Hati aku tak ada syak lain bila ada riuh rendah begitu. Hampir sebulan lalu jiran depan rumah aku rumahnya di masuki perompak. Siang-siang buta perompak pun berani masuk. Terjerit-jerit bibik dia mengejar sampai ke pagar. Kami yang nampak tidak boleh berbuat apa-apa sebab ia berlaku dengan pantas. Orang sekeliling sempat pandang putih mata saja perompak itu berlalu dengan kereta yang pletnya pun tidak sempat untuk dicatat.
Beberapa hari lalu jiran sebelah tadika pasti di seksyen 4 di belasah kepalanya dengan topi keledar oleh perompak bermotosikal. Jiran ni baru saja memberhentikan kereta di luar pagar untuk membuka pagar rumahnya. Ini membuat kita berfikir bahawa kita ini sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat walaupun di rumah sendiri.
Kenapa siti?!!!! aku terjerit dari pintu dapur.
Ada kucing kena gelek kereta. Kucing baru beranak. Anaknya mati. Ibunya dibuang kat tempat bunga depan ni.
Kiranya hal kucing. Bukan seperti yang aku sangkakan.
Walaupun ia hanya cerita kucing mati yang dilanggar kenderaan, perasaan tetap tersentuh. Aku tidak berani mellihat keadaannya. Tak sampai hati. Apatah lagi menurut abah kucing itu terberanak disebabkan perutnya terburai semasa kena langgar. Mestilah yang melanggar itu tidak sengaja. Takkanlah dia saja-saja busuk hati nak melanggar kucing yang sedang sarat bawa perut.
Aku menyuruh watik membuat lubang dan menanam bangkai kucing dan anaknya itu.
Mak!.. ada sekor lagi anak kucing ni masih hidup.
Aku melihat usen menjinjing anak kucing yang halus dengan bulu yang masih melekit-lekit. Dia mengambil perangkap tikus dan mengalasnya dengan kertas surat kabar terus memasukkan anak kucing itu di situ sebagai langkah berhati-hati supaya dia tidak dibaham oleh Jordan.
Boleh ke bela anak kucing ni mak, tanya adik.
Jagalah dia dik. Bagi susu. Mak dia dah tak ada.
Kan mak cakap dah taknak bela kucing lagi.
Yelah.. tapi ni kan lain. Ibu dia tak ada. Kalau tak bagi susu nanti dia mati. Kalau biarkan di luar tu nanti kucing besar makan dia. Dia tak boleh hidup sendiri. Adik belalah. Bagi susu. Nanti adik dapat pahala insyaallah.
Aku rasa kucing tu lahir tak cukup bulan. Hati aku sendiri musykil yang dia boleh bertahan.
Malam tadi aku dengar hingar bingar dalam bilik adik. Bila aku pergi siasat, aku lihat anak kucing itu sudah diletakkan di dalam kotak kasut. Sudah ada selimut. Sudah diberi susu. Dan bulunya pun sudah tidak melekit-lekit lagi. Bukan adik seorang sahaja yang menjaganya. Yang lain-lain pun.
Kalau umurnya panjang, hiduplah dia. Adik dengan yakin mengatakan kucing itu akan hidup.
Cak!!!! kata faris.
ibundo
18 comments:
bergenang air mata baca kucing terberanak sebab kena langgar =(
Sepeti KOG, kakcik juga bergenang airmata membaca catatan Kak Pah ini. Semoga anak kucing itu akan terus hidup dengan sihat.
Benarkah Malaysia negara yang paling selamat? Wallahhuaklam.
sebak sya baca entry ni
sya cukup risau kalau terlanggar binatang, tak sanggup rasanya
tp kalau dah ter... nak buat camno kan kak?
haraplah panjang umur si 'tuah' tu
opss..terbagi nama pulak pada anak kucing tu (,")
kak, nnti ambik gambar anak kucing tu eh...
:)
.
Besar dah Faris.
aduh... sebak dah...
debab nya Faris sekarang nie
yo la.. osah debab eh faris....
tu la.. skrg ni mana2 pun tak berapa nak slmt. tu yg syukur sgt duk dlm kuarters ni ha. kira, ok la jugak sebab dlm kwsn berpagar bersekuriti. akk pepaham la keadaan lembah ni. sunyi sepi.
sebak la pulak kak pah :(
sedih kan kak pah..anak kucing pun dikasihi..betulkata kak pah camana manusia boleh buang pulak bayi nya.
montel e faris kak pah.dapek basikal baru ke tu..nenda yang bolikan yo
Salam ibundo,
Apa khabar kak pah sekeluarga?
Sekejap tadi dah baca. Hati rasa hiba tak tertahan pula, itu yg merayau tempat lain dulu seblom letak komen.
Ya kak pah, jaga anak kucing tu elok-elok ya kak. Even hayatnya tak lama, mana tau dia boleh mmbesar sempurna. Anak kucing bandar susah nak survive macam kucing kampung. kat Kampung, payah dia nak kena gelek. Kat bandar.. aish! Terima kasih kak pah, sbb ambik anak kucing tu, sungguh mulia hati kak pah..
kog,
memang terbayangkan kengeriannya.. ish.. teringat peristiwa shatila
kakcik,
setakat ni hidup dah bergerak2. Musykil jugak kakcik benarkah antara negara teraman?
kasihibu,
alahai... sama je pikiran kita ni. Sebenarnya kami dah bagi nama pun kucing tu. Tuah.. memang tuah nama yang kami beri. semuga dia membawa tuah pada kami sekeluarga.
tasek,
haah.. bila mood akak kau ni dah datang ek.
kak nora,
21 april ni 3 tahun.
maria,
bayangkan kitorang yang nengok ni..
pb,
tulah pasal..
kakngah,
dak epel nak lawan ngan faris kan? haha
irfa,
uhuhu..
erna,
kalau anak kucing pun kito kesian, apo lagilah anak orang yang dibuang2 lam tong sampah tu. adoyai..
indahouse,
insyaallah hidup kot sebab mau dia minum susu. Tadi dah pegi belikan botol susu untuk dia. Siap dah berak pun dah.. yang tukang lap montot dia tu adiklah haha..
melalui pengalaman, anak kucing kecik susah nak idup klu ibunya takde..tpi klu ada keajaiban dan kena sentuhan si anak2 kita..manalah tahu..Berdoa ajelah..moga idup..
Berbahagialah kucing itu....
hehehe...kebetulan kan kak? memang bertuah kucing tu, keluarga sya di kampung sanggup beli susu untuk kucing yang 8 ekor tu, mak dia dah arwah sbb tak cukup makan agaknya, bayangkan bila mak dia baring je, 8 ekor terus serbu minum susu
mana tak kurus dan susut badan mak dia
Siannyerrr terberanak mak kucing tu. Dah ajal tapi ada juga zuriat dia yg lahir hidup. Semoga sicilik Tuah tu membesar dgn comel dan girang dikelilingi tuan penjaga nyer yg budiman.
Alhamdulillah,
Kucing tu mendapat orang yang perihatin macam keluar kak pah.
Saya walaupun tak ada pelihara kucing tapi tak sampai hati nak buat tak tentu hala.
Post a Comment