Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, December 13, 2011

Perut sebu ataau kepala sebu?

Macam ada benda yang tak siap.  Macam ada benda yang perlu aku siapkan. Pagi-pagi lagi aku dah rasa macam tu.

Aku congak-congak dalam kepala, memang banyak perkara yang perlu aku bereskan dan aku semacam wajib berlumba dengan waktu yang semakin singkat. Cuma ada beberapa hari saja lagi sebelum akhir tahun dan senarai aku panjang berderet.

Ketepikan hal itu sebentar. Kepala aku sebu memikirkannya.
Hari ini?
Pergi ke bank islam masukkan cek yang sudah 4 bulan aku simpan. Sambil-sambil tu berhajat untuk bayar bil astro.
Maaf puan.  Kami tak ambil bil astro lagi.
Sejak bilalah pula?  Aku congak-congak dalam otak. Baru aku teringat yang aku dah tiga bulan bayar bil astro pakai cek.
Aku masukkan ic ke dalam slot machine yang mengeluarkan nombor giliran.  Ada sedikit cash yang perlu aku bank in kan.  Berlari pekerja perempuan di kaunter berhampiran machine itu tegak berdiri di sebelah aku.
Tak payah masuk ic, puan.  Tekan je di sini.
H'a? Tak payah?  Saya selalu masukkan ic. Bila kala pula tak payah?
Perlukah dia untuk menidakkan kelebihan aku untuk mendapat nombor express?  Dengan rasa  degil aku terus memasukkan juga ic aku ke dalam slot. Perempuan itu masih berdiri tegak malah membantu aku pula menekan skrin untuk mendapatkan nombor. Machine memberi aku satu nombor cantik yang membolehkan aku belum-sempat-mencecah-punggung-di kerusi nombor sudah dipanggil.

Habis satu perkara.
Pergi pula tnb untuk bayar bil letrik, air, telefon.  Bil astro aku tangguh dulu sebab aku tengok pos opis banjir dengan manusia. Tnb pula tak sudi bil astro. Bil-bil aku tinggalkan saja di kaunter kutipan sebab tak sanggup menunggu giliran yang begitu panjang. Nanti senang-senang aku kutip kemudian.

Kemudian ke warta bertemu gergasi@giant.
Pergi ke bahagian sayur mayur, aku pilih capsicum hijau dan merah, daun ketumbar, timun, salad 1 biji, ubi kentang, buah naga sebab ternampak satu resepi puding buah naga yang meliurkan.  Habis bahagian itu  aku ke bahagian barang kering membeli sedikit itu sedikit ini. Selesai pusing rak demi rak, aku mencari kaunter kosong. Tak ada.  Kaunter yang dibuka cuma dua dan yang menanti untuk giliran, ramai.

Bila sampai giliran aku, aku keluarkan barang ke atas kaunter. Tiba pada sayur aku mengucap panjang sebab terlupa untuk menimbang sayur-sayur tersebut.
Ala dik... terlupa nak timbanglah.
Akak pergilah timbang.
Aku tengok barisan di belakang aku. Panjang.  Masing-masing macam dah bagi amaran jangan kau ngengada nak pergi timbang sekarang. Nanti aku kena tercangak lama menunggu kau di sini. Tadi kau taknak timbang.  Sekarang baru kau nak timbang?

Err.. tak apalah dik.  Tak jadi belilah.  Letak je sayur ni kat sini ye?

Macamtulah cerita aku harini. Ingatkan bila dah keluar, kepala ringan. Rupanya bertambah sebu.


 ibundo

23 comments:

ejaMaria said...

ingat perut je bole sebu sbb masuk angin... ;p

Cho Zila said...

kepala sebu payahtu... kita sekarang bayo bil ikut m2u jer ... malaih nak berlari ke sana sini giniler...

kakngah said...

ye al ka.. bayar bil on9 je. jimat masa & tenaga kakpah..

ibundo said...

ejamaria,
kepala pun boleh masuk angin tau.. kehkeh..

cho zila,
huwaa... bil sikit-sikit bolehlah. Bil bundo ni sebeban. Pergi dekat pandu lalu pun diorang taknak layan sebab banyak sangat. Kena bawak masuk kat kaunter. Kat kaunter tu pula kalau orang ramai, sia suruh tinggalkan je. Datang ambil kemudian.

ibundo said...

kakngah,
jawapan baca jawapan tuk cho zila tu. Banyak kotomeneh e bayar on line ni. Bil tuk bisnes ni..

kakcik said...

Ada waktunya memang akan jadi begitu, apa dibuat semuanya bagai tak lekat! :)

miloais milo said...

iols sokmo baya bil online
malas nak Q kat bank or pejabat pos...

kak.. bila banyak mende nak pikir
jadik gitu lah.... ada jer yg lupa nak buat!

Yunus Badawi said...

Saya baca apa yg terjadi kat kakpah hari ni saya pun jadi sebu.

Lain kali bayar aje bil tu online.

Semalam masa ke NSK saya pun terkena tak timbang sayur dulu. Semua sayur dah saya timbang kecuali salad. Entah mcmana yg itu boleh tertinggal. Nak bayar barisan panjang. Tiba giliran saya dan setelah saya dapati salad tu tak timbang saya cuba cari emak Adam yg berkeliaran di dalam pasaraya mencari entah barang apa. Saya call hp dia tapi dia tinggalkan di rumah. Anak kami yg jawab .... huhuhu

kaklong said...

akak samo la dgn sey..kok terlupo nk timbang tgk q panjng ya amek,lotak yo lah kek kaunter tu...huhuhu!

Ms.Lilies said...

mcm saya hr tu kak...
anak2 bising suh buat kek marble..
saya pun dah siap beli bahan...
dah sukat2 bahan..
skaliiiiii.......


telur takdo!
dah kena trn ke kedai skali lg...haihhh

ASH said...

"jangankau-ngengada-nak-pergi timbang-sekarang. Nanti-aku-kena tercangak-lama-menunggu-kau-di sini. Tadi-kau-taknak-timbang. Sekarang baru-kau-nak-timbang?"...

TELEPATHY yang terbaek nih!!

aNIe said...

Kak...anie pun kalau lupa timbang sayur ke apa ke... pastu nak kene timbang & beratur balik... malas...terus tinggalkan aje...

Aku said...

kalau pergi berdua, bolehlah minta tolong partner berlari pergi timbang, kan..?

cahya indah said...

kat semua tempat pun orang ramai beratur ye Bundo..hilang semangat nak membayar. huhu.

Amie said...

Assalam Ibundo,
agaknya banyak yang difikirkan tu...

sal said...

Bnyknya benda nak difikirkan dan dibereskan yee..

Moga Allah permudahkan urusan..dan sihatkan tubuh badan untuk melakukan tugas dan tanggungjawab kita seterusnya..Amin

ibundo said...

kakcik,
penat badan dan penat nak memikirkannya.

miloais,
kpah ni bila banyak nak diuruskan, kpahakan buat senarai mana nak pegi apa nak buat. Kadang2 senarai tu pun tertinggal kat rumah.

yb,
huhu...
eloknya pasaraya ni timbang dan letak harga siap-siap pada semua barang. Kita tinggal cekut dan bayar je. Kurang masalah pada orang yang terlupa ni..

ibundo said...

kaklong,
kalau terjadi mcam tu, plan kito nak masak itu ini kono tukar ke plan B.

lilies,
haha.. kodai dokek tak. kalau dokek takpo.

ash,
haha.. memang terbaek.
Aku sendiri selalu pikir macam tu kalau ada orang dah sampai kaunter baru terkial-kial nak pergi timbang barang.

ibundo said...

anie,
memang.. rasa guilty pada orang yang beratur nak nunggu kita. Kalau tak ada orang lain cerita.

Aku,
Betul..

cahya,
mungkin sebab cuti sekolah ni.

amie,
cukup banyaaaaaakkkk...

sal,
amin.. amin... muga kpah diberi kesihatan yang baik untuk menguruskannya.

aliff muhammad said...

Salam,

Bundo,


Semoga kepalo nan sobu jadi tonang dengan berzikir.

kasihibu said...

aduhai kak, sya baca ni pun dah dapat bayangkan..
mungkin kena bercuti agaknya kot?

Anaa said...

kepala tak ilang sebu sebab menda penting yang perlu dibereskan masih belum bereskot..

macam 'entri' melekat kat kepala, yang asyik melekat jer selagi tak beres.. :)

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Leceh kan kak nak kono poie timbang2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...