Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, November 2, 2011

Sejuk sudah

Ada seorang kawan aku yang suka mengambil semua perkara sebagai sesuatu yang serius. Yang remeh temeh pun boleh membuatkan dia tidak tidur berhari-hari mengenangkannya. Aku selalu memberi nasihat, kalau nak sedih, sedihlah.  Kalau nak menangis, menangislah. Kalau nak melayan perasaan, layanlah. Tapi janganlah sampai ia menganggu kehidupan sehari-hari kerana kita ada rumahtangga yang mahu diuruskan.  Kita ada kerja lain yang meminta perhatian.

Bagilah satu hari.  Satu hari itu sahaja.  Sehari itu pun dah mencukupi. Layanlah perasaan sepuas-puasnya dalam sehari itu. Kau nak menangis, kau nak menonggeng, kau nak meraung, kau taknak bercakap dengan orang bla..bla .bla..habiskanlah dalam sehari tu. Bila bangun keesokan harinya biarlah mentari yang menyapa itu membawa semula keceriaan yang lupus seharian semalam.

Aku gunapakai nasihat aku itu untuk diri aku sendiri.
Terima kasih pada sekelian yang telah memberi aku kekuatan. Ada masa-masanya kekusutan yang kita alami tidak dapat kita kongsikan dengan orang lain selain dari keluarga kita sendiri.



Salah satu cara aku untuk tidak terlalu melayan fikiran adalah dengan membizikan diri aku di dapur dan masak apam labu ini yang tersangat sedap. Tunggukan kemunculan resepi di dapur ibundo.


ibundo

27 comments:

Kakzakie said...

Bila punya iman, pendirian dan akal panjang kakpah inilah yg terbaik. Tak akan dilayan hingga berhari-hari... Alhamdulillah.

kakcik said...

Apam labu? Nanti Kak Pah bawalah ke rumah Dato' LF, boleh saya turut merasa. :)

Marina Monroe said...

Salam,

Labu kegemaran saya, tapi apam labu tak pernah makan.
Resepi please..hehehehe

kakngah said...

first time tau ado apam labu..
jakun jap.
kehkehkeh!!

Kunang-Kunang said...

Terima kasih Kak Pah.

Kata2 semangat ini tepat terkena hidung saya.

bujal X said...

membizikan diri sambil mengenyangkan orang lain~~tabik kat makcik!

*mintak seketul~

tasekM said...

dlm kusut2 tu ada saja ilham ko nk masak macam2 eh kak...?
bagus tau kak pah nih...



.

ejaMaria said...

yeay... klu gitu elok la kita 'dera' Bundo agar dia stress dan selalu ke dapur.... hihihii

kaklong said...

labu?
kegomaran kaklong tu..
copek publish..!!heheheh!

JunAina said...

aina kalau bermasalah banyak menangis tp bila marah kat A si B tak akan jadi mangsa...

apam labu nanti boleh cuba...

Hjh Noralenna Abbas said...

Sedap nampaknya apam labu tu, hajah.

~ Cik Azz ~ said...

Iyo, boto tu kak... Sey pon kadang2 ado gak maso tingtong ehh... Tp, bak kato akak tu la, jangan dilayan sangat perasaan camtu..

Sey ni baru yoo siap buek biskut utk ghayo haji.. Sian lak ghayo haji ni takdo biskut langsung.. Tu yang buek sojonih tu.. Dapek la seco'et... jadi laa... hehe...

Aku said...

baguslah.. segala dah ok.

aku suka nasihat akak tu. nak guna pakai juga...

ibundo said...

kak zakie,
kalau dilayan kita akan jadi lebih tensyen.Maka lebih banyak berserah pada yang maha kuasa. Dia yang lebih mengetahui

ibundo said...

kakcik,
kakpah pun baru pertama buat. Kawan masak2 yang introduce. Sedap rasanya. Tengoklah ye kakcik. Sebenarnya masih berpikir2 apa yang nak dibawa.

ibundo said...

Marina,
nanti kakpah letak resepi. Resepi tu pun ambil dari kawan yang ambil dari kawan dan berpanjang-panjangan sampai ke rumah kakpah.

ibundo said...

kakngah,
weilah... kosian e. Kang moleleh yo air lio baby tu hehe..

kunang-kunang,
Tu lah.. melayan perasaan lama-lama pun tak de gunanya. Kita yang dah berumur ni kalau boleh taknak pikir-pikir benda yang boleh buat darah tinggi naik mendadak.

ibundo said...

bujal,
seketul jer bujal? mesti untuk mama aina tu.

tasek,
Malas nak serabutkan kepala hotak. Baik aku main timbang-timbang tepung gula bagai..haha..

maria,
alamak hai... janganlah sampai kao dera aku plak.

kaklong,
iyolah.. kau tengok yo lah kek iklan sidebar kau tu.

ibundo said...

Jun,
baguslah jun ada pendirian begitu.
Jangan kelambu yanng kena bakar.

Kak hajah nora,
memang sedap kak.

Azz,
Umang ai ghajin e kau azz buek mesekut. Akak nanti nak buek ketupek yo mo ghondang.

Nizam,
alhamdulillah.. lebih banyak berserah.

Zaitun said...

Saya kena mencari labulah nampaknya tapi jangan lama sangat recepinya kakpah.

iina said...

saya kak kalau tensen2.. nangis.., lopeh tuh fikir makan apa yang best.. terus p masak.. lepas tuh makan hahaha... terapi minda masak nie.. sebab masa masak tuh dah xfikir benda2 tuh ;)

akuzle said...

bundo, den x nk resepi. den nk kuihnyo....musti sodap tuh...nyam3!!

Citarasa Rinduan said...

selamat awal pagi khamis buat ibundo..
syukur kerana ibundo sentiasa mempunyai sahabat yang baik2...

layan gambar apam itu..
ohhhhhhhhhhhhh
ayu lapar

Anaa said...

kaler apam labu tu jer dah menarik.. rasa nya apatah lagi kan kak pah.. :)

sal said...

kehidupan ni nampak tenang..sesekali berkocak juga..

buat bizi2 salah satu cara kita untuk lupa2kan..

pB said...

Akak


redha adalah a simple word
tapi ....

besar pengertiannya

ibundo said...

selamat menyambut idiladha kepada semua yang meninggalkan komen di atas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...