Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, December 10, 2011

Kenduri kahwin...... di mana silapnya.

Tengahari ni kau masak ye siti.  Masak sikit je.  Ibuk dan bapak nak pegi kenduri. Kaklang dengan kakteh pergi kenduri.  Adik pergi dengar ceramah lesen kereta.  Masak sikit untuk yang ada ni je lah. Aku berpesan-pesan semasa menyudahkan kerja aku membuat kuih seri muka. Kuih seri muka aku yang tak berseri sikit  pun.  Sebabnya, dalam resepi ada pesan bubuh satu sudu tepung jagung.  Aku pula kehabisan tepung jagung, jadinya aku tak bubuh. Dan sudahnya kuih aku jadi lembik semacam.

Tak apa buk.. lembut tu senang tak payah kunyah. Masuk dalam mulut, telan je.
Pandai siti memujuk hati aku yang patah semangat. 

Siti masak.  Aku mengemaskan bekas-bekas masakan. Kuih yang telah sejuk dan siap aku potong, aku susun di atas pinggan dan aku ambil gambar beberapa snap. Gambar untuk aku masukkan dalam dapur ibundo. Selesai, aku naik bersiap-siap untuk pergi ke kenduri kahwin pula. Jiran aku mengahwinkan anaknya hari ini tapi majisnya di buat di dewan banquet di UPM. Kami tunggu zohor masuk dulu baru berlepas ke tempat kenduri.

Sampai di dewan, kereta yang ada di tempat parkir cuma ada beberapa biji.  Kami melihat jam.  Baru pukul dua lebih sikit.  Takkan semua orang sudah pulang. Ada beberapa orang sedang tercangak-cangak di tepi beranda. Ada yang sedang menyiapkan sesuatu.

Cuba tanya budak tu.  Kenduri tu di sini ke bukan, arah hasben aku.

Dik!!! ni dewan banquet yang ada buat kenduri kahwin tu kan, aku tinggikan suara sikit supaya dia kedengaran.

Ya kak!!!...  tapi kendurinya malam nanti.

Hasben aku buka balik kad jemputan.  Jelas terpampang di situ aturcara majlis yang bermula pada jam 8:00 malam. Dan kami mengekek-ngekek berdua.  Kejadian salah tarikh dan salah waktu tak habis-habis terkena pada kami.

Habis camno.. tanya hasben aku.

Camno apa lagi. Belanja kita makan nasi briyani lah.

Akhirnya, kami makan nasi briyani di JM briyani.
Keh..keh..

ibundo

21 comments:

abah khalisha said...

sekali majlisnya malam..ehhehe..jarang org buat malam kan

Thanks Yuyu Zulaikha Sebab Sudi Makan Bersama

Amie said...

Assalam Ibundo,
kalau dah silap sendiri... ketawa sajalah ye, nak marah kat sape pulak ye... he he hehhh kenyang dapat belanja nasi briyani ye Ibundo.

kakngah said...

kakpah la yg untung.
siang makan nasi briyani
mlm makan nasi minyak pulak...

haslina said...

hehehe.
kenduri di JM Beriyani sudahnya.

kaklong said...

briyani yg kek topi jln poie hospital
serdang tu ko kak?

ibundo said...

abah khalisha,
tu lah.. kami konfiden je siang.

amie,
dah selalu dah terkena macam ni mie. kadang-kadang silap hari. kadang-kadang silap minggu hehe..

ibundo said...

kakngah,
tadi maso poi tu tuan rumah e ado dalam dewan. Hasben kpah poi jumpo dio dan hulur envelop cakap malam tak dapek datang. So... kpah dapek briyani jo..nasi minyak tak dapek.

ibundo said...

haslina,
hehe..

kaklong,
bukan.. yang topi jalan tu briyani gam. Ni dokek seksyen 9.

lupekanje said...

hahaha..acik tompang golak ann..

Acik Erna said...

kak pah..tu la kan kito kok tengok kad kadang2 lupo nak tengok waktu..konfiden yo kenduri e buek disiang hari.
sajo to tu kak pah nak makan2 kek kodai..he he

S..U..D..@..I..S said...

lawak cita kakpah..jarang2 dan kadang2 ya..telopeh pandang

Aku said...

kalau dah pekena beriyani, dah kira makan di kenduri kawinla tu gak....

ibundo said...

acik,
ala.. macamlah acik tak ponah kono kan?

erna,
sobab orang biaso buek siang. so konfiden yolah siang. tak tengok lagi aturcara majlis tu.

sudais,
tu lah.. kalau dah bukan rezki tu, yang dalam mulut pun boleh keluar balik.

nizam,
alang2 keluar tuk kenduri kawin, kalau tak pekena nasi briyani mau aku ngamuk kahkah..

Kunang-Kunang said...

Kak Pah,

Itu menunjukkan banyak sangat dapat kad kenduri kawin. Tak aperlah, malam nanti pegi balik yer.

Em's Family said...

saya tak pernah lagi salah kenduri kawin, tapi mak saya pernah kene dua kali, yang best tu siap termakan nasik lagi, then baru perasan salah kenduri

cahya indah said...

lain kali kena set reminder ni Bundo..hehe

secangkir madu merah said...

salah waktu dan hari lagi? tapi kalau dah rezeki tak kemana, wlau pun tak dapek makan nasi beriyani org kahwin tapi dapek makan nasi beriyani JM pon dah kira rezeki jugak... mcm cerita pak andeh ngan mak andeh jek hiihihihiii.. sori yo kakPah.. seh gurau yo..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Kehkehkeh...

Nasib baik dokek.. Kok jauh, memang balik toghuih agak ehh, kan... hihi..

hani@debumelukut said...

hehehe...tak per, kn dah dapat makan nasi beriani tu...

ibundo said...

ani,
memang banyak ni.. musim kendurilah katakan.

em,
haha lagilah lawak. Hasben bundo penah pergi kenduri yang dah berlalu seminggu..

smm. tu lah pasal. kitorang berdua ni dah selalu sangat salah kenduri. Nak buat camno. masing2 dah warga emas haha..

azz,
maun de nak balik toghuih. mission mesti accomplished. makan totap makan hehe

hani,
nasib baik tak kempunan

ASH said...

Jadi tetamu tak ngaper tersilap hari pun..tak dapat nasi minyak, dapat nasi briyani
.
.
.
JANGAN PENGANTIN TERSILAP HARI!!
.
.
MELOPONG gigit jari!!
wakakaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...