Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, September 19, 2011

Rebut membawa ribut

Bila terkuak pintu train, berebut-rebut orang di luar mahu masuk ke dalam.  Orang di dalam pula berebut-rebut mahu keluar. Maka berlaga-lagalah. Laga bahu.  Laga lengan.  Lega badan.  Tak kurang yang menyiku. Berkata jugalah di hati orang yang di dalam yang mahu keluar itu bahawa orang yang di luar meletakkan otak di kepala lutut sebab tak menyabar-nyabar nak masuk.

Bila ada sale di pusat beli belah, orang perempuan pun berebut-rebut masuk. Mereka berebut-rebut pula menggapai itu ini sehinggakan benda yang nak direbut tak nampak. Yang nampak cuma tangan-tangan yang menggapai-gapai. Dan tokeh-tokeh pusat membeli belah pun berebut-rebut tersengeh kerana mendapat untung besar ribu riban.

Bila ada cuti panjang di hujung minggu, orang-orang KL berebut-rebut balik kampung sehinggakan highway sesak dengan kenderaan  yang berebut-rebut mahu sampai dulu.  Sudahnya highway jem entah berapa kilometer panjangnya.

Rupa-rupanya bukan orang mesia saja yang suka berebut-rebut.  Orang satu dunia mempunyai perangai yang sama.

Begitulah yang berlaku di Mekah. Masing-masing tersangat suka berebut-rebut.  Berebut-rebut masuk tandas.  Berebut-rebut keluar tandas.


Akhirnya tersangkut. Yang di luar tak boleh masuk ke dalam.  Yang di dalam tak boleh keluar. Aku yang berada di dalam duduk tercanguk tepi tiang memandang keadaan yang sungguh melemaskan ini.


Aku dan hasben pun selalu berebut.  Berebut remote astro.  Aku nak tengok rancangan feveret aku.  Hasben aku pula nak tengok bola. 

Buat apa tengok cerita ni.  Dah tahu apa penghujungnya.  Semua cerita sama je jalan cerita. Orang yang menonton ni habis kena akalkan.  Itu cakapnya.

Jawab aku, Buat apa tengok bola.  Lagi dah tahu jalan cerita.  Bola sebijik berebut ramai-ramai.  Lepas tu berlari ke hulu ke hilir keliling padang. Penghujung cerita pun dah tahu.  Kalau tak seri, menang.  Kalau tak menang, kalah.

Moral of the story, rebutlah benda yang boleh mendatangkan faedah kepada kita. Bukan sebaliknya.

ibundo

25 comments:

kakcik said...

Seronok juga sesekali berebut2 ni. :)

~ Cik Azz ~ said...

Hehehehe...

Macam sey ni haa... Kadang2 peluang yang datangpun tak tau nak rebut.. Mungkin sebab memang tak pandai nak berebut-rebut agak ehh...

Tak tau la mana satu.. Tak pandai rebut peluang ataupun tak pandai main rebut2.. ehehh...

~ Cik Azz ~ said...

Alaaa.... Ingatkan nak rebut tempat pengomen pertama tadi.. Rupanya ada lagi orang yang terer merebut tempat tu... kehkehkeh...

kaklong said...

maso kocik marin,berobut makan ngn adik beradik..lopeh tu kono selopuk dengn mak....padan muko!

Kakzakie said...

Tapi kalau berebut yg di Mekah itulah yg hebat kan kakpah. Nak beribadat tapi berebut hingga mengganggu itu yg hairan. Kalau berebut nak beramal-ibadah tu lain cerita tapi berebut sampai mengganggu org lain banyak yg boleh kita nampak kan kakpah...terutama bila tawaf tu huh... dia langgar semacam je...

ejaMaria said...

Nayli dengan Luqman pun dah pandai berebut sekarang... Mama dia penin kepala... ;p

kakngah said...

mak ai kak... sosak boto tu. maun sompuit!

sekarang ni asek berebut lappy ngn adief. dia dah pandai main game.
haih... nak ngidam lappy sebijik, kok kono pelangkung lak dek Abem.. kehkehkeh!!!

diana said...

selalu jugak berebut remote astro tu...
hehehe...
seronok!ekeekk

tasekM said...

aku jarang berebut remote.
kot dia pegang remote.
aku pegang laptop.

haha.


.

iina said...

Rebut kak.. hehehe.. tgk gbr pun dah tau sesak sungguh ;)

Anaa said...

kak dulu saya terer rebut masuk dalam tren lrt.. hihi.. sebab takut kalo saya tak rebut orang lain rebut, penyudahnya coach penuh, saya tak dapat naik.. nak nunggu tren lain azab..

Acik Erna said...

kak pah..nasib baik saya tak ponah berebut remote astro..he he

h4ni3 said...

aduhhh
kat sana pun kena berebut ye kakpah
agaknya dah tak menyempat nak terkucil la tu.. huu~

Ms.Lilies said...

bab tv xde hal hihi....
itu bos once in a blue moon tgk tv....

Kunang-Kunang said...

Mungkin sebab sifat ingin lebih dan orang lain menjadi sikap berebut sangat disukai.

Aku said...

skrip hasben kakpah sama dengan aku lah... kebetulan.

atau memang lelaki semua macam tu?

secangkir madu merah said...

org lelaki ni mmg selalu jelez kalau tengok kita nak feeling2 ngadap drama.. kalau dia tengok bola sambil pekik gol gol tu takpe pulak.. ish geram...

aku tak suka berebut2 kak sebab aku tahu aku yg selalu kena mengalah.. makan hati aku kak..

Zaitun said...

Selalu berebut bilik air dengan hubby tapi sekarang bila hubby dah jauh takde berebut dah.

ibundo said...

kakcik,
berebut jangan sampai begaduh dah lah..

azz,
robutlah ape peluang yang bagus azz. banyak peluang bagus2 kat luar nun. kdang2 kito yoyang tak pandai milih.

ibundo said...

kaklong,
tang pada muko tu yang tak tahan tu adei..

kak zakie,
yang berebut-rebut sampai menysahkan orang tu yang tak baik tu kan.

maria,
haha.. biasalah tu.

kangah,
kikkik... takdo mano e do kono lopuk

ibundo said...

diana,
hehe.. sama ek

tasek,
kitorang tak rebut laptop sebab ada sorang satu kehkeh

iina,
sesak tu sebab takde sistem keluar masuk..

anaa,
tu lah pasal agaknya ye. kalau tak rebut, tak dapat naik.

ibundo said...

erna,
hehe. Rugi na..

hanie,
boleh tebarai kat tangga tu.

lilies,
ha.. ekau konker lah ye.

kunang-kunang,
macam2 sebab kan..

ibundo said...

aku,
oo.. kau pun selalu cakap macam tu ke

smm,
agaknya lah tu .

zaitun,
nak buek camno kan?

Ena said...

maaihhh.. padatnya...

ni kalo ena kompem la kena penyet kakpah sbb ena ni cinonet.. tenggelam dok bawah ketiak tak pun sampai ke paras pinggang dorang jek.. alahai..

memg tensi lah kalo gini jadinya..

ibundo said...

ena,
macam tu lah ena ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...