga kehidupan mereka lebih sempurna..

miloais said...

sokmo manusia pandang sepi insan2 yg keja kutip sampah ni
siap ada yg mencemuh

memang lah... kalo boleh semua orang nak kerja best kan??? duduk dalam opis ekon terpasang - sejuk dan tak kena panahan matahari
tapi siapa lah kita yg nak menentu-tetapkan segala yg akan datang kan? perancangan - usaha - mungkin boleh kita laku kan....
selebihnya???

Zaitun said...

Betul kata kakpah kalaulah mereka tu tak ada macamanalah agaknya sampah yang terlonggok kat depan rumah,tak boleh bayangkan. kalau dia orang cuti satu hari pun bau yang datang dari tong sampah punyalah busuk.
Terima kasih pada yang bertugas sebagai pengutip sampah.

pB said...

patutnya gaji mereka tu mahal

kaklong said...

teringat kaklong kek cito upin ipin..si fizi tu cito2 ea nak jadi dereba kutip sampah...boto yo tu kan?

Ezza said...

Teringat saya masa arwah akim masih kecil cita cita dia nak jadi orang sampah...saya tanya kenapa..dia cakap sebab dia nak bergayut kat lori sampah tu...hahahah

julietchun said...

kadang2 bila tgk dorang bukak tong sampah yg dah berulat tu timbul rasa kesian.utk bantu dorang cepatkan keje, bungkus sampah elok2 dan letak ditempat yg sesuai.

ibundo said...

cm,
tanpa mereka ni susah hidup kita. kat tempat kita ni letak dalam tong sampah ada yang datang kutip. kat kampung? kita yang kena buat sendiri.

ayu,
kakpah dulu tak bercita2 pun nak jadi cikgu. Tapi dapat jugak pangkat cikgu. Konon dulu nak jadi doktor.. sekarang jadi doktor dapur hehe..

ibundo said...

maria,
eh ye ke..
kat sini melayu dgn india. bangla tak nampak pulak.

kakngah,
ish.. tu akal lotak kek kopalo lutut tu. Memang sakit hati kalau tengok sampah bertaburan. Kesian yang mungut sampah tu.

kog,
kita ni patut ajar anak2 dari kecil supaya sampah tidak dibuang merata2. err.. ada kena mengena dgn komen ke ni hehe..

ibundo said...

mamamuaz,
elok bagi nama lain yang lebih sedap didengar kan?

rezki,
haha.. lawaklah pakitam.

suliana,
sekarang jadi apa? tukang jahit banyak buat duit tau terutamanya dalam musim nak raya hii..

ibundo said...

cho zilo,
setuju..setuju..

nmo2,
haha.. kadang2 bebudak ni main cakap je.

anna,
salam. Raya sebulan kan? hehe

tiny,
pokok pangkalnya ada di hati kan. Semuga pakcik itu menemui kebahagiaan di sunia dan juga di akhirat.

ibundo said...

azz,
dulu.. bibik kakpah kemas2 rumah kampung. Lepas tu sampah-sampah dilonggok tepi jalan. Atuk tanya kenapa letak sampah kat situ. Dia cakap nanti ada lori datang amek. Kitorang ketawakan dia. Mana ada lori sampah masuk kampung tu. Dia ingat macam kat rumah kitorang kat bangi ni.
baguslah azz dah ada lori masuk. Senang kan..

miloais,
macam tu keadaan dunia. Sapa yang nak susah kan? Semuga itu tangga pertama untuk dorang mencapai hidup yang lebih baik dan selesa.

ibundo said...

zaitun,
takleh bayangkan. Kalau tak datang dua hari je dah bebau dah dengan ulat bagai.

pb,
setuju..

kaklong,
elok tujuan e tu..

ezza,
mereka ni pada pandangan anak-anak macam superman agaknya

juliet,
orang yang tak tahu nak bungkus elok2, tangan tu nak kena katok tu...

Anaa said...

kak, saya selalu perati orang2 yang angkat sampah kat umah saya, bila 2-3 orang turun, berlari2 dari rumah ke rumah, bukak tempat buang sampah, angkut beg2 sampah yang 2-3 bijik serumah campak dalam lori yang bergerak perlahan2... sungguh laju dia orang kerja... masa angkut tu takde nak belek2 sampah takut terpegang tahi ke, ulat ke, apa ke... somehow kagum dengan mereka, sebab kerja mereka berkat, sebab dibayar dengan titik peluh yang mengalir..

ckLah said...

Betul kakPah. ckLah sendiri pernah berada di bawah...di bawah....dan di bawah. Nak naik semula memang payah.

h4ni3 said...

someone has to do the dirty jobs
tabik spring dgn diorg nih w/pun secara luarannya kita melihat mereka sebagai golongan yg kurang bernasib baik

ibundo said...

anaa,
dorang dah expert dengan kerja dorang. tabik lah kan..

cklah,
alhamdulillah kalau dapat naik semula kan? walaupun merangkak

hanie,
macam ko lah kan. Kalau takde doktor ni dukun-dukun mesti laris punya hehe..

ibuintan said...

tanpa mereka kita tak mungkin hidup selesa

ibuintan said...

tanpa mereka kita tak mungkin hidup selesa

ibundo said...

ibuintan,
betul kata ibuintan itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...