Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 14, 2012

Demi Masa

Semalam semasa masak-masak di dapur, bibik siti membuka bicara;
Dua tahun lagi saya dah masuk 50 buk.

Sebelum sebelum ini dia sering mengadu tentang kitaran periodnya yang tak menentu. Datangnya pula ada kalanya banyak yang teramat.  Adakalanya sedikit sahaja tetapi berlarutan. Adakalanya lagi sampaikan berguling-guling menahan kesakitan sehingga terpaksa berbaju tebal dan berselimut di atas katil menanggung azab.

Dah nak sampai penghujunglah tu siti, kata aku bila dia mengadu.

Berlalunya masa bagaikan tidak terasa. Padahal semasa dia mula bekerja dengan aku umurnya baru dalam 30han. Dua orang anaknya masih kecil dan bersekolah rendah. Kini dia telah pun mempunyai seorang cucu yang hampir mencecah tiga tahun.

Pantas betul masa berlalu.
Pagi bertukar ke malam sedangkan ada kerja lagi yang belum beres. Malam bertukar pula ke siang menjanjikan tugas-tugas baru sekali gus menokok tambah kerja-kerja semalam. Tahun baru makin di tinggalkan ke belakang.  Ramadhan makin menghampiri lagi memberi peringatan pada mereka yang belum menyelesaikan hutang puasa yang lalu.

Rambut dah banyak yang putih ni..
Kata suami aku semasa menyelak-nyelak rambut aku di kepala.

Dah tua, macam tu lah..
Balas aku menyeringai, mengingati janggutnya yang dulu hitam berkilat tetapi kini hanya uban yang berjuntaian.
Dan aku memerhatikan anak-anak aku seorang lepas seorang yang juga menginjak dewasa sewaktu dengan peredaran masa.

Tadi mak beli jam, kata aku di meja makan malam tadi.

Aik?  Dah lama mak tak pakai jam.  Kenapa sekarang?

Senang mak nak tengok waktu.  Leceh nak tengok jam di henfon.

Berapa banyak masa lagikah yang kita ada di dunia ini ?


ibundo


23 comments:

kakcik said...

Perjalanan kita kian hampir ke destinasinya...

nyanyisunyi said...

assalamualaikum ibundo

tahun 2011 rasa baru saja ditinggalkan namun tahun 2012 sudah hampir suku tahun berlalu...terlalu pantas usia kita bertambah dan hampir menamatkan perjalanan hidup ini...

Demi masa memang kita akan kerugian jika masih leka...

Amie said...

Assalamualaikum Ibundo,
memang tak sedar masa berlalu... jadinya selalu kita tidak sedar sebenarnya diri kita telah dimiliki waktu....

Acik Erna said...

assalam kak pah..macam tu la putaran hidup kek dunio ni..akan sampai maso e..putran tu akan beronti

Kakzakie said...

Memang masa terlalu pantas kakpah. Rasa bagai baru semalam kakak bersalin tahu-tahu semua dah sekolah... terasa diri kian dimamah usia.

bujal X said...

janggut saya pun da ada yang putih~~haih~~padahal umur baru 28~~

kakngah said...

tahun lopeh poso ponoh... hihihi!!!

sal said...

cepat masa berlalu..tak sedar ...tengok anak dah remaja barulah perasaaan..ingatkan masih muda belia mcm dulu2..

AzeedA said...

serupe le kite kak..
beli jam sbb leceh nk jenguk henfon :)

tasekM said...

aku pun period tak betul ni kak.
tak kan nk putus dah kot...




:D

.

sonata anak kancil said...

sungguh cepat masa berlalu...makin dekat nak kena panggil ni! renung2kan la

kaklong said...

alamak!..11 hari..sari pun lom beganti...huhuhuh!

KhaiRin : anies said...

cam tu lap utaran hidup kite kak

julietchun said...

terima kasih kerana mengingatkan puasa yg masih ada hutangnya lagi tu :D

lupekanje said...

nk beli jam gak. Dah 7 tahun tak pakai jam, sejak jam lama tu putus kena bola bakul..(basket ball).

Aku said...

ermm... aku masih muda la kalau gitu kak... sebab bulu kaki aku masih belum beruban....

~ Cik Azz ~ said...

Takuttttt....

huhuhu...

ibundo said...

kakcik,
makin menapak ke depan, makin dekat nak sampai.

nyanyi sunyi,
apa apa pun kita kena terus maju ke depan sambil cuba memperbaiki apa salah silap yang telah kita lakukan sebelum ini.

amie,
kadang-kdang tak terkejar ek kita

erna,
bilo dah beronti kito dah tak buleh buek apo-apo dah..

ibundo said...

kak zakie,
nasiblah juga kita ni sedar yang kita dah tua. Orang yang tak sedar tu..

bujal,
tu penyakit tu..

kakngah,
untuklah kau kan? Tahun ni agak-agak e poso ponoh lai tak? kehkeh..

sal,
yang dulu dulu dah tinggal kenangan.

ibundo said...

azeeda,
tu lah pasal. Dah banyak tahun gak dah akak tak pakai jam ni. Bila pakai balik macam dah kekok lah pulak.

tasek,
haha.. tegolak den

sonata,
takut takut bekalan tak cukup je kita ni.

kaklong,
copek kaklong.... kok pueh ngoja e nanti.

khairin,
macam tulah

juliet,
hehe.. bayo cepat..

acik,
La.. lamo e nunggu nak ganti. boli cik.. kpah boli yang mughah e yo. Rosak.. ganti. hehe

Aku,
kau memang pandai buat lawak kan?

azz,
samo lah kito.

Anaa said...

bundo,
saya masuk era 40an tahun ni.. hmm, tahun turning point.. tengah congak2 ni makin + ke main - .. kalo makin -, nak kena buat u-turn ni.. :)

Ena said...

huhu..

apatah lg dengan arus masa yg beredar dgn sangat pantas skrg ni.. makin la terasa cepatnya tak terkejar..

ibundo said...

anaa,
mudo lagi tu anaa..

ena,
tau tau je anak2 ko dah besar ena..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...