Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, January 13, 2012

Bizz..

Semasa aku sudah hampir ke destinasi, kereta sudah berderet-deret pakir di tepi jalan. Kereta aku juga kupandu tersangkut-sangkut mengekori kenderaan yang mahu membelok menuju ke mesjid.  Terlupa pula aku yang waktu itu sudah hampir benar masuk waktu solat jumaat.

Aku membelokkan kereta masuk ke arah maybank sambil mata melilau mencari kalau-kalau ada tempat untuk aku meletakkan kereta sebentar. Aku parkir betul-betul di belakang tiga biji kereta yang kontot-kontot, jadinya aku tidak menghalang kereta yang mahu lalu lalang. Lagipun urusan aku di kaunter tidak sampai pun lima minit. Aku rasa memang tak sampai lima minit pun.

Selesai, aku menuju semula ke kereta aku. Aku buka pintu kereta, labuhkan punggung di kerusi dan belum sempat aku menutup pintu dan menghidupkan injin kereta seorang perempuan muda datang tercangak di antara aku dan pintu kereta yang terngangah.

Salam kak.  Akak orang bangi ye.

Ya, betul.  Aku pandang setiap inci raut mukanya mencari sesuatu yang boleh mengingatkan aku kepada sesiapa yang aku kenal.  Tak ada. Tapi dia memang seorang perempuan yang cantik. Berkulit hitam manis tanpa sebarang parut jerawat di muka.

Akak tau tau tak mc D kajang.
Belum habis aku mengangguk dia menyambung,
Tapi saya bukan nak cari Mc D tu.

Aku tunjuk muka heran dan dia menyambung lagi.
Akak tau tak bank dotdot (dia sebut nama bank tu aku yang dah terlupa apakedia).
Belum habis aku menggeleng dia sambung lagi,
Tapi saya bukan kerja di bank tu.
Dalam hati aku mulalah aku berkata apekejadahnya bagitau aku semua benda ni.

Saya ni sebenarnya dari 'bizzy body' centre yang letaknya di belakang Mc D dan bank dotdot tu, sambil dia menghulurkan aku satu phamplet berkenaan bisness 'bizzy body' yang disebutnya.  Aku ambil phamplet tu dan aku lepuk terus bahu dia. Lepuk pakai phamplet yang dia bagi.

Kau ni memang betullah busy body. Aku betul dah nak cepat ni...

Ala kak.. buat lawak pulak akak ni. Tadi saya takut nak approach akak sebab saya tengok akak serius je.
Ni kak, kitorang ada buat ofer ni. Tiga kali facial, satu kali body massage dan dua kali facial untuk suami... tengok ni kak berapa harga promosi.
Dia menunjukkan kupon di tangannya.  Aku lihat angka 29.90 sen. Biar betul. Dia explain tentang pekej-pekej yang di ofer. Tergoda jugalah aku sekejap. Perempuan memang mudah tergoda dengan hal-hal macam ni kan. Bila dia tengok aku senyap dan mungkin dia rasa umpan dah hampir mengena dia cucuk lagi.

Akak isi nama akak di kupon ni, aku pun ambil kupon yang dia hulur dan mencari-cari pen,
dan bayar 30.00 dulu. Terus aku letak balik pen aku dan pulangkan kertas yang dia bagi.

Ek ele.. tadi kau tak cakap pun kena bayar.

Ye lah kak.  Bila dah bayar barulah kitorang boleh key in nama akak.

Takyah lah.  Taknak lah.

Kalau akak taknak, boleh suruh hasben akak buat facial.

Muka hasben aku semak.  Macam mana nak buat facial.

Ha.. tengok ni kak.  Ada orang lelaki ni dari seremban lagi.  Dia pun dah setuju.

Yelah... kau goreng habis-habis mestilah dia setuju.

Kikkikkik... dia tergelak.
Betul taknak ni kak?  Tak nyesal nanti?

Sebenarnya aku nyesal melayan kau ni.

Dia tergelak besar dan mengundurkan dirinya daripada menghalang aku menutup pintu kereta. Dia bernasib baik sebab terjumpa aku hari ini semasa mood aku tengah baiiiikkk sangat.  Kalau dia terjumpa aku semalam sudah tentu aku laserkan dia cukup-cukup.

p/s lama tak jalan-jalan rumah kengkawan.  Apa kabar!!!!

ibundo

23 comments:

kasihibu said...

hehehe...sedebik debuk dia kena ye.. ;p

kata murah lepas tu berganda pulak habis camno?

~ Cik Azz ~ said...

Hehehe... Sabo yoo laa...

Sey tongah poning lalat ni kak.. Gastrik monyorang... huhu..

klcitizen cikgunormah said...

memang bizzy body tul ..

kaklong said...

ayat baik punyooo..kihkihkih...!
aiyo rindu kek akak...

ejaMaria said...

eh.... suko la ayat Bundo yg last tu - nyesal layan nko... pinjam la yer... utk lain kali... ;p

Ms.Lilies said...

kehkehkeh....
lepuk yo kak..

tasekM said...

kah kah.
ko ni kelakor la kak.

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Tak suka dgn jurujual yg jenis mendesak2 ni .... dah bagitahu tak mahu, masih nak bercerita lagi.

azieazah said...

Saya memang pantang jumpa jurujual camtuh. Kalu nasib dia baik, saya bagi dia soklan bodoh bodoh. Kalu nasib dia tak baik, saya bahasakan yang baik baik plak. hehehe

sal said...

memang rasa penat nak layan salesgirl apabila sedang bz menyelesaikan bnyk urusan..

ibundo said...

kasihibu,
memang kena sedebik. Rengan je pulak tangan masa tu hehe..

azz,
adui.. jago-jago makan tu azz.

cikgu normah,
kenalah nama tu dengan bisnes yanng dia promot hii..

kaklong,
iyo.. kpah pun rindu gak ni.

ibundo said...

ejamaria,
kahkah.. sesal dulu pendapatan

lilies,
seb baik tak kena penampo

tasek,
dah lama aku asek buat n3 mendayu2 je hehe

LF,
salam. Memang banyak yang macam tu datuk. Sebal kita nak melayan.

azie,
tengok mood kita jugak kan? Mood tengah baik, kita layan jer la. Kalau mood tak baik, memang kenalah balik..

ibundo said...

sal,
betul.. Masa kita nak cepat masa tu lah dia datang..

S..U..D..@..I..S said...

pernah kena macam ni kakpah buat facial free pastu ada offer lagi dan lagi,, masa tu sibaik sedar aku xkan terkena lagi...

Aku said...

Akulah kalau dia sergah time aku nak tutup pintu kereta macam itu, saat itu juga aku pakukan kaki dia ke tanah lepas tu aku terajang dia berkali-kali... buat - buat terkejut kerana ingatkan ada orang nak rompak... itu kalau akulah...

maklumlah, sekarang ini itulah modus operandi orang nak hijack kereta... apa salahnya kita praktiskan ... macam firedrill tu.. keh keh keh..

ieja amieja said...

memamg betul busy body la org tu..sesuai sgt la ngan keje dia..nsb dia baik dpt ler customer seb x baik kena maki hamun plk kan..

Zaitun said...

Tak layan dikata kita sombong bila dilayan banyak pula songehnya,taktik berniaga.

@xiiinam said...

Jurujual rupanya...

ASH said...

kalau aku,...siap ler

Mieza said...

Assalamualaikum Ibundo, tulisan ibundo sentiasa menyegarkan minda. Keep on writing.

cahya indah said...

Cahya pun nearly 'ter'beli something macam tu Bundo..goreng baik punya diorang ni kann. haha.

mula2 cakap free, lepas tu goreng2 lagi..keluar pulak kena bayar rm29.90 tu. nasib baik orang tu kena stop cakap kejap..kalau tak stop, memang Cahya dah keluarkan duit dah time tu.

ibundo said...

sudais,
memang kitalah yang selalu terkena.

aku,
nasib baiklah akak ni bukan kau.

ieja,
ada jugak niat nak maki hamun tapi mood teramatlah baik masa tu hehe

zaitun,
dah memang keje dia macam tu. kadang2 kesian pun ada jugak.

cklah,
apa kabar cklah.. lama kita tak jumpa. kpah pun tak sempat nak kerumah cklah menjenguk kabar.

ibundo said...

ash,
hehe.. kau nak buat macam nizam gak ke.

mieza,
salam. kadang-kadang ada juga rasa nak berhenti menulis.

cahya,
diorang ni memang dah di train macam tu dan dah nature kerja diorang pun macam tu. Mesti boleh convincekan customer. Kita lah pulak yang kena berhati-hati supaya tak terpedaya kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...