kita pilih yang baik-baik
kita pilih yang cantik-cantik
kita pilih yang elok-elok
kita pilih apa-apa saja yang menguntungkan kita
Tapi peluang memilih belum tentu lagi menentukan pemilikan kerana
belum tentu kasut yang kita berkenan itu ada saiznya
belum tentu baju yang kita suka itu ada warnanya
belum tentu makanan yang kita masukkan ke dalam mulut itu kita telan masuk ke dalam perut
belum tentu benda yang kita hajatkan itu dapat kita genggam
Ada kalanya kita tidak dapat apa yang kita hendak
Ada kalanya kita dapat apa yang kita tidak hendak
Oleh itu, tak payahlah korek sehingga ke akar umbi dan tanya kenapa
Ia adalah di luar bidang kuasa aku.
ibundo
18 comments:
lain mcm je bunyi nye tu ye kakpah.. gitu lah kan.. ada je yg tak puas hati walaupun dah dicari ke akar umbinya... mungkin itu jawapan yg tidak diharapkan.. sabar bebanyak...
hehehe.. i like.. kalo tak dapat jugak yang bekenan kat hati tu, redho je la ye kakpah.. tak yah la dikenang2, disoal2, buat sakit kepala sakit hati.. :)..
bukan kata harta benda je, takdir Allah pun sama jugak.. tak yah banyak soal kan kak..
kakpah berhajat apa ni?
kempunan ek?
Kita tak akan dapat memnuaskan hati kita sendiri, apatah lagi nak memuaskan hati orang lain pulak.
Buat setakat kita mampu sahaja yang selebihnya berserah pada Allah.
Miss u Kak Pah...:)
...err, nak redha ke pasrah nie?
=p
hajjah,
semoga apa yang didapat adalah yang terbaik..
Assalamualaikum Kak Pah
Solat Istikharah
Insyaallah pilihan yg tepat
Wassalam
Sapo pulak yang ghajin bona jadi kapal korek ni kak.. ehehh..
Cmtu la kan.. Mcm sey hr tu la.. Bokonan kek satu kasut ni haa.. Kasut gotah yoo.. Tup2 saiz lak takdo.. Hampo boto.. Mungkin ado hikmah tak dapek boli kasut tu.. Salah satu hikmah ehh iolah duit tak abeh kek situ.. hehehe...
Bukan senang nak memuaskan hati sendiri apatah lagi hati orang.
ena,
hehe.. takde.. cuma nak bagitau yang perangai mengorek ni merimaskan.
anaaa,
tu lah pasal. Tak semua yang kita hendak tu dapat.
nizam,
nak kena lepuk je budak ni kang.
jun,
miss u too. sori kpah tak dapat nak bejalan ke rumah. kekangan masa.
pok amai-amai,
dua-dua..
azani,
DIA yang maha mengetahui
atuk,
wkslm.. tu yang terbaik
azz,
kehkehkeh..
kok pokonan tapi takdo saiz, namo e takdo joki. Takdo joki nak pakai kasut baru dan takdo joki gak bagi yang menjua kasut tu sobab tak laku.
zai,
betul..betul..
salam kak pah..
takut tersalah pilih jer kak..kadang2 elok di luar di dlm x cantik..
yg buruk di luar di dlm pula yg cantik..pandai2 lah kita nak menilai..
ieja,
salam. kena berhati-hati kan?
setuju dgn ibundo. Kesempurnaan itu sebenarnya makin dicari makin tak ada, kan.
kak pah... setuju, setuju. memang rimas kalau dapat orang yang asik mempersoalan kenapa dan mengapa
Bersyukur selalu dgn apa yg kita miliki dan redho selalu. Heee... rindu nak minum secawan kopi panas. (kopi kat rumah dah licin)
kadang2 yang dah gemggam pon terlepas....
kan?
SALAM,
SELAMAT TAHUN BARU. MENDOAKAN KITA SEMUA SENTIASA DLM PERLINDUNGAN ALLAH.
1. Itulah jodoh namanya..
tak semestinya yg kita dapat itu pilihan kita 100%..namun kita berusaha untuk menyukainya kerana itu sajalah yg ada.. menerima seadanya.huhu...
2. Selamat Tahun Baru..
moga kehidupan 2012 menjadi lebih baik daripada hari2 semalamnya..
Didoakan agar impian menjadi kenyataan yg menggembirakan..ameen. .ameen..
Post a Comment