Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, December 8, 2011

Dendam kesumat

Hidup  bertambah dewasa bersama bertambahnya angka pada umur kita. Betullah kata orang, semakin kita menginjak tua semakin matang cara kita berfikir.  Tindakan kita lebih banyak menggunakan akal fikiran daripada menggunakan hati dan perasaan.

Aku bukan seorang yang perfect. Di sana sini memang banyak cacat cela tetapi semakin jauh hidup ini aku cuba sedaya upaya mungkin menjadi lebih baik. Kalau dulu aku cepat marah, aku kawal supaya ia tidak menguasai aku.  Kalau dulu aku suka berdendam pada mereka yang menyakitkan aku, aku cuba supaya mencampak jauh perasaan itu. Itu sekadar dua contoh.

Kalau nak cerita pasal dendam dan marah, aku masih teringat-ingatkan orang yang membuat aku berkecil hati teramat sangat walaupun perkara telah berlaku lebih 30 tahun dulu. Aku ingat kata-katanya setiap patah dan pada kala itu aku berkata pada hati bahawa aku tidak akan memaafkannya sampai mati.  Bila memikirkannya sekarang, tidak ada untungnya yang aku dapat berdendam sehingga begitu sekali. Manusia ini.. mana ada yang sempurna melainkan pilihanNya. Jadi, diam-diam aku kuburkan dendam aku walaupun dia entah di mana dan entah ingat pada aku lagi atau pun tidak.

Setiap kejadian yang berlaku ada sebabnya. Aku berpegang kepada qada' dan qadar dan pegangan ini membuat aku lebih mudah menerima. Aku pegang bahawa setiap yang berlaku itu adalah ujianNya untuk aku dan tahun-tahun kebelakangan ini aku memang kerap diuji.

Emak tu lembut sangat. Orang buat mak pun, mak diam.

Hati aku memang sudah menjadi terlalu lembut. Rasa dendam itu sudah tidak ada. Rasa marah pudar dengan sekejap masa.

Dengan mak bolehlah nak nangis-nangis mintak maap.  Dengan kami ni, sorilah.

Semua yang terjadi ada sebabnya.  Allah maha mengetahui. Allah mahu aku menjadi lebih baik. Allah mahu orang yang menyakiti aku menjadi lebih baik. Aku redha dengan apa yang telah dilakukan kepada aku. Aku tidak mahu menyimpan dendam.  Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa aku.

Wahai anak-anak.  Belajarlah menjadi dewasa bersama dewasanya umur kita. Jadilah orang yang pemaaf sekiranya orang itu benar-benar menyesali apa yang telah dilakukan.

Ada kalanya kita sendiri perlu kepada peluang kedua.


Orkidku yang sedang berkembang cantik. 
Jadikan hati kita secantik bunga yang sedang kembang.



ibundo

26 comments:

ejaMaria said...

pemarah menjadi penyabar... pendendam menjadi pemaaf...
akan berkembang seiring usia dan pertambahan ilmu terhadap agama Bundo...
Maria yakin satu masa nnt anak-anak Bundo akan jadi pemaaf juga...

sbb Maria juga pernah remaja... pernah marah dan memberontak... tapi skrg marah itu dah semakin hilang... hilang dibawa kemaafan... walaupun susah tapi buat juga...

tip Maria : kalau marah-marah nnt lekas tua... hihihi... kita nak awet muda... ;p

Anonymous said...

indahnya bila tiada dendam, saya sekarang ni sedang berusaha untuk membuang semua negatif dlm diri =)

kaklong said...

pengelaman lampau mengajar kita erti kesabaran...
lebih baik jadi seorang yang pemaaf..dari terus berdendam....

anymz said...

kak, arwah omak se selalu cakap..belajarlah balik2 kan hati..insyaAllah kau akan selamat dari hasutan syaitan..selalu se pogang ayat keramat omak tu..
setiap kali se teraso nak kocik hati ese pun mulo lah karang ayat nak sodapkan hati.
tp tu lah kito ni manusia...ado maso tu terlajak gak tapi cumo sodeh yo lah..tak pulak berdondam..

entri akak hari ni mmg sudah ado dlm kepalo ni utk di entrikan kek my story..samo lak fikiran kito hari ni..hehe

ASH said...

Orkid tu memang cantik..bak kata satu bait lagu..." Biarkan bunga berkembang, di atas tangkainya, janganlah dipetik..sayang.."
.
.
.
err..pagi ni sarapan apa?
.
.
.
sejuk nih sedap minum kopi!

rohaizahabas said...

masa muda muda dulu, perangai saya macam budak budak sekarang lah...tapi dah tua tua macam ni, malas nak berdendam dendam ni..buat hati dan jiwa tak tenang saje..lebih baik memaaf kan saja segala perbuatan yang lampau.
Sayang kak Pah kita...

sal said...

Alhamdulillah..semakin berusia smakin berubah cara berfikir, semakin sabar dan rasional..

moga kebaikan dan keikhlasan kita akan diberi ganjaran Allah dalam bentuk2 lain spt rezki dan kelapangan..

InsyaALLAH..

mamaijat said...

....gitulah kehidupan..mamaijat juga x tahu apa yang didendam oleh siblings kat kami sekeluarga.....dah bertahun2 .....hinggakan mamaijat sakit serious begini x tergerak hati mereka nak menjenguk.. biarlah....mamaijat dah ampunkan apa aje salah silap mereka...

sud@is said...

Ya kakpah semoga kita menjadi diantara orang yang terpilih diberi hidayah

tasekM said...

baiklah bunda...


(tetiba rasa muda sgt nk panggil ko bunda kak...)

:)

.

indahhouse said...

Salam ibundo,
Masa brdarah muda, macam tulah. ;) Bila kita merasa manisnya Hati kerana memaafkan, kita takut kalau tidak dimaafkan oranglain. Yalah, kita insan biasa. :)

Anaasuria said...

tempat marah dan dendam dalam hati dah diganti dengan belas ihsan dan pemurah ye kak pah...

Cik Azz said...

Samo la kito Kak Pah..

Sudah ehh buek diam yoo.. Buek tak tau yoo dgn org mcm tu...

Kadang2 kito pun ado gak sakitkan ati orang... Mudah2an orang tu maafkan kito walaupun kito tak mintak maaf kek dio..

Tu sobab ehh kito jgn bodondam dgn org.. Kalau kito bodondam dgn org.. org pun akan bodondm dgn kito... seelok2 eh jadi la pomaaf walaupun susah nak buek..

Payah nak jago semuo ni, kan kak.. huhuhu..

JunAina said...

masa telah merubah segalanya kak pah. aina dari seorang pendiam berubah menjadi ramah bila umur bertambah, angin pula mula menurun bila angka2 pada umur semakin mendekati 40...

miloaiskurangmanis said...

kita jadik lebih 'mellow' bila usia makin meningkat...
lebih matang dan lebih banyak memikirkan pro and cons sebelum melalukan sesuatu tindakan

masa muda remaja - mungkin ye
pantang di cuit atau ditegur sikit - mula nak menjawab balik....

aNIe said...

Semoga kita akan sentiasa mendapat petunjuk dari ALLAH ye kak.. kadang2... hati ini sukar untuk melupakan... walaupun telah memaafkan...

cikmanggis said...

terima kasih kakpah...sedang memujuk diri agar maafkan seseorang ini...maafkanlah..maafkanlah walaupun perit:(

Unknown said...

SALAM,
ALLAH SWT BERSAMA DENGAN ORANG YANG PEMAAF. TUMPANG GEMBIRA DENGAN PENDIRIAN DAN SIKAP KAKPAH. ADA PENGAJARAN UTK LF DRPD ENTRI INI.

ibundo said...

maria,
zaman remaja jangan cakaplah haha.. kejap kejap nak gaduh. kejap kejap taknak kawan.

tina,
kita ni banyak sifat yang tak elok. Ego kita tu perlu kita kawal

kaklong,
kita besar dengan pengalaman kan?

anim,
kocik hati memang kocik hati. Sodeh memang sodeh. Marah memang ada rasa marah tapi kito tak maulah semua perasaan tu yang kontrol kita. Kita yang kontrol mereka.. kan?

ibundo said...

ash,
okid yang ni memang cantik tapi tak tahan lama.
sarapan pagi? pagi semalam ke pagi ni hahaha..

ezza,
bedondam ni takdo pekdah. Baik kita doakan je orang yang buat kita tu supaya jadi baik. Dapat gak pahala..

sal,
amin..amin.. insyaallah sal.

ibundo said...

mamaijat,
sedih ye mamaijat kalau kita tak tahu apa salah silap yang kita dah buat.

sudais,
mudah-mudahan..

tasek, kau memang muda pun tas. layak aku panggil anakanda.

indahouse,
begitulah.. kita juga tak tinggal dari buat kesilapan. Takut tidak dimaafkan.

ibundo said...

anaa,
Bila manusia beriya-iya minta maaf kepada manusia dan berjanji mahu menggantikan kesilapan dengan mengubah sikap.... kita terlalu kerdil untuk tidak memaafkan. Sedangkan Allah begitu pemurah menerima dan mengampunkan dosa-dosa yang kita lakukan. Siapalah kita untuk bersikap angkuh.

ibundo said...

azz,
teramek-amek boto lah cakap ekau tu azz. takut pulak salah silap kito orang taknak maapkan. Kadang-kadang kito buek silap kito tak perasan pun.

jun,
makin dewasa kan? Muda2 dulu kpah garang jugak dengan anak-anak. Ikut darah muda.

milo,
dulu dulu buat sesuatu ikut cakap hati. Sekarang kalau ada gerak hati, kita cek dulu dengan akal..

anie,
yang itu tak boleh disangkal. setiap yang terluka pasti akan ada parutnya.

cm,
memang perit cm... kena pujuk diri

LF,
salam. Siapalah kita ini kan?

Azian Elias said...

ibundo,

jadi org yg pemaaf ni buat kita jadi muda..betul kan.. sebab kita sentiasa positive..

hati berkarat tu yg muka jd berkarat..hee

Amie said...

Assalam Ibundo,
terharu Amie baca tulisan Ibundo,
kalau kita berjiwa pemaaf, dada kita lapang...hati kita tenang, tapi tidak semua orang boleh buat begitu ye Ibundo.

ibundo said...

yan,
terima kasih kerana jenguk bundo. Biarlah hati kita sentiasa bersih. Mudah-mudahan Allah bersihkan dosa-dosa lampau kita.

amie,
memang tak mudah amie. kita ni pun manusia yang ada mempunyai perasaan tetapi kita cuba sedaya upaya untuk tidak dikuasai oleh perasaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...