Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, December 5, 2011

rajinnya jiran sebelah ni mesen rumput di tanah kosong tu

Aku tercongok di sini sendirian. Melalui tingkap opis aku yang sebesar reban ayam ini aku dapat melihat ke arah jalan yang menuju ke sini. Aku boleh nampak siapa datang siapa pergi. Dan melalui pintu masuk yang separuh terbuka ini juga aku dapat melihat seekor tupai kecil terloncat-loncat menyisir pokok-pokok bunga di pagar.

Kenapa tak tutup je pintu ni buk, tanya siti bibik aku semasa menghantar satu tupperware berisi keledek goreng. Dia memandang aircond di atas belakang kepala aku yang mengaum.

Aku pengidap claustrophobia, jawab aku tetapi kemudian menepuk dahi bila melihat muka dia berkerut menandakan tidak faham.

hehe.. aku takut nak tutup pintulah. Aku rasa terkurung.

Dia sengeh-sengeh menggelakkan aku dan terus membebel menyebut apa yang nak takut bla..bla.. bukannya ada apa..bla..bla.. dan mendengar bebelan itu aku cepat-cepat menyibukkan diri aku membuka blog sana sini. Melihat aku acuh tidak acuh, dia meninggalkan aku kembali tercongok sendirian. Melalui tingkap, aku melihatnya berlenggang kangkung keluar dari kawasan tadika menuju ke rumah aku yang selang beberapa pintu saja.

Sebenarnya aku rasa seperti tersangkut di sini. Tersangkut dan terikat. Buku yang aku hantar untuk dibinding perlu aku ambil.  Bil-bil letrik dan air perlukan aku jelaskan. Aku perlu mencari bahan-bahan teks di cziplee. Ada cat yang perlu aku beli. Aku perlu ke branch yang lain untuk membuat pemantauan.  Dalam masa yang sama aku perlu menunggu di sini. Menunggu kalau ada yang datang untuk membuat pendaftaran.

kak yati tak datang ke buk, tadi sebelum balik siti bertanya.

dia pergi kursus dengan fidah.

wati bila balik.

besok kot.

Haih....
Aku sering mengeluh dalam hati kebelakangan ini.  Bukan mengeluh sebab tercongok sendirian.  Tapi mengeluh mengenangkan sampai bila tadika aku ini dapat bertahan. Aku seakan-akan sudah tidak mampu lagi. Kudrat sudah tinggal sedikit.

Tambahlah lagi aku mengeluh mengenangkan hal bulan disember yang tidak berpendapatan ini tetapi terpaksa mengeluarkan kos bulanan seperti biasa. Lombong emas manalah yang hendak aku korek.


ibundo

28 comments:

tasekM said...

aku pun tgh pikir mcm2 pasal business ni kak...

heh.


.

cahya indah said...

pening fikir pasal business eh Bundo..why not Bundo buat something macam summer camps masa hujung tahun macam ni? buat activities untuk budak tu..so kalau yang dah nak masuk primary school pun boleh join. agak2 ramai yang nak ke macam tu? hehe..just an idea.

Kakcik Seroja said...

Natijahnya, mana ada kerja yang tiada risiko, kan Kak Pah? :)

AzeedA said...

itu le dilemanye bisnes sendiri..
pernah rase beberape thn lepas.. bior le jadi kenangan.

Ms.Lilies said...

laki den pun ginila kak...
adat bisnes kan

kaklong said...

ni lah risiko ea kak,kalau tak boto2 maun hilang fokus kak kan?tapi kaklong percayo,akak kuek!

Tijah said...

boto la kak. dec bulan yang macam2 bondo nak kuar duit. lain bisnes lain lak ragam eh tapi liku2 eh totap lobih kurang samo.

anymz said...

itulah hargo yg perlu di bayar kalo buka tadika yo kak.
dulu2,lamo dulu se ponah ado cito2 nak buka tadika juga sobab se mmg suko melayan bebudak tapi bilo seorg kawan ckp bondo2 mcm ni terus terkodu dan fikir byk kali..lain lah kalo buka nursery dan dok di KL...kalo takat somban yo...ermmm..byk kali pikir tu kak..terus ambik keputusan ngajar anak2 sendiri yo lah..dari mengaji terus ke akademik.pueh hati anak tak payah hantar tuition...:)

miloaiskurangmanis said...

bila bekerja sendiri
gitu lah kak...

Nizam.Ariff said...

Apa kata kita suh kerajaan tukar sessi pengajian dari Dec ke June?

Kurang sikit terasa beban menempuhi Dec ni...

ejaMaria said...

pun nak cari lombong emas utk dikorek... ;p

Anaasuria said...

orang keja opis pun tak sunyi dari cabaran.. yang pasti pahala kakpah mendidik kanak2 tu melimpah ruah.. bebaloi2..

indahhouse said...

Salam kak Pah,
Oh.. gitu rupanya. Insya Allah ada jalannya, kak. Mungkin muncul idea lain nanti. :)

Acik Erna said...

kak pah..sabar..insyaallah..hujung bulan disember nanti berduyun2 la orang datang.

Unknown said...

insyallah akak akan ketemui lombong emas itu..:)

rohaizahabas said...

kak Pah

biar anak anak yang urus kan kan bisnes akak ni..akak jadi penasihat je lah...

akuzle ayu said...

bundo, sy setuju cdngn cahya indah tuh. kiro khemah motivasi ker short course utk bebudak. or apa2 kelas kemahiran blaja, art class or experimental science class... from pagi to ptg ajer. motivator or fasilitator bole cari yg dkt2 utk jimatkn kos... ok tak tuh, bundo?

Zaitun said...

Kakpah saya pernah mengendalikan 2 bussines tapi akhirnya mengalah,salah satu sebabnya anak sakit.

ibundo said...

tasek,
pikir bisnes yang tak berisiko tinggi dan modal rendah. hehe..

cahya,
satu idea yang bagus. Bundo bukan tak teringat nak buat sesuatu pada bulan disember tapi kadang2 tu ada je alasan dan penyebab tak menjadinya. thanks for the idea.

ibundo said...

kakcik,
betul kakcik. Besar kecik, semua ada risiko

azeeda,
kakpah dalam bidang ni dah lebih 20 tahun. Terasa penat dan dalam masa yang sama tersangatlah sayang..

lilies,
haha.. camtulah nampak e.

kaklong, timo kasih kaklong. ai lap u.

ibundo said...

tijah,
orang yang masuk skim copek kayo tu agak2 kayo tak jah hahaha

nim,
kalau dok kl, charge yuran limo nam ratus sebulan orang bayar gak. Kek tompek cam akak ni ha charge 150 pun dah ramai komplen mahal. camnolah nak idup.

ibundo said...

miloais,
ingatkan boleh goyang kaki jer haha..

nizam,
orang indon nun sistem naik kelas dia rasanya bulan julai. tu bibik aku cakaplah.

maria,
kalau kau jumpa dulu bagitahu kakpah ek..

ibundo said...

anaa,
kalau mengingatkan pahala tu.. alhamdulillah.. sejuk rasa hati.

indahouse,
mintak2 kakpah ni kuat semangat.

erna,
harap2 begitulah erna.

papafidz,
insyaallah

ezza,
cuma kaklong je yang membantu. Yang lain ada kerjaya sendiri.

akuzle,
insyaallah.. idea yang boleh dibawa ketengah. Mungkin dec tahun depan kalau panjang umur bolehlah dicuba.

zaitun,
bukan senang ye zai...

sud@is said...

dengan sendirinya nnt diwarisi kan kakpah

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Begitulah kita ni yer kak pah, macam-macam yang perlu kita lalu dalam menjalani hidup dimaya pada ini.

Cik Azz said...

Insyaallah, ado jalan ehh tu kak..

Teringat lak kek adik2 yg kojo sendiri dgn abang2 sey yang umor dah lobih ni.. Nak kojo tp takdo sapo nak ambik padahal masih buleh kojo lagi..

Dugaan hidup kito ni samo sobona ehh.. cumo jalan penyelesaian tu yg tak samo.. Soba yoo laa..

ASH said...

lombong emas ni memang susah nak jumpa lagi kat mesia..
lombong bijih timah kat Perak tu pun dah mengeluarkan hasil..
cuba tanya Petronas..kut demer jumpa keledak gas ngan minyak..
.
.
.
mana ler tahu kut boleh derma sekupang dua..
dengor kabor untung billion billlion..

ibundo said...

sudais,
entahlah sudais...

kunang-kunang,
ani dah sehat ke.

azz,
memang kono bosaba banyak-banyak. dugaan yang Allah bagi macam-macam.

ash,
manalah tau. Kot kot masa aku melambuk tanah kat belakang rumah aku ni masa nak tanam cili tetiba aku jumpa emas seketui...dan seketui lagi .. dan seketui lagi.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...