Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, November 13, 2011

Bersiap sedia ke gelanggang

Macam paku di dinding. Ketuk baru masuk.  Ketuk baru masuk.

Mak dulu tak macam korang.  Belajar tak payah disuruh-suruh. Mak tahu nak study sendiri. Atuk dan uwe tak payah bising-bising pun.

Ala.. relek lah mak.

Banyaklah korang punya relek. Nak relek apanya. Exam dah dekat tapi depan komputer lagi.

Itu yang selalu aku bebelkan dengan mereka.  Dengan adik pun aku bebel jugak.

Tadi adik dah baca dah. Baru habis.

Baca je? Ingat buku cerita ke dik main baca-baca .

Anak-anak aku tak rajin belajar macam aku. Aku dulu paling takut kalau nak periksa. Bila aku takut aku belajar sungguh-sungguh sampai tak tidur malam. Kalau tiba musim exam, sanggup stay up kat study room pekena air kopi supaya tak mengantuk. Nanti bila tidur pukul satu atau dua, kejutkan kawan pula yang nak study awal pagi.

Aku tengok anak-anak aku punya cara belajar yang lain.  Aku  tukul, diorang jadi paku. Tapi alhamdulillah, dapat juga masuk universiti.



Dua tiga bulan kebelakangan ini adik rajin study dan berbincang dengan kawan-kawan. Aku doakan mereka mendapat banyak kelebihan dengan belajar bersama-sama ini.

Kepada adik dan kawan-kawan adik, mak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula besok.  Semuga adik dan kawan-kawan adik semuanya dapat menjawab dengan baik. Tenangkan hati bila membaca soalan dan menjawab soalan-soalan itu.  Yang penting adik telah berusaha.

Doa mak untuk adik.

ibundo

19 comments:

@xiiinam said...

Selamat menghadapi peperiksaan Adik. Semoga berjaya dengan cemerlang...

ibuintan said...

selamat menghadapi SPM buat Adik... moga dapat menjawab dgn baik dan beroleh kejayaan yg cemerlang


anak2 saya pun sama KakPah.. memang kena ketuk slalunya

kaklong said...

samo lah ngn anak kaklong kak,doa kaklong sentiaso mengiringi dio..amin
masing2 ado kelobihan masing2 kan kak?

lupekanje said...

Smoga adik dn knkwnnya akan bjaya cmerlang.

Acik Erna said...

selamat menghadapi SPM buat adik dan kawan2..semoga tenang dan akhirnya cemerlang keputusannya..

~ Cik Azz ~ said...

Risau kan kak bilo nak pekso bosa ni... Anak buah sey dua orang yg amek SPM tahun ni.. Yang kek MRSM Jasin tu tadi msj sey bgtau yg dio nak ckp dgn Uwan ehhh.. Sodih lak sey jadi ehh...

Mudah2an dorang semuo bojayo kak.. Tomasuk la si Adik tu dgn anak2 buah sey sokali.. Aminn3....

ejaMaria said...

diorg kata study smart... takmo dah study hard... hihihi...

Amie said...

Assalam Ibundo,
zaman Amie belajar dulu pun macam Ibundo juga, sanggup jaga sampai lewat pagi kalau nak exam, tapi budak sekarang tak begitu...mereka banyak dapat bimbingan tentang teknik menjawab daripada guru di sekolah... insya-Allah, akan lulus cemerlang dalam SPMnya nanti.

Zaitun said...

Good luck buat adik semoga beroleh kejayaan.

Aku said...

pesan abang cik kepada adik-adik.

tak payah gusar nak score segala... buat lelah jer.

study untuk dapat A semua dah lah. Ada tolerance tu (minimum 85%).
bukan nak kejar no.1 dalam malaysia.

cahya indah said...

all the best untuk anak Bundo..adik Cahya pun sitting for SPM this year

Ena said...

good luck utk anak kakpah..

ena dulu pun gitu kakpah, belajar sampai nak tido pun tak blh.. takut punyer pasal.. huhuh

AZANI said...

hajjah
semoga adik dan kawan kawannya ,serta along berjaya...amin.

ibundo said...

cklah,
tenkiu.

ibuintan,
yang takut ni omak e. dio relek yo.

kaklong,
amin.. semugo bojayo somo e.

acik,
tenkiu acik.

erna,
semuga kejayaan menyebelahi mereka.

azz,
maun tak risau. tambah risau lai kalau orang buek relek yo hehe..
semugo diorang bejayo.

ibundo said...

maria,
haha.. tu yang relek jer tu..

amie,
sekolah banyak bagi bimbingan pada diorang ni. Selalu ada seminar, selalu ada bengkel.. alhamdulillah. Mereka banyak dapat petunjuk drp guru. cuma kpah ni yang banyak bebel haha..

ibundo said...

zaitun,
tq zai..

aku,
bagus nasihat abang cik..

cahya,
selamat berjaya juga buat acik cahya

ena,
tenkiiu

azani,
amin..

Kakzakie said...

Wah adik dah 17 tahun kakpah. Lepas ini kalau pergi matrik kakpah kena tinggalkan dah...

IQ anak-anak kakpah dah original pandai, belajar sikit pun ok. sebab itu dia tak takut pun...

ibundo said...

kakzakie,
dah besar tapi kakpah masih anggap dia budak kecik lagi eheh

miloais said...

good luck to adik ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...