Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, September 3, 2011

Satu Syawal di Haram

Ramadhan tahun ini tak seperti ramadhan tahun-tahun yang lalu. Raya tahun ini tidak seperti raya tahun-tahun yang lalu. Setidak-tidaknya untuk aku dan suami kerana tahun ini kami dikurniakan peluang menikmati pengalaman yang kami idamkan sekian lama.

Pada subuh satu syawal itu kami menyusuri jalan menuju Haram beriringan dengan para jemaah yang datangnya dari pelbagai pelosok alam. Yang dengkat datang bertongkat.  Yang capek datang berkerusi roda. Yang gagah datang berlari. Tapi aku dan suami tetap maintain langkah kerana sentiasa tersekat-sekat dek asakan orang yang terlalu ramai. Mulanya kamai andaikan orang akan berkurangan setelah tibanya syawal tetapi rupanya Haram tetap termuntah dengan manusia.

Kami menaiki elevetor ke tingkat satu di safa. Banyak ruang kosong di situ dan aku menebarkan sejadah di antara dua wanita berabaya hitam. Setelah melaksanakan beberapa solat sunat  aku duduk berzikir sementara menunggu masuknya azan subuh. 

Subuh pada pagi itu sama seperti subuh pada pagi-pagi yang lain. Tetapi usai solat subuh para jemaah tidak terburu-buru bangun.  Masing-masing tetap duduk di tempat masing-masing. Beberapa ketika selepas itu kedengaran takbir raya namun dalam lagu yang agak asing pada pendengaran aku. Tidak ada nada mendayu-dayu. Tidak ada sahut menyahut. Namun kesyahduannya jelas menusuk ke lubuk hati. Aku teringat pada anak-anak jauh di tanah air yang berhari raya tanpa kami dan kami berhari raya jauh dari tanah air tanpa mereka.


Ketika takbir berkumandang, kelihatan beberapa jemaah dan juga anak-anak kecil yang berjalan ke hulu kehilir memberi kudapan berupa tamar, coklat dan gula-gula kepada jemaah yang lain. Bukan juga budaya yang sering aku lihat di tanah air. Ada pula perempuan mendukung anak kecil yang berjalan di celah-celah barisan menadah tangan meminta sedekah. Ramai yang bermurah hati pada pagi syawal itu apatah pula berada di dalam masjid haram.  Mungkin sudah rezki perempuan itu ataupun rezki anaknya.

Apabila solat sunat idilfitri selesai orang di sebelah aku menghulurkan tangan bersalaman. Kami bersalaman dengan beberapa jemaah yang lain walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Aku terus duduk sebentar memerhatikan gelagat orang di sekeliling.Yang datang berkeluarga aku lihat suami dan anak lelaki datang ke tempat perempuan bersalaman dan berpeluk cium. Satu suasana yang biasa di tempat kita. Begitulah.

Semasa berjalan pulang suami bertanya sama ada mahu singgah membeli makanan. Aku katakan ada majlis bermaaf-maaafan di tingkat SR di mana dewan makan kami berada. Tentulah ada makanan disediakan. Dan ketika pintu lif ke ruang SR terkuak, kelihatan dewan itu telah penuh dengan orang. Tidak ada kerusi dan meja kosong. Kami terus ke tempat makanan.  Yang ada cuma beberapa keping nasi impit dan kuah lontong cair yang sudah tidak ada isi. Bekas makanan yang lain, kosong.  Terdapat  kesan tinggalan rendang dan kesan tinggalan kuah kacang. Tanpa suara aku dan suami mengambil pinggan dan mengisi apa yang ada ke dalam pinggan.  Oleh kerana tidak ada tempat duduk, kami bawa pinggan dan isinya ke dalam bilik kami di tingkat atas.

Yang sikit tu aku punya. Serunding tu bawa dari rumah.

Selesai makan aku capai henfon dan melihat sms yang masuk.  Kebanyakannya sms dari anak-anak. Ada yang bertanya aku makan apa. Aku cakap aku makan nasi impit dengan KUAH lontong. Ada yang tergelak, ada yang kesian tapi siap berjanji yang pada hari jumaat aku di jadualkan sampai semula ke rumah, mereka akan sediakan ketupat, rendang, kuah kacang dan  sambal.

Overall.. raya aku di mekah tak sama macam raya aku di tempat kita. Di sini Ramadhan itu lebih dimuliakan.  Di tempat kita, orang lebih sibuk merayakan syawal.

Sekian.  Jumpa lagi dengan cerita yang lain.

ibundo

16 comments:

sonata anak kancil said...

Ibundo: selamat hari raya - maaf zahir batin. Meskipun begitu caranya beraya di haram - tetapi berada di dalam masjidilharam itu sangat2 syahdu - sangat2 bermakna - oh seronoknya berada di dalamanya

rezeki said...

salam kak pah

alhamdulillah

selamat kembali ke tanah air

kami mmg lama dah idamkan nak menyambut ramadhan dan syawal di Makkah, tapi belum terlaksana hajatnya , insyallah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, pasti sampai


selamat hai raya
maaf zahir batin

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak pah selamat hari raya maaf zahir batin. seronoknya satu syawal di sana semoga kak pah dan suami mendapat keberkatan dari Allah SWT. Syukur Alhamdulillah kak pah dah selamat balik .

Acik Erna said...

Assalam kak pah..selamat hari raya maaf zahir batin..
alhamdulillah kak pah dah selamat kembali dan kak dah pun dapat merasai suasana berpuasa dan beraya di tanah suci mekah..

Deliah's Deli said...

selamat hari raya kak pah..maaf zahir batin.:)

*patut la lama x nmpak bayang kat tingkap blog...seronoknya berpuasa n beraya di sana..

Unknown said...

assalamualaikum kak pah...

seronoknya dapat beraya di tanah suci...

aritu , ummi terkedu sekali tiba2 dapat sms salam aidil fitri dr makkatul mukarramah...

aza ni said...

assalam hajjah
rasanya hajjah sudah di rumah.

selamat kembali hajjah,

Cik Azz said...

Alhamdulillah3..

Selamat hari raya kak.. Maaf zahir bathin...

zino said...

selamat hari raya kak pah...

sal said...

alhamdulillah..diberi kesempatan beraya di mekah..mudah-mudahan bertambah rahmat dan barakahnya..amin ya Rabb..

ibundo said...

sonata,
satu pengalaman yng tak akan dilupakan. pasti akan merindui saat itu.

pak itam,
insyaallah.. bila ada kehendak, kita akan mencari cara dan jalan untuk memenuhinya. Kpah juga dah lama menginginkanya. Bila anak2 semua dah besar dan yakin boleh menguruskan diri, alhamdulillah.. tercapai hajat.

ibundo said...

cikina,
selamat hari raya cik ina. alhamdulillah.. seronok.

erna,
selamat hari raya. kpah dah selamat pulang jumaat dua hari lepas.

ibundo said...

del,
selamat hari raya. Baru balik ni del. Badan pun belum berapa sehat.

umi.
wkslam. satu pengalaman umi. Umi cubalah satu hari nanti.

azani
alhamdulillah. dah selamat sampai. selamat hari raya.

ibundo said...

azz,
selamat hari rayo azz. samo2lah maap yo.

zino,
selamat hari raya pada zino sekeluarga

ibundo said...

sal,
amin....

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak pah,

Alhamdulillah dah selamat tiba di rumah dan dah selamat mengerja umrah di bulan Ramadhan yang mulia ni di rumah Allah.

Selamat hari raya kak pah, maaf zahir batin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...