Kita selalu impikan kesempurnaan. Sempurna dalam banyak hal dan keadaan walaupun realitinya hidup kita tidak pun mencecah ke tahap sempurna yang kita inginkan. Siapalah kita yang mahu segalanya sempurna sedangkan diri kita sendiri banyak cacat celanya.
Semasa melahirkan kakngah aku telah menyiapkan diri aku menerima ketidak-sempurnaan yang DIA telah sediakan buat aku dan suami. Sepasang suami isteri yang sedang bersedia menyambut ahli keluarga baru sudah pastilah mahukan dia yang cukup sempurna sifat fizikalnya dan berdoa pula supaya dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Bohonglah kalau kita tidak mahu yang sempurna. Sebelum kakngah lahir aku telah dimaklumkan akan ketidak-sempurnaannya dan air mata aku menitik laju apabila membelek setiap inci tubuh kecilnya yang tidak langsung ada cacat cela itu. Yang tidak sempurna hanya jantung dan pendengarannya. Aku tetap bersyukur kepadaNya kerana memberi aku ujian.
Kesempurnaan adalah apa yang kita impikan. Sekiranya kita mendapat yang kurang sempurna, mungkin ia hanya tidak sempurna di mata kita. Sedangkan Allah itu yang teramat mengetahui rahsia di sebalik pemberiannya yang tidak sempurna di mata kita manusia ini.
Wahai anak buahku, terimalah kelahiran anakmu dengan hati yang tabah. Ia adalah dugaan buatmu dan keluargamu.
Kesempurnaan adalah apa yang kita impikan. Sekiranya kita mendapat yang kurang sempurna, mungkin ia hanya tidak sempurna di mata kita. Sedangkan Allah itu yang teramat mengetahui rahsia di sebalik pemberiannya yang tidak sempurna di mata kita manusia ini.
Wahai anak buahku, terimalah kelahiran anakmu dengan hati yang tabah. Ia adalah dugaan buatmu dan keluargamu.
17 comments:
Semuanya itu rahsia Allah Taala belaka.Saya pun macam kakpah juga inginkan semuanya sempurna tapi Tidak semua kemahuan kita tu tertunai.. anggaplah semuanya sebagai dugaan.....semoga kita tabah....
Tiada siapa yang sempurna kat dunia ini.. Itu hakikat yang sebenarnya.. Redho dah pasrah...
Kalau bab kojo, sey mmg pantang kalau kojo tu tak sempurno.. Sobab ehh sey jonih tak suko buek kojo yg samo duo kali..
tidak sempurna tu yang sempurna...
kan?
tiada sape yg sempurna... itu hakikat...
.....hanya ALLAH yang maha sempurna..
tabah & sabar dengan ujian yang diberikan...
ya bersyukur dengan apa yg Allah anugerahkan..
bersyukur dengan apo yang dah ditontukan untuk kito..insyaallah..hati kembali redho
tidak sempurna lah yang membuktikan kita ni hanya makhuk biasa..
Kesederhanaan dalam segala hal boleh mencapai arah kesempurnaan.
Cm, siapalah kita untuk meminta lebih daripada yang patut kita terima.
Azz,
Kalau tang kojo kitp nak buek dan pandang bondo yang sempurno
selalu diingatkan begitu untuk mengagungi kebesaran Nya.
Gedek, begitulah kott..
Maria,
Sempurna itu hanya milikNYA
Mamaijat,
Ada rahsia disebaliknya. Kesihan juga pada anak buah yang anaknya lahir tidak seperti anak yang lain tapi insyaallah mereka tabah.
Sal,
Alhamdulillah kerana DIA sentiasa menguji umatnya.
Erna,
Keredhoaan itu yang dicari
Hani,
Ya kan.. Insan biasa yang sentiasa perlukan kasihNYA
Amie,
Ia sentiasa mengingatkan kita akan arah tuju kita yang sebenar.
Pcl,
Kitaa manusia ini memang perlu diingatkan.... Kan.
?
kesempurnaan tu bukan ketika silahirkan shj..
bila dh dewasa,dan lanjut usia pun diuji NYA...
ALLAHUAKHBAR....
mungkin DIA nak bagi kelebihan ditempat lain, sungguh tersembunyi rahsia Allah
Kaklong,
Macam tu lah kaklong...
Sudais,
Hanya Dia yang tahu. Kita hanya pencari..
Post a Comment