Nak cerita pasal raya ni, masing-masing punya cerita sendiri. Aku cuma nak sentuh tentang bab salam menyalam ni. Cerita pasal salam ni pun sensitif juga. Tapi aku rasa kalau dah sentuh hal agama, rasa sensitif tu kena tolak tepi. Tolak jauh-jauh. Kita ni orang melayu memang cepat sangat terasa.
Misalnya orang hulur tangan kita tak nak salam, terasa. Orang hulur tangan ajak salam tapi kita teragak-agak nak salam ke tidak takut terasa kita ni kurang adab, perkara biasa. Kalau kita berbalik pada hukum bersentuhan kulit dengan yang bukan muhrim itu haram, maka takkan adalah perasaan terasa atau kurang adab ini.
Yang kita kena salam cium tangan adalah dengan ibu bapa kita, datuk nenek kita. Yang lain-lain tu kalau saudara mara yang memang kalau kita bersalaman tidak menyebabkan batal air sembahyang, bersalamlah. Selain daripada itu, pikir-pikirlah. Sekiranya bersamaan jantina, tak jadi masalah. Yang jadi, masalahnya, asal jumpa orang je hulur tangan ajak salam. Yang kita ni, serba salah.
Sebaik-baiknya, orang hulur tangan kita tarik tangan letak di dada. Kalau tak pun, letak ke belakang. Kalau tak pun, cakap je terus terang tak payah salam. Kalau tak pun, lapik tangan dengan tudung. Jangan takut kalau kita dilabel sebagai kurang ajar.
Aku tengok sedara aku di jakarta kalau berjumpa kami yang belainan jantina, mereka akan lekapkan kedua tapak tangan (macam minta ampun) dan meletakkannya di dada sambil angguk-angguk seperti memberi hormat. Mungkin kita juga boleh buat seperti ini.
Ada ustazah berkata;
Anak-anak kecil tak perlulah diajar bersalam dan mencium tangan semua orang yang disalamnya. Yang perlu dicium tangannya ialah tangan ibu bapa dan datuk nenek. Selain daripada itu, memadai bersalam dan menundukkan kepala tetapi hidung dan mulut tidak mencecah tangan orang yang disalami.
Itu saja. Harap-harap janganlah ada yang terasa pula.
ibundo
29 comments:
Terima kasih kak pah.
Satu saranan yang sangat baik.
rasanya, utk tidak mengecilkan hati seseorang tu, kita salam lapik ngan tudung pun tak pe kan bunda?
mmg serba salah dibuatnya bila ada yg dah hulur tangan terlebih dahulu.
rasanya, baik kita yg bertindak dulu dengan memberi senyuman dan sedikit tundukan tanda hormat....
Iya kak lah kak, tapi saya rasa lelaki sekarang lebih memahami hal salam menyalam ni..selalu nya mereka angguk kan kepala saja kat kita tanda hormat..
Tapi kan...kita boleh ajar anak kita bersalam dengan sesama jantina saja..kalau bukan muhrim, sekadar senyum dah memadai...
kak,dulu maso kekocik..kaklong selalu tangok jiran sebolah umah kaklong,bersalam mo menantu lelaki ea belapik kain...lelamo baru kaklong paham,sbb anak ea tu ayah samo omak lain...
Kakak punya style memang kakak lapik dgn kain tudung atau Lengan baju. Sekarang trend lengan baju kan labuh, lagi senang.
Lagi mudah sebelum org hulur, letak tangan di dada, tunduk kepala macam jepun tu... mesti dia tahu/faham...
terima kasih kakpah saling ingat mengingati...pernah kena bila ada orang hulur salam (bukan muhrim) Cm tunduk tanda hormat...tapi berubah airmuka orang tu...semoga kita selalu dalam perlindungan Allah taala dari melakukan dosa kecil atau dosa besar...
saya kalo raya ganu senang.. takde susah2, sebab memang orang lelaki sana tamoh salam ngan orang pompuan, hatta pak mentua pun tamau hulur tangan salam ngan menantu..hihi..
dulu ada jiran lelaki hulur tangan nak salam, serta-merta saya kata, tak yah la salam2... hihi.. sib baik dia faham..
kak pah..samo lah kito..dulu2 suami saya suko bebel..sekarangdah tak lagi..jangan terimo yo kato dio..
maso sekolah2 dulu saya main sambut yo kak pah..dah makin bosar dan dah tau..baru tak..
saya pun ada masalah salam ni Bundo... dengan ipar duai - yg adik-adik - yg lelaki la... dah org hulur tangan... adoi la... tapi kita perasan gak ada ipar lelaki yg perasan - kita tak hulur salam klu kita yg baru sampai (kemudian) kat rumah mertua... hehehe... pastu dia pun dah tak hulur tangan kat kita lagi... ;p
betul tu kakpah... ada masa memang serba salah sangat kita bila orng lelaki ni hulur salam terutama biras dan ipar duai
saya kalau org luar memang tak terima huluran salam mereka
pernah seorang YB berubah mukanya bila salamnya tidak saya sambut... saya biasanya senyum saja harap mereka paham
Mungkin lebih mudah kita letakkan tangan kat dada atau tundukkan kepala,harap2 orang yang nak salam kita lebih faham.
Btul tuh kak.. memang dulu masa kocik tak kisah sgt sapo kita nak salam.. skrg nie dah besr2 kita kena tgk juga kan.. taks emua kita boleh salam cium tgn..
Aku setuju sangat stail indon jawa tu...
menarik jugak cadangan tekap tangan letak kat dada tu kan
boleh dipraktikkan :D
kunang-kunang,
cuba mencari jalan yang lebih baik
nmo2,
kalau boleh dilapik, kita lapiklah kan..
kakngah,
kalau orang kita dah biasa kenal, cakap je takyah salam lah hai... pasti dia paham.
ezza,
yang paham tu memang dia dah hulur dah tangan dia. ramai yang paham. yang tak paham2 tu yang susah sikit..
kaklong,
heran gak yo..
kak zakie,
kalau boleh lapik, kita lapik. tak yah salam pun lagi bagus, kan..
cikmanggis,
pernah gak ada cina hulur tangan ajak salam tapi kpah mintak maaf kata tak boleh salam. nampaknya dia faham. kalau orang faham, takkan ada masalah kecik hati. orang tak fahamlah tu..
anaa,
h'a.. kalau macam tu kan senang. takyah nak risau2 haha..
erna,
kito sendiri ambek maso gak nak paham kan?
maria,
dengan ipar duai ni rasanya senang sikit nak cakap apasal kita tak nak salam. Ala.. sambil bual2 tu, selitkanlah hal salam menalam ni..
ibuintan,
kalau yb hulur tangan tak bersambut lagilah jatuh ego dia hehe..
zaitun,
rasanya macam tu lagi bangus.
iina,
masa menyebabkan perubahan. kalau dulu kita tak kesah, sekarang kena kesah..
aku,
aku pun..
hanie,
memang boleh bebenau..
hajjah
laa
sayapun ke serkam pantai hari sabtu,satu family...tiba sebelum maghrib...pesan pesan, maghrib kat surau....lepas mamam...
saya kat gerai yang dekat dengan jambatan
hajjah
saya tak pernah hadapi masalah salam perempuan
tak pernah hulurpun, baik cina , india me;ayu, dia hulur, saya angguk macam burung belatuk
Salam kakpah... dulu memang gitu, lelaki salam jer tak kira perempuan mana pun. Tapi sekarang ramai dah sedor, kot. Kita mula2 kahwin dulu, first time ke Kelantan, tengok orang salam berlapik, dengan kain tudung atau towel... hmm... baru perasan cara gitu lebih baik. Dan sekarang pun kalau sahabat2 suami main angguk jer kat kita (tanda hormat tu laa.. hehe..)
peringatan yg elok untuk semua.
bebudak sekarang dah upgrade salam.. belum salam buat simbol 'peace' dulu..macam-macam..
apa pun satu saranan yang bagus banget..
bila diingatkan balik, betul kata kakpah.. dulu kami diajar cium tangan mak ayah & atuk nenek je.. tp tak tau la naper skrg ni.. asal org lebih tua dari kita sikit je mesti nak kena cium tangan.. kdg kita salam dan just tundukkan kepala saja tp dah org tu pulak yg terasa dan ada jugak yg siap sua2kan tangan dier ke muka kita minta dicium.. hurmmmm..
salam kenal bunda.
sensitive memang bab ni..
salam kak Pah - salam dengan pompuan okey je kak...kaum adam...no no no...rasanya ramai yg faham
azani,
kitorang pergi lepas maghrib. sampai sana lebihkurang kul lapan lebih sikit. Makan kat gerai seberag jambatan.
hehe.. eloklah tu tak salam. tak perlu pun kan.
tie,
patutnya kita dah lama ikut cara jepun yang cuma angguk2 tu hii..
acik,
iyo.. samo2lah kito ingat memperingati
abgreds,
hehe
ena,
tu sebab dah kebiasaanlah tu.
yan,
salam kenal gak yan..
sonata,
dengan perempuan salam peluk pun no hal.
tapi rasanya dah ramai dah yang faham bab ni.
betui betui betui...
kalau BINI orang salam salam dengan LAKI kita, rasa macam nak bagi penampau jer...hehehe
.
.
.
hati kita mula nak cakap..
ko tu sapa?
adik kandung?
mak sedara?
anak sedara?
nenek?
.
.
.
.
AGAK AGAK la kalau nak bersalam salaman....
Jenis tak tau hukum dan tak sentuh KITAB HADIS kut!
betul..dengan sepupu lelaki yg da besar pun saya tak salam. Kalau dengan cikgu2 salam cium tangan jugak, walaupun kadang2 macam tak banyak beza umur (lagi2 lecturer kat uni)..ambik berkat ilmu diorang :) Tapi kalau dengan makcik2 yang tak berapa nak kenal..salam je, tak cium tangan..
Post a Comment