Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, October 3, 2011

Hujan emas di negara orang part 2

Pagi tadi selepas subuh aku terima sms kirin.

mak, kirin dah sampai oz.

Aku jawab, alhamdulillah.  

Kemudian aku sibuk pergi joging, pergi pasar tani, masak kelentang kelentung di dapur dan lepas tu sibuk pergi kenduri kawin anak buah di kl. Sibuk sehinggakan aku terlupa yang hubby aku suruh aku sms kirin lagi bertanyakan dah dapat lodging ke belum.

Sebelum singgah zohor di masjid Kajang, aku hantar sms:
Dah dapat lodging ke belum. Suhu di sana macamana. Sejuk tak?

Mereka berempat cuma beli tiket dan sampai sana pandai-pandai sendiri cari tempat tinggal dan pandai-pandai sendiri pergi jenjalan sana sini. Macamanalah aku tak risau? Semalam semasa di aiport aku tengok dia cuma bawa sweater nipis. Kalau sejuk mesti tergigil.

Bawa sweater ni saja?

Ada satu lagi dalam beg. 
Dan aku tahu yang dalam beg tu pun sama nipis macam yang dia pegang.

Dari masjid kajang kami singgah mydin sebab aku mahu membeli barang-barang untuk konvo tadika. Kejap-kejap aku tengok henpon. Mana tahu kalau kalau telinga aku tak mendengar bunyi mesej masuk. Kosong. Aku beli barang.  Angkut barang ke kaunter.  Bayar harga barang.  Angkut barang ke kereta. Dan aku jengah-jengah lagi henpon.  Masih kosong.

Sampai di rumah aku telefon dia.  Telefon ada nada dering tapi tak diangkat.  Aku telefon lagi.  Tak diangkat juga.  Aku suruh hasben aku telefon guna henfon dia pula.  Masih tak diangkat.

Aku tidak mahu berfikiran negatif.  Aku cuba bayangkan yang telefonnya berada dalam backpack dan dia tidak mendengar telefon itu berbunyi.  Aku mula rasa menyesal kerana tidak mengambil nombor telefon kawannya semalam semasa kami berjumpa di airport. Tetapi walau betapa mahunya aku berfikiran positif, getaran tidak senang hati itu tetap timbul.

Aku telefon lagi
dan lagi
dan lagi
dan lagi
masih tak berjawab.  Aku mula rasa tak tentu arah. Sungguh.




Sebelum maghrib henfon aku berbunyi menandakan ada sms masuk.

Dah. Siang tadi tak sejuk sangat. Petang ni hujan.  Sejuk menggigil.

Lambatnya jawab. Mak call tak angkat pun.

Tak dengar huhuhu.. tadi kirin jalan2. Ni baru lepas dinner. Makan megi.

Hai lah hati emak.  Ni ada sorang lagi anak aku nak ke Krabi pula. Tepi laut pulak tu.

ibundo

28 comments:

rezeki said...

salam kak pah

insyallah , semua ok tu
doa dan tawakkal

alamak, saya lama tak pi ostolia hehehe

seronok kalau pi sana pasal banyak produk pelancongan yg menarik disediakan di sana

ckLah @xiiinam said...

Mak jangan risau ya mak!

kakngah said...

alahai kak... ank g rombongan sekolah pun dah separuh mati risau.. ini kan pulak ke obersi...

Tijah said...

hehehe. sey ni pun tgh risau ni kak. tak lamo laie rombongan cem pi zoo melako hah. walaupun dokek tapi totap comeh. raso cam nak ikut yo.

rohaizahabas said...

Think positive kak..Insyaallah semua selamat..anak anak sekarang cara berfikir lebih advance dari zaman kita dulu...dulu bila mak kata NO..no lah sampai bila bila...anak sekarang ni siap berhujah dengan kita...tapi anak anak kak pah semua nya cerdik2 dan tahu jaga diri..jangan risau lobih lobih kak oi..

mamawana said...

Assalam Kak Pah,

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/10/lambaian-rindu-berseru-lagi.html

Cik Azz said...

Iyo la kak... Mano2 omak mesti punyo ghaso camtu.. Sey yg bukan omak ni pun selalu ghisau kalau tau adik beradik or anak2 buah poie mano2.. Kok tak tau tu takpo lak... sobab kito tak tau, kan..

Solagi tak sampai, solagi tu la ghisau manjang..

Insyaallah, takdo apo2 tu dohh..

Chibi Maruko said...

my mum siap nangis kali pertama me pegi bangkok sesorang, tapi bila balik tanpa cacat cela bercalar, percayalah jugak sebab lepas tu terus jejalan sesorang, alhamdulilah lepas mum pun dah tak risau setakat pesan jaga diri bebaik, lepas tu terus menetap ovc, pun senang sebab dah banyak pengalaman jejalan sesorangkan... bak kata campak mana pun dah boleh hidup, hasil travel sesorang tu.

Acik Erna said...

kak pah dah sms tu..baru sonang hati sikit kan..

ibundo said...

pak itam,
amin.. insyaallah. Pegi ostolia rasa macam miskin. Tukar duit seribu baru dapat tigaratus lebih sikit dollar dia.

cklah,
bila nampak muka dia balik baru hilang risau kot.

tijah,
la.. dokek yo tu. Poilah ikut.

ezza,
tu lah kan? Kito ni yo yang tak konfiden padahal dia dah besar panjang dan boleh jaga diri sendiri.. uhuu..

ibundo said...

mamawana,
salam. Pekabar.

azz,
Osah botul. Slagi tak nampak muko slagi tu lah mikir yo kan.

chibi,
anak2 konfiden. mak2 ni yang terlebih tak konfiden. Mungkin kalau dah get used to it, kurang rasa risau kot..

ibundo said...

erna,
iyo.. dah terimo sms baru dapek tengok astro hehe..

kaklong said...

maun tak ghisau..raso luruh jantung!!!
klu blh nak poie tengok maso tu gak...

ejaMaria said...

Bundo, Kirin tengah happy tu... biar la sekejap... ;p

tasekM said...

mak2 mmg gitu eh kak...

:)




.

pB said...

salam



tengah hari ni , nak hantar Kak Lang balik kB (air asia).

Bila dia masuk jer bilik menunggu , perasaan terus bercampur aduk.


Bila dia sampai KB , baru hilang rasa bimbang tu

Nieda said...

Insyallah semua selamat.

cikmanggis said...

salam kak pah..jangan risau sangat ..insyallah tak ada apa apa.Sebenarnya cuaca kat sana tak sejuk sangat.Boleh tahan:)..begitu lah hati omak....

ibundo said...

kalong,
maun tak

maria,
tadi dia tipun, riang jer bunyik.

tasek,
tunggu le anak ko besau..

pb,
kalau boleh nak ikut sama ye..

nieda,
insyaallah

cm,
hehe..teringat pulak masa mula2 mak hantar kpah ke stf dulu. Bila dia balik, bergenang je air mata dia. Kpah hepi jer..

aza ni said...

hajjah
ayah pun kabut juga , tapi tk mahu tunjuk, nanti ibu lagi kabut, ( dalam hati Tuhan jelah yang tahu)

miloaiskurangmanis said...

insyaallah... selamat semuanya kak...

azieazah said...

Begitulah kita ni jadi mak. Kecil hal pun nak tahu juga. Anak-anak kadang buat tak endah saja. Kita yang jauh jer dok risau libang-libu hati perut ingatkan dia.

Sabor jer lah.

iina said...

Dah jejalan tuh lupo lah tuh kan

h4ni3 said...

hihihi
relax kakpah.. relaxxx...
kang sakit dado kang.. :D

Granny Hani said...

think positive...senyummmm..Segalanya kan baik2 belaka...

ibundo said...

azani,
agaknyalah kan. kakpah pun tak tanya

miloais,
insyaallah

azie,
agaknya dia tahu kpah risaukan dia, tadi pepagi dah call bagitau dia nak pegi mana.

ibundo said...

iina,
haah.. cam ekau kan?

hanie,
kok sakit dado kang kpah atang jumpo kau yo.

hani,
insyaallah

keireen said...

heheheheh...mak, Kirin ok je la kat sini. cume duit poket je makin hari makin macam padang pasir.kekekek..

ahad pagi ni balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...