Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 13, 2012

Multi-tasking

Buat ini.  Buat itu.  Kemudian buat ini ini pula dan itu itu pula sehinggalah senarai keinian dan keituan berlarut-larutan sehingga tidak tertampung otak untuk mengingatnya.

Bunyinya memang mudah. Tak ada pekerjaan. Suri rumah.
Tapi dalam tak ada kerja itu si perempuan bangun pagi-pagi sebelum subuh menyiapkan sarapan untuk suami yang hendak ke pejabat dan anak-anak yang hendak ke sekolah. Kemudian terkocoh kacah pula menyiapkan diri untuk menghantar anak ke sekolah sekiranya agenda menghantar anak itu termasuk dalam senarai penjimatan perbelanjaan. Dan dalam pemanduan, otak terus berpikir-pikir apa untuk dimasak  tengahari dan malam.

Itu belum lagi termasuk hal-hal mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk yang tak berkesudahan, membasuh dan menyidai baju sedangkan yang dibasuh semalam masih terlonggok belum berlipat dan bergosok. Sekiranya ada anak kecil terpaksa pastikan pula keadaan lampin, lapar dahaga dan terutamanya keselamatan anak itu. Dan ia menjadi rutin yang diulang dan diulang dan diulang sehinggalah uban memenuhi kepala.

Kedengaran di corong radio beberapa minggu lepas bahawa wanita kita ini sudah menjadi terlalu manja kerana terlalu mengharapkan pada bantuan tenaga kerja indonesia dalam hal-hal menguruskan rumah tangga. Dari beberapa segi memang ada kebenarannya.  Anak-anak menjadi kurang bertanggung-jawab. Tugas dialih sepenuhnya pada bibik sedangkan anak bersantai-santai manja mengulit diri sendiri, mengurung diri di bilik melayan internet dan hanya menunjukkan muka untuk mengisi tembolok.

Dari satu segi yang lain, perempuan seperti aku memangnya perlukan pertolongan. Kerana aku bukan tergolong dalam barisan perempuan mithali yang mengulang-ulang rutin pekerjaan rumah tangga dari hari ke minggu ke bulan ke tahun-tahun sehingga uban memenuhi kepala.

Aku dulu amat mengkagumi emak yang tidak mempunyai pekerjaan tetapi jarang aku tengok dia melepak-lepak menikmati ketidak-punyaan-kerjanya itu. Sejak celik mata sampailah matanya pejam selepas isyak (masa aku kecil, tak ada letrik, tak ada tv dan pukul sembilan kampung sudah gelap gelita. Jadi aku andaikan emak sudah tidur pada waktu itu) emak sentiasa ada saja yang dibuatnya. Bayangkan ketika itu tidak ada mesen basuh dan tidak ada periuk letrik.  Untuk menggosok baju pun perlu gunakan arang dan tidak boleh pula di sesuaikan tahap kepanasannya.

Mungkin minat aku menjahit yang meluap-luap satu ketika dulu datangnya dari keterujaan aku melihat emak menjahit pakaian.  Aku menjadi peminat setia emak dan mula memberanikan diri memotong dan menjahit baju sendiri semasa aku dalam tingkatan satu. Tapi minat aku tidak kekal lama kerana diganti dengan minat lain yang lebih memberi kepuasan.

Namun, walaupun aku bukan perempuan yang  dikategorikan sebagai 'tidak mempunyai pekerjaan', aku masih tetap mempunyai senarai untuk membuat itu dan membuat ini.  Bukankah kita semua begitu? Ada kalanya senarai aku pendek sahaja.  Tapi banyak kalanya senarai aku panjang berjela sehingga tidak tertampung oleh otak aku untuk menyimpannya. Bila terjadi demikian maka berlaku perkecamokan dalam otak.

Yang itu jadi begini.  Yang ini jadi begitu. Yang sepatutnya jadi begini sudah menjadi begitu pula.

Kak!  mana borangnya kak.

Tu!!.. yang tu borang kwsp.  Yang tu borang socso.

Bukan.. Borang deposit untuk caruman kwsp dan socso ni.

Alamak!! Aku tepuk tepuk dahi.
Bagi akak borang.  Apasallah boleh terlupa ...

Padahal bukan sekali ni aku melakukannya.  Malah sudah berbelas tahun.



ibundo


9 comments:

kaklong said...

boto kak,kojo gumah ni tak ponah abih,colik yo mato..ado kojo dah nunggu....gaji?tak mandang...huhuhu!

Anaasuria said...

ye bundo.. kalo nak fikir la, surirumah sepenuh masa tu la yang paling banyak kerjanya.. cuber tanya pompuan yang bekerja, kalao ujung minggu dok umah pening tak nak buat kerja itu dan ini.. memang letihh.. gi ofis ada gak masa nak rilek2...

h4ni3 said...

ahahaha
fikiran menerawang yer kakpah :D

ejaMaria said...

bukan full-time surirumah je ada kecelaruan minda... yg kerja ni pun sama... huhuhu

Nizam.Ariff said...

terlupa kut...

sonata anak kancil said...

teror sungguh kaum wanita kan kakpah!
kalau tak masakan tangan hayun buaian boleh gooncang dunia!!! kagum

zino said...

cuma tak perlu punch card je....

ibundo said...

kalong,
uhuu.. takdo gaji tu yang sodeh tu

anaa,
tu lah pasal. Banyak keje sebenarnya tapi ada juga suami yang cakap 'isteri saya tak berkerja. Dia duk rumah je'.

hanie,
multi tasking. Tu yang sampai terlupa nak buat apa

maria,
yang berkerja ni lagilah banyak benda yang nak pikir. Dah penat di pejabat kang nak bersilat pula di rumah

ibundo said...

Aku,
macam tu lah.

sonata,
kagum dengan kaum sendiri kan..

zino,
haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...