Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, October 3, 2011

kata kunci

Tadi masa dalam kereta aku terdengar perbualan di antara seorang ustaz dengan dua orang DJ ikim.  Aku sebut 'terdengar' sebab konsentrasi aku bukan pada rancangan itu. Jauh ke tempat lain. Lebih menjurus pada apa yang aku nak masak petang ni dan apa yang patut aku beli untuk menambah bahan masak yang tidak cukup.

Mungkin perbincangan berpusat kepada perkahwinan kerana ustaz itu berkata; sebelum berkahwin seorang lelaki itu mestilah sudah mempunyai tiga kunci. Pertama kunci rumah.  Tak kiralah rumah itu rumah sendiri atau rumah sewa.  Kedua kunci pejabat.  Maknanya lelaki itu mestilah sudah mempunyai perkerjaan.  Tak kiralah kerja sendiri atau kerja dengan kerajaan/swasta. Ketiga pula, kunci kenderaan. Sekurang-kurangnya dia mempunyai kenderaan walaupun hanya sebuah moto kapcai.

Aku teringatkan tiga kunci tersebut sebaik aku mula mengetuk keyboard untuk n3 ini. Kerana apa yang aku mahu sebut di sini berkaitan dengan kunci juga tetapi kunci rumah alamaya.

Mungkin ada di antara kita ataupun kawan-kawan kita yang mengalami rumah  terkunci dan dipintu masuk tertulis blog not found bla bla...  Kita tak boleh masuk.  Orang lain tak boleh masuk. Boleh sesiapa yang mahir dalam hal ini memberitahu sebab-sebabnya? Baru-baru ini beberapa kawan aku mengalami perkara seperti itu dan membuat aku menggelabah juga takut-takut pintu masuk ke rumah aku pun di letak amaran seperti itu.

Mungkinkah antara sebabnya:
akaun email kita tidak aktif?
atau kita log in dengan menggunakan free wi fi di tempat-tempat yang terdedah pada hackers?

Tolong kongsi pengetahuan.
Terima kasih.

ibundo

17 comments:

h4ni3 said...

so far tak penah lak kena camtu
slalu kalau jadi pun, sebab blogspot tgh mengong

azieazah said...

Sejak 4,5 hari kebelakangan ni memang blogspot ada celaru skit. Mula-mula banyak komen tak muncul tapi masuk ke spam.

Pastu banyaka blogspot “hilang” termasuk blog saya. Panik gak sekejap tapi lepas 2,3 jam blog tu dah ok balik.

kaklong said...

alhamdulillah,setakat ni blog kaklong ok yo..kalau ado apao2 masaalah pun selalu ea kaklong rujuk ngn kakngah..

cikmanggis said...

eh ada cam tu ke kak pah?takut juga jika tetiba dapur Cm ni terkunci.Alahamdulillah selalunya berblog kat rumah je tak pernah guna free wi fi ....Dulu pernah terkunci kat dapur btol:)tetiba pitu dapur ditiup angin...nasib baik ada jiran datang tolong panggil anak Cm yang tertido kat atas....panik jugak :)

Nizam.Ariff said...

Semalam blog aku tetiba hilang.
katanya blog aku dah dibuang...

asalnya, blogspot nak buat cleansing, mana blog yang dah tak aktif, dia buang... rasa2nya sebab nak kemas server dia yang serabut.

pastu dia kata nak improve safety feature.

sebulan yang lepas, aku selalu terjumpa pop-up windows nak minta aku punya handphone number. aku ingatkan itu semua spam. aku biarkan je la.

bila blog dah kena buang, baru aku tau. aku pun kasi hp number. dia kasi satu pin number guna sms dan aku log in guna pin nuber tu dan reconfirm kat email.

pastu ok balik.

blogspot kata, dateline untuk buat semua bende ni dah di lanjutkan ke akhir bulan oktober.

Acik Erna said...

kak pah..somalam..saya punyo pun hilang kak pah..lopeh dokek setongahari yo lopeh dio bagi no..baru buleh bukan balik..

kakngah said...

masa baru kawen dulu, abem takde kunci rmh sndr. yg ada kunci rmh majikan. takde kunci motor. yg ada kunci motor kakngah.. hiks!
tapi, alhamdulillah.. ada kunci ofs dan kerana kunci ofs tu, rezeki seperti yg ada sekarang...

ada org lelaki tak mampu nak sediakan ketiga2 kunci sekali gus. maka, org perempuan kena la faham, bertolak ansur dan tdk terlalu mendesak. yg penting, rasa tggjwp tu kene ada. jgn nak lepas tgn bila dah kawen. kalau takde tu yg banyak masalah lps kawen...

kakngah guna WP. memang takde masalah buat masa sekarang.
:p

tasekM said...

ni semua angkara blogspot kak...




.

Ateh Nour said...

Sallam,

Cuba taip beberapa kali address tu, lama2 dapat buka.

Cik Azz said...

Tu yg takut tu kak... Kawan2 sey pon ado yg kono gak.. Ado yg boleh bukak balik blog dio sbb dorang guno akaun gmail, pehtu nanti gmail tanyo nombor enpon..

Ado jugak yg tak dapek bukak dan topakso buek blog baru..

Mungkin sobab banyak spam ataupun kito approve komen yang ado direct link.. yg tu di anggap spam gak tu..

Sbb tu la sey guno moderate utk page komen tu, sobab sonang nak detect sapo yg tinggalkan komen dgn direct link tu.. Kalau ado, mmg sey tak approve la komen tu.. kono delete la nampak gayo ehh... maaf yoo la.. huhu...

aNIe said...

Kak ...anie tak ingat pernah kena ke idak... tapi kalau kena pun mungkin sebab blogspot ada masalah...

ibundo said...

hanie
takut dgn bolgspot skang ni.

azie,
o ye ke. Kalau hilang mau tak panik.

kaklong,
kakngah pakar rujuk kaklong ek.

cm,
haha terkunci tak boleh masuk rumah betul, lagilah takut hehe.. Nasib baik ada orang dalam rumah. Kalau tak tido ngan sayur le.

nizam,
kpah selalu juga terima pop up window yang mintak phone number tu tapi buat taktau je sebab takut terkena. Dah terkena dulu dengan akaun yahoo. Bila aku layan, terus hilang tak boleh nak masuk sebab password dah kena tukar.
Buat blog ni pun akak pakai akaun yahoo yang telah kena spam tu. Tu yang aku takut blog hilang tak boleh nak recover balik sebab akaun yahoo pun dah hilang.
Tapi aku dah buat akaun baru dan gantikan email address ke yang baru. Baru senang hati.

ibundo said...

erna,
dia bagi nombor kek amail address ko.

kakngah,
Tu lah.. dalam bab2 macam ni kono tolak ansur. Jangan ada lelaki yang ambil kesempatan dah lah..

tasek,
tu lah pasal

lipislady,
terkena gak ke

azz,
kalau kono block dan tak dapek bukak balik, maun tak buleh tido sebulan. Sayang lah kan..

anie,
blogspot ni banyak buat masalah kan.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

baru terbaca pasal tiga kunci ni..hehe.. sy sedang berushaa ke arah itu..:)

Ms.Lilies said...

ohhh jgnla den pun kena kak...
blm kena lagik ni

Anaasuria said...

saya lom tekena lagi masalah ngan blogspot ni.. agaknya blog2 yang fofular je kot yang kena serangan ni..hihi..

Cik Ina Do Do Cheng said...

la ingatkan kunci apalah?bab it cik ina lembab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...