Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, January 17, 2012

MAJLIS

Bau tengik busuk meghahang menusuk rongga hidung sebaik aku menguak pintu bilik aku untuk turun ke bawah. Aku cari-cari dari mana arah datangnya bau. Aku tinjau bakul sampai di luar bilik dan menguis-nguis dengan hujung telunjuk. Tidak terjumpa pula sampah basah yang membawa bau tersebut. Aku kembang kempuskan lubang hidung menghala sana sini. Masih tak tahu dari mana datangnya.

Aku menuruni tangga dengan lubang hidung yang masih dikembang kempuskan dan menghala ke arah bau yang lebih kuat.  Sah... bau tersebut datang dari tong sampah aku yang sudah tak tertampung-tampung lagi banyaknya. Bau busuk sudah melimpah ruah sehingga memasuki ruang dalam rumah aku.

Siti!!!! Tutup semua pintu.  Jangan bagi bau busuk masuk, aku jerit sebelum aku melangkahkan kaki terus ke tadika.

Sudah seminggu lebih sampah tidak dipungut.  Tong sampah penuh.  Kemudian sampah yang makin bertambah dan makin bertambah terpaksa dilonggokkan pula di luar tong.  Datang pula kucing-kucing yang hanya tahu untuk menyelongkar dan merabak-baraikan plastik-plastik sampah. Sudahnya sampah terlambak di atas jalan.  Bibik aku jugak yang kena pungut, sapu dan bersihkan.  Nasib baik ada tong extra di taska yang tidak digunakan.  Bibik bawa balik dan isi sampah sampah basah dalam tong.

Sampah yang berusia satu minggu sudah tak berupa sampah lagi. Berair dan mengeluarkan bau yang cukup busuk.  Plastik hitam sudah tidak kelihatan hitamnya kerana dibaluti ulat-ulat yang merembik-rembik.  Semuanya gemuk-gemuk kerana terlebih baja.  Itu bibik aku cakap sebab dia yang membersihkan sampah.  Kalau aku yang nampak, mesti sebulan aku tak lalu makan.

Wahai majlis perbandaran.. Sampai bilalah kemelut sampah ni nak berakhir. Bau busuk yang aku sedut ni dah menusuk-nusuk macam jarum peniti ke dalam kepala.

ibundo

15 comments:

ejaMaria said...

seminggu tak kutip?... aduiii... diorg mogok ke?... Maria perasan klu Ahad ada cuti perayaan, sambung cuti gantian hari Isnin, Selasa mmg tak dtg, Rabu baru collect - tu pun ulat dah menggebu... apa lagi klu seminggu... huhuhu... haru biru...

Ena said...

seminggu??? 3 hari tak kutip pun dah penuh inikan pula seminggu.. uhuhu.. mesti tensi kan dok bau "haruman" tu..

mana dorang p kutip sampai agaknya tu..

kakngah said...

kalau goreng ikn masin tu.. kejap jek langau sampai...

Acik Erna said...

Assalamualaikum kak pah..lamo boto tak dapek kesini..macam2 cerito ado..dari suarao isteri sendiri pun dah tak konal..sampai la..ulek gomok2..he he..

ieja amieja said...

salam kak..
kat taman saya dah 3 ari sampah x berambik jgk, klu dulu seminggu 3 kali dorang ambik, sekarang ni seminggu sekali @ 2 kali jer ..x tau lah apa puncanyer..selalu jg tong sampah tu berulat..

kaklong said...

kang kok komplen..marah lak deh!

Anaa said...

bundo
kawasan umah saya kat semenyih pun kadang2 jadik gak menda cenggini.. kadang ulat dari sampah jiran seberang jalan boleh mengembara sampai umah saya.. punya lah ramai ulat2 .. dan ulat sampah saya jugak dah sampai rumah2 jiran. kehkeh..
anak2 saya cukup suka mengadap ulat2 ni.. agaknya pada dia orang kiut kot. :)

S..U..D..@..I..S said...

betul tu kak pah bil cukai pintu cepat ja sampai kan...

Zaitun said...

Kadang2 kat tempat saya pun macam tu,lori tak datang sampah berlonggok.

Itu cerita sampah,longkang pun sama dah naik padat dengan sampah sarap baru datang mencuci.

~ Cik Azz ~ said...

Kek sini sampah dorang kutip 2 kali sominggu.. Kalau ada cuti tu, kadang2 tolajak tak kutip.. Kek sini ayampun suko cakar plastik sampah tu..

Sey dulupun tak lalu tgk ulek yg gomok2 tu kak.. Kadang2 nak tomuntah dgn bau ehh lagi.. Tp skang ni dah boleh tahan sikit dah.. Taim makan nasi lak, sey main tolan yoo laa... huhu...

pB said...

dah kutip ker??

sal said...

aduhai..

Unknown said...

Salam Sejahtera,

Puan boleh hubungi no ini 03-87340953 talian MPKj khas untuk aduan kutipan sampah.

cikmanggis said...

yg keluar Tv3 semalam tu kawasan rumah kakpah ke?

Panglima Muda said...

salam....musim hujan sampah berbaulah...kek rumah den cam tu jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...