Aku undur ke belakang, dia undur ke belakang.
Aku menapak lima enam tapak, dia manapak lima enam tapak.
Aku pusing sebelah sana, dia ikut.
Aku pusing sebelah sini, dia pusing sebelah sini.
Aku ambil sesuatu,dia tengok.
Aku letak balik.
Aku ambil sesuatu yang lain, dia tengok.
Aku letak balik.
Aku jadi rimas.
Mahu rasanya aku bagi dia pelempang sebijik.
Dan tanduk di atas kepala aku mula membolos keluar meretas tudung hitam aku.
Aku maju pusing ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan ke belakang ke depan. Lucunya, dia masih menjadi ekor.
Aku jalan laju-laju, dia jalan laju-laju.
Aku brek, dia brek.
Kemudian aku terus menonong keluar tetapi sempat berhenti sekejap depan kaunter.
Bos.. you cakap sama itu orang, saya mahu beli barang tak payah ikut-ikut lah. Saya tak suka lah. You tengok.. saya mahu beli barang pun tak jadi beli. Sapa rugi? You jugak yang rugi.
Cis.. memang aku tak gemar.
Gambar tak ada kena mengena dengan n3. Aku snap insect ni di celah-celah daun di tadika. Apa namanya binatang ni? Ada sesiapa tahu?
Selamat menyambut idil adha kepada semua pembaca dan semuga mendapat haji mabrur kepada hidayatun dan saiful dan juga kepada semua jemaah haji.
ibundo
16 comments:
Salam hajah,
Saya pun rimas kalah ada pembantu kedai mengekor. Tak jadi beli!Selamat hari raya , hajah.
Cahya pun tak suka sangat macam tu, jadi hilang feel nak membeli.
SALAM,
BETUL KATA HAJAH NORALEMA TU. RIMAS KITA DIBUATNYA. CEPAT2 KELUAR KEDAI .
kalau kaklong,kaklong tanyo balik,apahal ikut2 ni,ingat org nk curi ke?
saya pun tak suka, especially bila saya just nak cuci mata
tapi kalo pegi @ri@ni, wajib saya pastikan ada orang yg mengekor! hehe
Memang rimas jika kita nak tengok2 atau pilih barang salesgirl tu dok ikut aje kita.
pssst - kalau yg cun takpe jugak hehehe
Slmt hari raya kakpah dan keluarga
kak pah.apo tak libeh yo ekor tu..he eh
lalat ke tu..
nice foto..clear..
Kadang2 kita rasa cuak kan? Samada dia nak tolong atau nak menyusahkan kita... uishh lemas.
Selamat menyambut Aidil Adha buat KAK PAH sekeluarga.
hehehe.. marah nampaknya mak aji kita.. sabau sabau..
biasalah tu kak.. cuba akak pergi kat jakel kat jln tar tu, memang sakit hati dibuatnya.. macam tulah mengekor je ikot kita.. irritating betol.. dari nak beli langsung tak jadik beli...
itu langau gergasi tu kakPah
Samo la kito kak... Mmg tak goma boto kono follow ni... huhu..
Salam aidil adha untuk Kak Pah sekeluarga.. Maaf zahir bathin..
tah eh.. kok yo pun.. perati tang jauh dah la....
betul tu, elok2 kita nak beli, jadi tak jadi beli plak
Salam Aidil Adha ibundo,
hehe.... saya mmg dah tak msuk dah kedai macam tu. mcm kita pesalah jer. ;)
kak pah, saya kalo masuk kedai, nampak jer salesgirl nak ikut, saya cepat2 kata.. saya mau tengok2 saje.. kalao dia ikut jugak, saya terus kuar ..
sure heran budak2 kecik tu nengok cikgu beso dia terintai2 celah pokok nak amik gambo insect.. hihi..
spesis lebah atau kat perlis org panggil apit2 kecil sikit dari lebah...
kalau dok mengekor camgitu...first & last le masukkk...
Post a Comment