Kami menurut kemahuan dua hati yang mahu menjadikan tarikh 11.11.11 sebagai hari bersejarah buat mereka.
Majlis dibuat secara ringkas sahaja. Lagipun hari Jumaat adalah hari bekerja. Waktu yang terluang hanya di sebelah malam. Kami mengikat janji untuk membawa rombongan meminang pada sebelah malam selepas isya'. Simpel. Itulah temanya.
Rombongan kami terdiri dari anak beranak, adik beradik dan ipar duai serta anak-anak buah. Itu pun sudah hampir 30 orang jumlahnya.
Dayang-dayang dari rombongan kami.
Kedatangan kami disambut. Pinangan disahut. Maka terjalinlah ikatan dua keluarga dan dua hati. Termeteri juga janji bahawa bersatunya mereka setahun setengah lagi dan tarikhnya juga sudah dicari. Semuga semuanya berjalan seperti yang dikehendaki.
Apalah yang menggelikan hati si bapa dan si anak ini.
Faris dan Maryam tak kurang menghiburkan hati.
Dayang-dayang dari rombongan mereka.
Semuga kamu bahagia wahai anak terunaku Basyir dan bakal menantuku Nadira. Semuga hari-hari bahagia menanti kamu berdua.
ibundo
24 comments:
wahh.. sonok nak dapat ahli kuarge baru.. tp paling penting gambo cantek seh.. terang dan jelas.. =D
Tahniah kak pah. nak dapat menantu lagi ya....tahniah kakpah:)semoga kejinjang pelamin:)..mula mula baca tajuk tu ingatkan seven eleven punya iklan hehe
dah terbayang tolo pindang dah nih!
hihihihi!!
Tahniah buat KAK PAH sekeluarga. Bakal menerima menantu lagi.
Agaknya pilih 12-12-12 ker?
Lawo lawo gambarnya. Tema merah yang menyerlah!
tahniah kak pah..
alhamdulillah, syukran..
moga terlaksana impian dan harapan menjadi raja sehari tidak lama lagi...amin..
akan bertambah lagi ahli keluargo kakpah,insyallah..!
tahniah kak pah. dayang-dayang, comel-comel
Tahniah kak pah..nak terimo menantu pompuan pulak..
comel boto mariam dan faris tu..memang menghiburkan dua orang cucu ni..
eda,
terima kasih datang jenguk bundo ni..
cm,
amin. Didoakan begitulah
kakngah,
haha.. ekau ni tak abih abih ngan tolo pindang. Nanti kpah bungkuihkan sebakul tuk kau haha..
azie,
tk. Janji 1 1/2 tahun. Bulan 5 tahun13 insyaallah.
acik,
tenkiu
sal,
amin.
kaklong,
insyaallah kaklong.
cikgu normah,
tq. Dayang dayang tu semua masih available hehe..
erna,
tenkiu.
Cucu duaorang tu kok takdo memang sunyi..
Tahniah kakpah ;) Alhamdulilah....tak lama lg bertambah la ahli keluarga :))
Segak dan menawan..
cantik berseri...
hantaran-hantaran tu.
tahniah kak..cantik cantik semuanya..(,")
Tahniah kak... dan tahniah jugak buat bakal pengantin.. Orang mano bakal menantu akak kali ni... sibuk yoo nanyo, kan... kehkehkeh..
Bogulung2 boto ghambut si Faris tu..
Tahniah kakpah dapat menantu pompuan pulak. Cantik dan terang gambar2.
congrats Bundo, meriah majlis..gambar pun cantik :)
aku plak yg rasa gembira mcm nk dapat menantu ni pehal lak ni kak...
hehe.
.
mama azfar,
insyaallah
aku,
ye... akak tau hii..
kasih ibu,
terima kasih
azz,
kali ni dokek bebona. Melaung pun boleh kedongaan.
zaitun,
tk zai.
cahya,
thanks. Gambar tu anak yang ambil. Bundo cuti pegang kamera.
tas,
kau lambatlah lagi nak nunggu..
tahniah kakpah.. bakal sambut menantu lg..tarikh yg cantik..
adik ena pn baru je bertunang juga raya haji lepas.. nak kejar tarikh cantik x sempat ler.. huhuh.. x pe la kan.. janji ikatan bakal dimeterai awal tahun depan.. :)
tahniah...
adik ipar Maria pun 'lock' tarikh 11.11.11... alhamdulillah selamat dah nikah... ;p
Tahniah kakpah cantik tarikh sejarah ..hensem dan cantik mempelai berdua
semoga apa yang dirancang berjalan dengan baik
Budak " Tauuuuuuuuu" ni akhirnya nak kahwin dah...
Tauuuuuu....hehehe
Post a Comment