Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, December 25, 2011

Okay

Kau kemana?
Sehat ke?
Lama senyap.  Everything okay?

Merangkup kesemua soalan, aku sehat..okay...
Kalau soalan pergi kemana bermaksud aku makan angin sampai kembung ke luar negara, tak.. aku tak kemana-mana. 'Kemana" aku terhad kepada urusan setempat seperti membeli ikan, ayam, sayur, makan-makan memenuhi nafsu tekak, beli itu beli ini untuk sesuatu yang di luar rancangan dan bla..bla..
Itu tak termasuk pergi kenduri kawin yang masih belum reda-reda seperti hujan dan mendung yang melanda.

Seperti semalam.. dari pagi aku sudah keluar mencari bahan untuk masak-masak kerana ada tetamu datang bertandang. Bukan tetamu lain, abang dan kakak aku.  Abang datang dari kampung dengan bonet kereta penuh dengan rambutan, langsat dan durian.  Kakak pula dari au5 bersama anak-anak buah dan anak cucu. Tujuan asal mereka adalah untuk menjenguk abah yang tidak berapa sehat sejak dua tiga minggu kebelakangan ini.  Kesian abah. Batuk dan selsema tidak pulih walaupun sudah makan ubat doktor. Dia pun sudah macam pasrah dengan kesihatan yang menurun. Mungkin cuaca yang tidak menentu juga memainkan peranan.

Atuk ni dah lamo dah.  Ni dah nak sampai penghujung penghujung dah ni..kata abah pada kirin satu hari.  Sebak aku mendengarnya. Cepat-cepat aku menelefon adik beradik aku yang cuma bertiga ini tentang keadaan abah. Bila aku beritahu abah yang abang dan kakak akan datang menjenguknya, pukul 9 pagi  abah dah duduk di kerusi kaki lima rumah aku yang menghadap ke laman. Matanya aku tengok tertancam ke pintu pagar.

Mbong!.. kek mano dah ni.  Abah dah mandang pintu pagar yo dah tu ha..

Iyo ko... Dah sampai Senawang dah ni.

Macam tulah kan? Mak bapak ni sentiasa  menunggu dan gembira bila ada anak-anak, cucu cicit yang datang menjenguk.
Aku? Seharian melayan mereka.  Rancangan aku untuk mengikuti kelas pengajian di rumah LF terpaksa aku batalkan. Memang ada rasa tidak enak sebab sudah berjanji untuk menghadirkan diri. Tetapi melayan tetamu aku rasa adalah lebih baik.

Sekian.  Ada urusan mengejut yang wajib aku uruskan sebentar lagi.

ibundo

19 comments:

mamaijat said...

.....teringat & rindu kat mak abah kat kg...
namun mereka sangat arif ketidak upayaan anakanda nak selalu menjenuk...
dapat dengar suara dalam fon pun dah boleh melerai rindu...
tQ mak abah kerana memahami...

cahya indah said...

bestnya Bundo dapat makan rambutan, langsat dengan durian banyak2..

rezeki said...

salam kak pah

begitulah juga yang selalu disebut oleh ibu saya yang tua dan uzur

selalu cakap " aku ni dah tak lama dan redha kalau Alalh nak ambil kembali .....


tadi saya baru beli durian d24 kak hehehe

beli kat JJ je 4 pek hehe

sal said...

sesekali memang seronok jumpa adik beradik..

moga lepaslah rindu abahnya melihat anak2 dan cucu2..

PCL said...

assalamualaikum ibundo..pcl singgah menjenguk jauh dari kpg....tapi sekali klik je dah sampai hehehe.

ejaMaria said...

takpe... belajar selagi ada umur kita bole pegi belajar... layan adik-beradik hari ini... belum tau esok lusa akan datang macam mana... :)

azieazah said...

Seronoknya dapat peluang menjaga orang tua. Rezeki bertambah bila anak cucu sedara mara datang berkunjung.

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Rumah sy ni pon ado gak adik-badik yang balik.. Riuh rumah ni dgn anak2 dorang tu...

Tp boto la kato akak tu.. Solagi tak sampai, solagi tu la dok tipon yoo.. Pukul 2-3 pagipun tak tido lagi.. Tunggu dah sampai baru logoo.. Camtu la omak sey..

ibundo said...

mamaijat,
semuga mamaijat sembuh dari apa jua masalah kesihatan yang dihadapi. Orang tua kita lebih memahami.

cahya,
dah tua2 maacam bundo ni makan sikit saja. tak boleh banyak2..

pak itam,
kita yang muda daripada mak bapak ni belum tentu lagi pergi kemudian daripada mereka.
Durian tak boleh makan banyak2 pak itam. Tambah2 yang mahal...hii..

ibundo said...

sal,
memang lepas rindu agaknya. Dan dah kurang juga demamnya..

pcl,
salam.. haha.. begitulah hebatnya dunia alamaya ini. Boleh menjelajah dunia dalam beberapa saat saja.

maria,
insyaallah..

aziezah,
sejak abah duduk dengan kakpah, rumah selalu dikunjungi sanak sedara yang datang untuk menjenguk abah. Memang murah rezki..

cik azz,
macam tu lah de kan? Kakpah ni pun kalau anak poi memano, selagi tak balik tu kang, hati ghisau jo.

zino said...

saya tetap akan balik sekurang2 nya sekali sebulan berjumpa ayah bonda.. tak dapat lama sekejap pun jadi..

Panglima Muda said...

salam... makanlah jangan sampai demam

Acik Erna said...

kak pah..dulu arwah bapak pun macam tu..mato dio asek mandang kojalan..kadang2 adik kato sampai tersilap..orang lain yang turun bas..dio nampak macam saya yang balik kak pah..

gedek! said...

saya pon dah nak sampai penghujung penghujung...

cuma tak tau hujungnya bila...

Anaa said...

kak pah, saya pun tak lama lagi akan diberi peluang jaga ayah..selama ni dia dok ngna kakak sebab dekat ngan tempat kerja dia.. tu pun kalo dia berhajat dok ngan saya ...

hari tu dengar ustaz kata, mak ayah tu aset bukan beban... aset nak jana pahala yang berlipat gando.. aishh, terus tak sabar nunggu nih..

GreenJade said...

salam ibundo..terima kasih sudi mencemar duli ke blog saya yea.moga sihat2 selalu :)

ada sedikit hadiah utk tekaan tepat foto yg saya post kan di entry blog tu hari..nanti ibundo email alamat ya di email saya - tinie_an@yahoo.com

secangkir madu merah said...

sementara ayah tu masih sihat.. jaga dan layanlah dia, tak rugikan kak? sbb tu saya memilih tinggal hampir dgn rumah abah dan emak saya supaya saya boleh melawat mereka pada bila2 masa saja. Bila sekali sekala renung wajah tua mereka rasa sedih je kak...

ibundo said...

zino,
baguslah macam tu

PM
makan sikit sikit je

erna,
kito pun camtu gaklah agak e kan?

gedek,
hehe..

anaa,
beruntunglah kita dapat jaga orang tua macamana mereka jaga kita masa kecik dulu. Jaga ibu bapa ni dapat pahala tapi tak kurang juga yang dapat dosa. Berhati-hatilah..

ibundo said...

greenjade,
oo ye ke.. tkasih. nanti undo emailkan address.

smm,
dapat tengok wajah dorang pun dah dapat pahala dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...