Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, December 18, 2011

Pertemuan Terancang

Aku intai-intai dari rumah, masih belum ada tanda-tanda ramai yang sudah datang. Sekejap-sekejap lagi aku intai-intai semula sambil jeling-jeling melihat jari jam di dinding. Sudahnya bila aku agak-agak tetamu sudah ramai yang sampai, aku terus keluar menuju ke rumah yang letaknya hanya di seberang jalan rumah aku.

Sebenarnya sebelum perjumpaan bloggers yang bertemakan "salam bersambut ukhwah bertaut" ini aku tidak tahu sedikit pun bahawa datuk LF tinggal hanya sepelaung dari rumah aku. Hanya bila melihat pada alamat pada borang penyertaan baru aku sedar bahawa kami ini sebenarnya berjiran.

Ezza muffinbiru pagi-pagi lagi telah menghantar sms mengatakan tidak dapat hadir.  Maaf za, oleh kerana begitu teruja dapat bertemu kawan-kawan alamaya, kakpah terlupa menyampaikan salam dan maaf pada datuk dan crew. Apa-apa pun mereka mengerti kerana kita ini hanya merancang dan bukannya menentukan.

Mereka yang aku jumpa dan kenal kerana tak lupa lalu lalang depan rumah aku sambil minum secawan kopi:
kakcik, azie, anaa, akuzle, mamawana, nani, erna, juneaina, bujal.  Adik-adik dan anak-anak yang lain aku kurang kenal.  Aku ni pun bukannya jenis yang banyak masa untuk blogwalk. 



Rasanya perasaan gembira dan puas hati jelas terpancar di wajah masing-masing. Terima kasih pada datuk dan crew kerana menjadikan perjumpaan ini satu kenyataan. Kami benar-benar menghargainya.
Kepada erna, copek-copek cari menantu sebab dari awal tiba hingga dah nak balik kerjanya asek kidnap anak orang.

ibundo

35 comments:

Unknown said...

wow..
tak sangka ibundo dan dato sejiran..

inilah dikatakan dunia maya. lepas nie bolehlah syer piring yang berisi.. hehehhe
nak pindah BBB gak.. ahaksss

kasihibu said...

berjiran je? betul kata CR lepas ni boleh hantar2 piring berisi

sya memang tak dapat hadir tadi, walau pun hati ni meronta ronta nak hadirkan diri.

Acik Erna said...

kak pah..kok sonang cari monantu dah lamo dah..he he
terima kasih kak pah..seronok dapek jumpo kak pah.
lambek tidur malam ni..tadi anak sedaro lak datang rumah..baru sompek nak melipat kain ni ha..

Ms.Lilies said...

den malu nak join gathering gini hehe

Cik Azz said...

Sey pon samo macam Ms. Lilies... Sogan nak jumpo orang2 hebat ni.. huhuhu..

Wahh, Kak Erna tu mesti tak tido leno malam ni sobab dapek jumpo Kak Pah.. hehe..

akuzle ayu said...

hoh! ibundo neh kalo sudah 'pecut', naik mongah den dibueknyo...huff...hufff...ini namo ae 'entri 100m'.. ahhahahahah... sungguh terang lagik bersuluh tuh, bundo. 'omak' angkat den tuh dh kepingin beno yea? nasib baik ado Adik Iffah....hiihihihih

Unknown said...

SALAM,
AMAT GEMBIRA WALAUPUN BERSEMBANG TAK LAMA DGN IBUNDO .. INILAH ANTARA RAHMAT ALLAH BILA BERBLOGGING .

kaklong said...

kakerna,ado ajak kaklong dtg,ado hal pulak..tak dapek nk join....huhuhu!

azieazah said...

Saya sangat gembira Kak Pah hadir!

Teruja saya.

Saya gembira kerana ramai golongan lebih tua dari saya (saya pun tak muda lagi dah), bersemangat berblog dgn cara tersendiri.

Maaf tak dapat nak sembang panjang semalam.

Maaf jika ada terkurang di mana-mana.

Terimakasih Kak!

iina said...

Wah jumpa dan makan-makan tuh memang best hehehe..

nanti mau tuntut mee kari ;)

ejaMaria said...

seronoknya... ;p

ibundo said...

ayu,
bundo lorong sebelah sini, lf lorong sebelah sana..

kasihibu,
tak apa kalau takk hadir kali ni. Mungkin ada lain kalinya..

erna,
samba daun kayu ngan pongat jagung kau terbaek la na..
Toraso2 lagi ni na..

ibundo said...

lilies,
ala... semua orang ada hidung je aku tengok kehkeh..

azz,
nak jumpo kau gak satu hari nanti azz.

ayu,
seronok jumpa ayu.
Bundo ni bukan apa.. cepat beres haha..

LF,
terima kasih. Seronok bertemu kalian.

ibundo said...

kaklong,
next time yo kaklong..

azie,
semuanya mantop..
Kalau ada yang terkurang tu memang adat lah kan? Kita ni pun tak sempurna tapi...pada bundo, thumbs up.

iina,
kau bilo nak balik.

maria,
haah.. kalau maria ada lagi seronok.

pB said...

nak pergi sangat sangat

tapi byk sangat kengkangannya ..

Kakzakie Purvit said...

Tumpang seronok kakak menatap gambar-gambar kakpah... nampak sangat ramai yg dtg. Kalau tak kerana majlis ini kakpah tak tahu Dato' LF jiran kakpah ye:)

Unknown said...

tak dapat join sebab ada hal tertentu, kalau idak tentu dapat jumpa dengan kak pah

dalila said...

seronok kan jumpa ramai2 begini

Anaasuria said...

salam kak pah.. sukaa sangat dapat bertentang mata, bepeluk mesra, bergurau senda... tapi takde gambo kita bedua ekk.. saya sekeping pun tak snap kak.. memang niat nak 'curik' gambo orang lain kat blog2 dia orang je...hikhik..

sal said...

seronoknya berukuhwah...syukran..
moga keikhlasan drp persahabatan itu berpanjangan dan bermanfaat..

Misz-ella said...

seronok saya tgk blogger berkumpul camni. saya pun nak pergi sebenarnya tapi ada hal lain pulak .. Hrp2 ada pertemuan ke 3.

AzeedA said...

Assalamualaikom kakpah!

jumpe dak teman? hehehehee

Kayu Manis said...

salam kenal..mudah2an erat lg selps ni...

aza ni said...

hajjah
selama ni di alam maya
sekarang di depan mata....

baru jumpa dengan tuan blog....

PCL said...

Salam Ibunda, tak sempat nak betegur...besar hati sy utk mengenali ibu...insyaAllah kalau ada ke sana lg bertemu lg kita..kali ini untuk berbicara depan mata.

uncle gedek said...

kita tak sempat berborak panjang, kan?

harap ada lagi macam ni lain kali...

ibundo said...

pb,
insyaallah ada lain kalinya .

kakzakie,
begitulah nampaknya...
dan tak tahu pun di rumah LF ada buat kelas pengajian setiap hari sabtu.

kak ina kl,
kalau ada waktu lain, bolehlah kita jumpa ye ina..

ibundo said...

dalila,
kalau buat gathering hariraya mesti gempaq..

anaa,
haah.. kakpah cari dalam kamera kpah pun takde gambar kita.

sal,
insyaallah. Kita tambahkan sahabat, kurangkan mmusuh.

kakchik@ella,
pasti akan ada pertemuan selanjutnya.

azeeda,
ko memang kan..

cinnamon,
salam.. insyaallah

azani,
memang teruja. cari juga muka ko tapi tak ada.

pcl,
salam. terima kasih kerana sudi mengenali bloger veteren sprt kami.

gedek,
sebab terlalu sibuk mengisi perut? hehe..

sekadar satu coretan said...

Sempat bergambar dgn kakpah...
InsyaAllah kalau ada rezeki kite jumpa lagi..

Zaitun said...

Berjiran rupanya ya.Itulah untungnya berblog boleh dapat ramai kawan dan boleh pula menjadi seakrab yang mungkin.

Unknown said...

Salam Kak pah...
wahhh inilah tuan punya blog yg ajar ida cara2 masak tempoyak tu...sebelum ni pun ida tk penah singgah umah@blog kak pah..seronok tak terhingga kan kak pah..sure pas ni nk pegi umah kak pah yg betul2 pulak...sebab dah tahu kat mana...

Chah said...

Waaaa...sonotnya bergeder-geder,n baru discover blog bundo yg ni...huhu tapi saya budak baru belaja dlm blog memblog ni...mau terkehel kalu bertemu dgn sifoo2 neh...kt mana umah bundo? Kalu dgn metro kajang mmg sepelaung jeler dr umah den ni ha.... Blog nipun besh, saya sukerr suker sukerr!!!

ibundo said...

ain,
bundo ni masih blur. ain yang datang dengan erna tu ke ?

zaitun,
ye zai.. bertambah ramai kawan jadinya.

ida,
seronok jumpa ida. kalau tak sebab gathering ni, takde lah kita berjumpa.

chah,
kau pegi mana senyap. Rumah bundo? seksyen 3 bbbangi. Mehlah bawak kue sepiring....

Kella said...

saya pun datang sini melaporkan berita... =)

moga ikatan kekal sampai bila bila.. =)

Anonymous said...

Salam perkenalan kak Pah.. Saya tak kenal kak pah dan saya tak sempat nak merasa piza yang kak pah masa gahtering tu.. yang budak yang balik awal haritu.. semoga perkenalan ini berkekalan.. BTW ini 1st time saya singgah blog kak pah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...