Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 15, 2012

Hati tertusuk dek pandangan

Satu hari aku ke warta, aku melihat seorang lelaki kelainan upaya jalan meraba-raba dengan tongkat di tangan. Di sebelahnya ada seorang kawannya yang juga kelainan upaya tetapi dapat melihat dan kawannya itu menjadi sebagai pemandu sekiranya lelaki yang teraba-raba itu kehilangan arah. Melihat itu, aku panjatkan kesyukuran yang teramat sangat kerana dalam keadaan diri aku sendiri yang banyak tidak sempurnanya, aku masih diberi penglihatan untuk aku nikmati warna warni alam di sekelilling ini.

Penglihatan adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Aku di antara penerima anugerah ini tetapi mungkin kerana menonton tv terlalu dekat semasa zaman kanak-kanak, aku memakai cermin mata semasa umur aku 11 tahun. Siapa yang memakai cermin mata akan tahu betapa rimasnya bila ada sesuatu yang melekap di muka hampir sepanjang hari. Memang rimas.

Rimas kerana:
-Jari akan sentiasa menolak cermin mata yang sering melorot di batang hidung kerana ia longgar atau sebab hidung berminyak.
-Jangka hayat cermin mata cuma setahun dua.  Selepas itu terpaksa buat check up dan beli cermin mata baru yang harganya amat tidak berpatutan terutamanya kalau kita tergoda dengan gorengan penjual yang memberi nasihat supaya membeli cermin yang anti calar, anti pantulan cahaya, anti itu dan anti ini.
-Tangkai cermin selalu bengkang bengkok kerana terhimpit semasa tidur, terpijak sebab jatuh di lantai, terkena siku orang bla bla bla..
-Bagi yang bertudung terutamanya tudung bawal, tangkai cermin mata yang melekat di telinga akan membuatkan tepi tudung ternaik menjadikan rupa kurang kemas dan kurang cantik.
-Bagi yang dah berumur macam aku, masalaah besar adalah mencari mana letaknya cermin mata yang aku dah tanggalkan. Pernah sekali aku melilau mencari cermin mata, turun tangga naik tangga mencarinya. Bibik aku bertanya apakebenda yang aku cari.  Bila aku bagitau yang aku mencari cermin mata, dia gelakkan aku sampai mata berair-air sebab cermin mata aku tu ada tertenggek di atas kepala aku.

Namun, teknologi berkembang. Mata yang rabun boleh diperbetulkan semula. Mata yang hampir buta macam mata abang sepupu aku juga boleh diperbetulkan. Kanta mata boleh dibeli untuk menggantikan kanta original yang rosak.

Aku sendiri sudah hampir sepuluh tahun tidak memakai cermin mata lagi kerana melalui kaedah lasik dan penglihatan jauh aku kini hampir perfect.  Cuma untuk membaca dan menulis aku perlu memakai cermin mata. Mula-mula tidak memakai cermin mata dulu memang aku kelihatan pelik. Ada orang yang tidak cam aku. Ada orang yang kata aku kelihatan lain. Dan bila orang tanya aku buat lasik di mana, aku bagitahu yang aku buat di excel view, mid valley. Doktornya doktor pakar dari Pantai Medical Centre.

Semalam, abah menjalani operation katarak di excel view.  Setahun dulu, buat mata sebelah kanan.  Semalam buat mata sebelah kiri pula.  Bila sebelah mata dapat melihat dan sebelah mata lagi rabun, abah kata pening kepala dia bila membaca surat kabar. Memang sejak kebelakangan ini abah dah jarang-jarang betul baca surat kabar.

Mata.  Kepada mereka yang masih mempunyai penglihatan yang sempurna, jagalah mata supaya dapat tahan lama.  Kepada mereka yang memakai cermin mata dan berniat untuk tidak memakainya lagi, ketepikanlah duit setiap bulan untuk tujuan itu. Pesanan yang akhir itu khas aku tujukan pada anak-anak aku yang nak sangat buat lasik sebab dah rimas pakai cermin mata. Omak tak dapek nak nolong e. Kumpo lah duit sondighi yo...

p/s. Kadang-kadang bila tertidur pun aku terpakai cermin mata. Anak aku masa kecil dulu sering juga bertanya kenapa aku tidur pakai cermin mata.  Aku jawab guna lawak orang dulu-dulu... kalau tak pakai nanti mimpi tak nampak.


ibundo

19 comments:

mamaijat said...

.....gitulah kite ni ye....
semakin berusia ...ada ajer yang dah kurangnya...
syukur dengan teknologi moden ni, banyak membantu...

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Kak Pah...

saya memang menggunakan cermin mata untuk penglihatan jarak dekat seperti membaca. Bagaimanapun untuk jarak jauh, Alhamdulillah penglihatan saya masih jelas. :)

~ Cik Azz ~ said...

Sey pon rabun kak.. tp sey pakai comin mato kalau dalam perjalanan jauh, kalau naik keto sbb nak tolong driver awasi jalan.. hehe..

Pehtu pakai spek tu kalau tengok bola.. Setakat ni menjahit okay lg, takdo la nak pakai spek.. Alhamdulillah.. Mudah2an jgn la pakai terus, mmg rimas...

kaklong said...

kaklong pun klu menulih ngn membaco nk pakai ceromin...
teraso dah makin tuo...hahahahah!

gedek! said...

saya pakai cermin mata hitam untuk nampak hensem...

~ Haha!

ibundo said...

mamaijat,
haha semakin tua ni memang banyak yang dah kurang.

kakcik,
wksalam. Bagus mata kakcik. Mesti pandai jaga tu.

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Kita merasakan diri kita kekurangan ... ada orang lain yg lebih banyak kekurangan drpd kita ... bersyukur

Aku said...

Aku pun dah mula pakai cermin mata dh 2 tahun... aku ni dah mula nak tua ek?

marinahunny said...

hahahaa sama mcm sepupu saya, tido lupa nk buka spek. mak dia kata takut mimpi nanti x nampak..hahah

klcitizen cikgunormah said...

saya takut nak buat lasik , kak pah ... ngeee

sal said...

masalah yg pertama org pakai cermin mata..kdg terlupa cermin mata sangkut kat mana..itulah yang terjadi padaku juga...
teringin juga nak buat..tpi tak sempat2 nak wat appoinment ngan doktor....
muda2 spt anak2 bole buat kee..ada tak efek?

Ezza said...

kak
saya pakai spek cuma baca buku dan mengadap pc ni ha...nengok jauh jauh tak payah pakai laa sebab nampak lagi..tapi selalu boli yng sepuluh ringgit jer...murah tapi selalu patah riuk..
La ni pakai spek ni asik sakit palo lagi...lelamo kena pergi jugak jumpa tokey kodai sepek gak ni...

S..U..D..@..I..S said...

cermin mata dah dua kali patah...cemana naih

ibundo said...

azz,
kalau buleh elak memang nak elak pakai comin mato ni. Tapi kalau dah tak buleh nak elak nak buek macamano kan?

kaklong,
apo lak tuo e. mudo bebona lai ..

gedek,
agaknya orang yang pakai cermin mata hitam akan terasa hensem ek.

ibundo said...

LF,
salam. Alhamdulillah akan apa yang kita ada,

Aku, bukan dah mula nak tua. Memang dah tua pun.

Marina,
tapi dulu semasa dalam mimpi takde pulak pakai spek. Tu yang heran tu..

cikgu normah,
kejap je. Tak sampai sepuluh menet dah siap.

sal,
hilang dunia dari pandangan kalau cari spek tak jumpa.
Anak2 muda boleh je buat lasik.

ezza,
kau bolli yang sepuluh ringgit memanglah kepalo poning haha..

sudais,
kalau tak boleh taruk plaster, kena buat barulah tu hehe

aliff muhammad said...

Bundo,

Ese sojak umur 12 tahun kono hukum pakai cormin mato ni. Maso tu ghaso segalo aktiviti hilang seronok eh sobab terhad...

Anaa said...

kakpah, saya jugak pakai cermin mata.. rabun jauh.. tapi dekat terang lagi.. bila makan mesti cabut cermin mata, sebab pening nengok nasik dekat sangat.. hikhik... nak buat lasik gak lah.. tapi mahal bebeno..

Toko Online Kalistajaya said...

trims infonya ya, sangat bermanfaat

Orlhns Ukm said...

Lasik x semestinya selamat untuk semua org.
Sy buat di excelview midvalley.. namun pandangan tidak sebaik ketika memakai spec.. kabur terutama pasa waktu malam. Sgt mengganggu rutin harian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...