Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 21, 2012

Lawak tak menjadi

Sebenarnya nak buat cerita lawak.  Cerita yang aku menonong jalan kaki balik ke rumah sedangkan kereta aku ada di tempat parking sebelah tadika. Puas staff aku jerit-jerit sambil gelak-gelakkan aku. Aku pun tumpang menyeringai gelakkan diri sendiri.  Pernah dulu sekali berlaku macam tu juga. Tapi masa tu aku dah sampai rumah pun.  Tengok-tengok kereta aku tak ada. Puas juga menyelongkar otak mana perginya kereta tu. Akhirnya baru teringat yang aku ke tadika pagi tu naik kereta. Perihal yang itu staff aku tak tahu.  Jadi tak adalah dapat mereka nak gelakkan aku sampai mata berair.

Tapi tak jadilah aku nak buat cerita lawak. Macam tak ada mood.

Dik.. nak pergi sekolah pukul berapa dik.

emmm... emmmm... nantilah lambat-lambat sikit.

Aku faham gelombang yang bergelora di dada.  Sebab aku juga pernah dipukul gelombang itu.
Tak apalah dik.. Apa pun keputusan yang adik dapat, terimalah dengan hati terbuka sebab adik telah berusaha. Mak doakan adik berjaya.

Kepada anak-anak yang akan mengambil keputusan spm harini, tahniah pada yang berjaya.  Kepada yang kurang berjaya, jadikan ia pedoman untuk membuat yang lebih baik.

ibundo



17 comments:

ejaMaria said...

owh... rumah dgn tadika dekat ekkk... elok la berjalan - excercise... ;p

kaklong said...

samo lah kak..
kaklong terimo apo yg kakyien dapek..
terimo seadonyo..
nk marah ko apo ko dah tak guno....

tasekM said...

ko ni mmg kelakor la kak.


sebenarnya.
peperiksaan bukanlah segalanya.
tapi kerajaan dah buat kita rasa.
peperiksaan dah macam hidup mati.

tu yg ada anak2 yg bunuh diri sbb keputusan tak berapa ok.



.

Acik Erna said...

assalam kak pah apo pun kono terimo kan kak pah anak2 dah berusaha dan buek yang terbaik.

Kakzakie said...

Hihi.... sebab tak jauh tu agaknya kakpah boleh lupa masa dtg drive kereta atau jln kaki...

Insya-Allah adik pun boleh berjaya macam kakak-abang yg dah lepas semuanya.

Moga anak-anak bangsa kita cemerlang kakpah...

~ Cik Azz ~ said...

Anak buah sey duo org amek result hari ni..

Dobar gak ni..

miloais milo said...

exercise tu kak.... menyihatkan badan...

moga anak kak pah lulus dengan cemerlang...

ieja amieja said...

assalam kak..
exercise tu kak..x pun teruja sgt nak tau result ank akk sampai terlupa ada kete pangking kat tadika tu..

S..U..D..@..I..S said...

semoga anak2 mendapat keputusan yg cemerlang..

pB said...

insyaallah , ok

Kaktiny said...

hahaha..

sgt lawak okeh.. pegi naik kete, jalan kaki balik rumah.. hdoilaarr..

setuju dgn tasek merah!.

"I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft." – Bill Gates

.. tiny mmg tak kisah berapa A yg anak dpt, tapi pemahaman mereka ttg ilmu yg mereka dpt itu lebih utama..

...tiny dulu pon bukan pelajar cemerlang masa kt sekolah.. tak pernah naik pentas utk amik hadiah akademik.. pon tak de convo masa tadika.. tapi Alhamdulillah.. dh 2 kali dpt pakai mortar board!!.. dan merasa juga la gaji + bonus nilai 5 angka.. (kalau itulah ukuran kejayaan!!)..

.. nilaian kita di sisi Allah adalah bagaimana kita memanfaatkan ilmu dan memberi munafaat dgn ilmu yg kita ada.. sbb ilmu itu hak Allah.. diberi kpd yg dikehendaki, ditarik juga dr siapa yg dikehendaki.. betul tak kak?..

KhaiRin : anies said...

hahahah cm ne la leh lupa ye kak

Anaa said...

haihh, ofis dekat pun nak bawak keta gak ker.. kekeke..

Zaitun said...

Semoga adik beroleh kejayaan dalam SPM.

azieazah said...

Tadika tu dekat ok ler jalan kaki wpun tak sedar. Kalu 5,6 km? Mau menangis sepanjang jalan. hehehehe

Irfa said...

adik saya masih lagi dalam mood bersedih ttg result semalam.harap dia tabah

ibundo said...

salam semua.. sorry bebanyak sebab tak berkesempatan nak balas komen-komen anda. Sibuk sebab menyiapkan persiapan untuk tadika ahad ni. tenkiu.. tenkiu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...