Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 22, 2012

Protes

Faris dah nak masuk tiga tahun bulan April ni.  Tiga tahun?  Baru lagi rasanya dia menumpang glemer dalam blog nenda. Ramai yang dah kenal faris kan?  Faris yang montel.  Faris yang berambut kerinting. Faris yang saaaaangat comel. Hukhuk.. perasanlah faris.

Sejak kebelakangan ini, susah sangat aku nak mengambil fotonya.  Bila aku arahkan lense kepadanya, dia akan berpaling ke belakang. Dia suruh aku ambil gambar pokok.  Dia suruh aku ambil gambar jordan. Dia suruh aku ambil gambar benda lain dan bukan dia.

Petang tadi bila aku ajak dia berposing, dia buat muka macam-macam.  Macam yang di bawah ni. Tengok tu!  Tanda protes lah tu.




Sekian laporan hari ini. Aku penat ke hulu ke hilir sebab buat persediaan untuk sukan aulad hari ahad ni.  Majulah sukan untuk errr.. untuk apa ek?

Lupa nak cakap.  Result adik kira okay okay lah. A banyak sikit daripada B. Cuma ada A dan B saja. Adik termenung juga sebab kimia dan fizik dia B.  Aku kata okaylah tu. Ada orang yang B pun tak merasa.


ibundo

17 comments:

ieja amieja said...

mmg kiut betul si faris nih..dah makin pandai dia nak tunjuk protes ye..tahniah jg utk adik ye..result tu kira ok je..bukan senang nak dpt even B sekalipun..

kaklong said...

AYIS MONTEL!



TAHNIAH DIK!



kakyien nyo result pun beso2 yo..tak do A..tapi tak do GAGAL..!

mamawana said...

Aksi yg chomel...

Acik Erna said...

tahniah untuk adik.
faris dah pandai protes yo..lagi la comle bio dio buek memek muko macam2 tu..

Cik Azz said...

Kalau setakat protes tarik muko takpo laie kak.. Jangan dio protes dgn baling batu tu kek sliding door atau kek muko kito dah laa..

Anak buah sey yg bayo2 Faris ni salu buek camtu.. Asal bogaduh yoo dgn sepupu sepapat ehh, mulo la carik batu.. Tu yg sey tak berani nak hias2 laman dgn batu camtu walaupun teringin nak buek... huhu..

Tahniah untuk anak akak.. Anak buah sey dapek 8A + 1B.. Yang B tu Fizik..

cikmanggis said...

hehe lg buat muka protes lg cantik.Budak budak buat muka macam mana pun tetap comel..cuba kita buat muka camtu..ya allah lari orang hehe.

Tahniah buat si adik.ada A ada B ok la tu..A banyak pada b..lagi ok...Tahniah.

cahya indah said...

tahniah kat anak Bundo..Cahya dulu, kimia dengan fizik tu dua2 tak dapat B pun. hehe. anak Bundo dah dapat result bagus tu.

aNIe said...

Memang Faris tumpang glemer kat blog nenda dia...macam si kecik anie yang tumpang femes kat blog ibu dia...hehehe...comel sgt bila dia beliakkan mata tu...

Unknown said...

tahniah buat adik..ala comelnya faris:)

Ms.Lilies said...

Kalau banyak sangat gambar Faris kang over shadow nenda dia plak...kang nenda merajuk ekekekeke

miloaiskurangmanis said...

kak - faris protes pun - muka tetap menten comel ye...
geram iols tengok kak - pipi mungil - rambut kerinting heols tu...

tahniah buat adik - ok jugak result tu...
still boleh apply untk, further study kan???

Irfa said...

comelnya ;)
anak dara kecit sy pun dulu xsuka skrg kemain..ambik hp terus senyum
perasan lawa la tu

tahniah utk adik.

Amie said...

Tahniah dik! Yang montel tu...tolong cubitkan sikit pipinya tu!

AuntieYan said...

Salam Pah Hanim (tukau nama lak!)

Pertama sekali, tahniah untuk Adik yang dapat banyak A dari B tu. Budak2 sekarang memang pandai pandaiak pun..anak Cik sebelah rumah rumah AY tu dapat straight A..10 semuanya.Anak anak cikgu tu semua macam tu lah...setiap subjek dapat A....

Amboi! Faris bukan main lagi...seronok orang ada cucu ni....AY, anak pong belum kawin...:-(

Hjh Noralenna Abbas said...

Dalam protes ada comelnya, buat hati ninda cair.

Zaitun said...

Apa pun aksinya Faris tetap comel.

Tahniah buat adik.

aza ni said...

tahniah adik,
comelnya fris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...