Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, April 29, 2012

Kota yang tidak pernah tidur

Ketika aku menulis, suara Yousof Kalo sedang mengumandangkan surah-surah dari joz'ua Aamma. Sungguh lunak dan merdu suaranya.  Begitu memikat hati aku. Oleh kerana terpikatlah aku membeli cdnya semasa di madinah.  Harga cuma sepuluh riyal tetapi nilainya berpuluh ganda daripada itu.

Sesiapa yang belum mengenali yousof kalo, cubalah klik u tube quran recitation by him.  Pasti anda juga terpesona. Terpersona terutama sekali kerana umurnya yang masih muda benar. Masih kanak-kanak. Insyaallah dia akan menjadi seorang imam besar satu masa nanti.

Sebenarnya aku tidak ada topik tertentu untuk ditulis. Yang ada dalam otak aku cuma fragment of ideas yang tidak tahu untuk aku cantumkan. Semuanya berterabur. Imbasan-imbasan semasa berada di tanah suci datang silih berganti sehinggakan tidak tahu yang mana satu untuk aku utamakan. Segala yang aku lalui masih segar di ingatan dan mendengar suara Yousof Kalo ini sudah cukup untuk membawa aku mengingati alunan suara merdu imam-imam masjidil haram seperti Maahir, Jahni dan Sudais.

Kota Mekah sentiasa dalam perubahan. Pembinaan bangunan di sekeliling masjidil haram masih belum berhenti. Malah masjidil haram sendiri masih dalam proses pembesaran. Debu dan habuk berterbangan walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kami cuba untuk kurang menyedutnya dengan memakai mask setiap kali keluar dari hotel. Namun usaha cuma datangnya dari kita tapi ketentuannya dari yang Satu. Imah batuk-batuk dan demam beberapa hari setelah menjejakkan kaki ke tanah haram. Kirin demam sehari sebelum bertolak ke madinah.  Alhamdulillah aku hanya batuk-batuk beberapa hari sebelum pulang ke tanah air.

'kawan saya cakap jangan pergi ke mekah sekarang ni sebab banyak habuk', kata seorang sahabat semasa aku masih di tanah air sebelum bertolak.
Dan aku memberitahunya bahawa mekah akan sentiasa berhabuk.  Kalau nak ditunggu sehingga tidak berhabuk, sampai bila pun tak akan pergi.

Abeer garden tempat aku menginap semasa menunaikan umrah ramadhan lepas, sudah tidak ada lagi.  Sudah diruntuhkan untuk diganti dengan bangunan baru.  Hotel Qasar Arrayan (yang menghala ke perkuburan maala) tempat aku tinggal semasa haji 2009 juga sudah diruntuhkan. Aku melihat model masjidil haram yang bakal dibina semasa aku melawat muzium 2 haramain.  Besar sungguh. Dari pintu masuk masjid menuju ke kaabah adalah teramat jauh. Jauh mata memandang dan jauh juga kaki  melangkah.

Mungkin pada tahun-tahun akan datang jarak kita untuk ke masjid bukan lagi sejauh 100 meter atau 200 meter atau 300 meter. Mungkin beratus-ratus meter lagi lebihnya.  Ataupun kita boleh mendapat hotel yang berhampiran tetapi dengan kadar bayaran pekej yang lebih tinggi.

Sekian.

ibundo






16 comments:

kakngah said...

kak.. org terus gugel u tube cari yusof kalo. Ya Allah.. merdunya suara dia. ni tgh dgr bacaan yassin sambil pam susu dakEpal.

ibundo said...

kakngah. Ha.. tulah pasal. Kpah jatuh cinta pertama kali dengar suara dia.

Unknown said...

Nanti zana cari jgk.....
Sekitar kaabah masih dlm pembangunan lg? Masa zana umrah thn 1996 dulu pun berabok, berdebu......mungkin bila buat haji nnti, kalau ada rezeki dah lain rupanya..

Cik Azz said...

Seronok dongar cito orang baru balik dari umrah ni..

syiela said...

moga satu hari saya pun dapat sampai sana

ibundo said...

zana,
ada satu bahagian di depan kaabah yang sedang diubahsuai. Tidak pula diketahui untuk apa.

zik azz,
meh lah sini. kurma ngan zamzam ado lai ha..

syiela,
insyaallah

sud@is said...

ya tentu hati dan minda kakapah setenang kota yg tak pernah tidor

ibundo said...

sudais,
hati masih di sana..

rezeki said...

salam kak pah

alhamdulillah

selamat kembali dan moga semuanya dikurniakan umrah yang mabrur

insyallah

saya pun dah rindu nak ke sana , tengah2 lihat2 waktu dan ketika yang sesuai dan dengan izin Allah jua

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa Hotel Sevilla tempat kakak duduk masa Haji 2009 pun dah runtuh Kakpah. Sebab masa itu pun Masjid Kucing dah mula nak dirobohkan. Tapi kakak sempat lagi ke Masjid itu. Kini tinggal nostalgia. Hilton dan KFC sebelah MH tu ada lagi tak ye Kakpah. Kakak dulu siang-malam makan aiskrim kat Hilton tu...

Memang betul habuk sentiasa ada kalau nak tunggu tak ada habuk sampai pencen pun tak pergi-pergi..

nazayiena said...

Seronoknya dpt pegi sana....
salam kenal dr Nurul.

Anaasuria said...

sampai turn saya nanti (InsyaAllah), entah jauh mana la kena berjalan.. takpe, apa pun akan diredahh...

jap nak gugel yusof kalo ..

pB said...

makin lama , makin mahal ....
kenalah menabung dari sekarang

ibundo said...

pak itam,insyaallah kalau hati dah nak, allah akan luangkan masa buat pak itam.

kak zakie,
bangunan di sekitar masjid kucing tu boleh dikatakan dah kena demolish. hilton masih berdiri tegak. Mungkin hayatnya panjang lagi. Aiskrim? ishh.. sedapnya aiskrim mekah.

Nurul,
salam kenal dari bundo

anaa,
redah tetap redah.. Dah jumpa yusuf kalo? Mest nak dengarnya selalu.

pb,
agaknya nak pergi umrah pun macam nak pergi haji.

sal said...

pah..leka baca ceta masa kat sana..seronok membacanya..

ibundo said...

sal, banyak lagi ceta ni. Nak tak nak nulis je hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...