Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 19, 2012

Jenama melambangkan rasa gah?

Di antara senarai barang yang perlu adik beli sebelum ke kolej haritu ialah baju kemeja lengan panjang, slacks dan tali leher. Baju kemeja mestilah baju yang tidak bercorak. Plain. Oleh kerana adik bersaiz agak besar, tidaklah dapat adik berkongsi baju dengan si ayah. (Dalam keadaan cuaca panas negara kita, terpikir juga di kepala aku ini apakah perlunya memakai pakaian seperti itu untuk menghadiri kuliah).

Aku tahu berapa harga sehelai baju kemeja dan sehelai seluar yang ada brand. Sekurang-kurangnya harga sepasang hampir mencecah 300 ringgit kalau tak lebih. Itu belum termasuk necktie. Bila aku congak-congak pakai kalkulator (orang yang mencipta kalkulator ini patut dipersalahkan kerana menyebabkan otak menjadi agak bangang bila tiba bab kira mengira), aku perlu menyediakan seribu lebih untuk membeli 4 pasang pakaian.  Hanya nak pergi kuliah?

Jadi, aku membuat pilihan untuk membeli yang biasa-biasa saja di warta. Dan seperti yang telah dijangka, pilihan baju dan seluar tidak banyak. Tapi oleh kerana "ala.. nak pergi kuliah je dik", aku belikan jugalah. Dari segi kualiti? memang jauh. Berpatutan dengan harga 50 ringgit sehelai kemeja dan harga yang lebih kurang juga untuk seluar.

Apa yang kita buru sebenarnya apabila kita membeli barang.  Yang harga murah? Yang harga mahal? Yang berkualiti? atau yang berjenama.

Kawan hasben aku dulu ada bekerja dengan syarikat membuat stokin. Lama dulu. Entah ada lagi ke tidak kawan tu sebab dah lama sangat aku tak nampak dia. Katanya stokin yang dikeluarkan di kilangnya akan diberi jenama. Jenama itu jenama ini. Ada juga yang tak ada jenama. Ada nama yang dah terkenal.  Ada nama yang kurang terkenal. Kemudian stokin itu diletakkan harga berdasarkan jenama tersebut. Pastinyalah yang tertulis jenama hebat harganya pun hebat.

Kita ni yang membeli? Kalau nak terasa hebat, kita beli yang mahal. Padahal semuanya berasal dari corong yang sama. Siapa yang kena tipu? 
Tapi mungkin tidak semuanya seperti kilang stokin itu, kan..

Aku?
Kalau murah tapi ada kualiti, aku beli.
Kalau mahal tapi aku pekenan, aku beli.
Kalau murah tapi tak ada kualiti, aku beli kalau bajet aku tak cukup.
Kalau mahal tapi aku tak pekenan memang sahlah aku tak beli.
Dan kalau mahal walau aku pekenan macamana pun tapi tak fulus tak cukup, memanglah aku tak beli.




Kasut ni aku beli di korea. Murah.  Cuma 10,000 won lebih kurang 30 ringgit. Balik ke Mesia terus aku pakai.  Sedap memakainya sebab aku memang suka flat heels.
Tapi sampai ke rumah anak aku cakap, meh sini imah tengok pelapik kasut ni dibuat daripada kulit apa.
Bila dia tengok ada titik-titik tiga kat bahagian pelapik dalam tu (nampak tak? tenung betul-betul), dia kata mak.. ni kulit babi ni.

Jadi, di samping harga, kualiti dan jenama, tambahkan jugalah asal usul barang yang kita mahu beli itu.

Sekian.  Sampai berjumpa lagi (entah bilalah agaknya tu)..

ibundo

28 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum kakpah... kakak punya persepsi macam kakpah bila nak beli kena lihat kewangan yg ada walau suka mana pun kalau fulus mahfis - lak jawabnya kan..

Kasut kakpah beli di Korea tu sama pettern yg kakak ada tapi beli di sini harga mahal sikit je tapi memang selesa. Kakak punya warna hitam. Masa kakak ke Mekah pun kakak pakai kasut style ini...

Acik Erna said...

salam kak pah..mulo tngok gambar tadi pun terkojut dah..nasib baik imah dah tengok an..saya tau ni maso poi tengok dipamaeran halal kek stadium paroi..tahun bilo lupo dah..
samo lah kito kak pah..murah dan soleso..tu yang ponting..tpi kasut saya kono berkiro sikit..sobab tumit dan lutut yabng akan sakit kalau bukan kasut yang sesuai.

cikmanggis said...

salam kak pah..warta tu tempat Cm jugak kakpah hehe.tempat pertama Cm tuju adalah fatihah frozen food tu :)

Ini yang tak best juka terbeli kasut kulit yang cam ni...kena hati hati.

atuk said...

Assalamualaikum Ibunda

tahniah kepada adik yg dapat masuk kolej

kakngah said...

apo la kobar dak adik tu gak eh.....
ontah apo dibuek eh sokarang nih!







larikkkkksss!!!!

Nizam.Ariff said...

buang je la kasut tu?...

bagi kat jiran bukan islam kut...?

ieja amieja said...

salam kak..
lama x singgah cni..
betul tu kak nak beli brg mmg kene tgk pada regenya tp jgn lp jg pada kualiti dan diperbuat dr apa..maklum lah ala beli menang memakai kan..biarpun mahal kadang2 tp selesa dan thn lama..tp klu murah pun selesa lagi thn lama..lbh berbaloi2..

h4ni3 said...

ye.. kalau murah tapi kualiti dan selesa, saya pakai jer :)

kakpah, ahad ni pegi tasik cempaka?
details kat blog kakcik

kaklong said...

samak tak kaki tu kak?
aiyooo..seriau plk gahso ea...

zino said...

yg kat rumah ni lain pulak.. dia tu pantang jumpo kedai kasut.. mesti nak beli cam no tu? hehe

ckLah @xiiinam said...

Kakpah,
Abang pernah kehilangan beg pakaian masa di airport Bangkok. Terpaksa beli beberapa helai baju dan seluar murah. Dah pilih....orang jual tu tanya, 'Tuan nak letak jenama apa?'. Hehe

Unknown said...

Kak pah, bila zana baca komen2 atas ni, rupanya kita sekampong. Silap2 pernah berjiran atau berseliseh bahu di pasar malam fasa 1.
Warta tu tempat kita org shopping kalau malas nak ke Kajang. Ok pe kat situ. Takyah mahal sgt pilih baju, lama2 hancur jugak kan?
Pilihan zana lain skit, kalau hubby tanya nak yg mana, zana pilih yg mahal....dan berkualiti. Bukan selalu, 3-4 tahun sekali, ok la kan?

ibundo said...

kak zakkie,
wkumsalam. Nak pilih kasut ni susah sikit sebab kpah cerewet. Nak yang rasa selesa dan sedap dipakai. Suka yang leper saja senang nak jalan.
Kadang2 tu kalau mahal tapi dah sedap pakai, kakpah beli juga.

ibundo said...

erna,
kpah tak tahu pasal tu sebona e. Sobab tu main boli yo. Lopeh ni dah tau, pandailah berhati-hati.
Dulu maso mudo dah pueh dah pakai tumit tinggi. Sekarang dah tak ngam lagi dah dengan kaki.

cm,
oo ye ke. Kpah nak la jumpa cm sekali. cm tak kenal ke geng2 srikandi dalam fb kpah tu. Mungkin ada yang satu batch dengan cm

ibundo said...

atuk,
wksalam. Terima kasih.

kakngah,
ekau sajo yo nak menghasut kan kakngah kan..

Nizam,
buang je. kat bangi ni tak jumpa jiran yang bukan islam.

ieja,
beli yang berkualiti, lama memakai. Beli yang tidak berkualiti, cepat hancur dan boleh beli yang baru hahaha...
pilihan pada kita kan?

ibundo said...

hanie,
kadang2 orang tak tahu pun yang kita beli tu murah kan?
Tak pergi kot hanie. Malu lah hehe. Tapi rasanya nak pergi skodeng korang besok.

kaklong,
maun tak..

zino,
haha.. tu dak kiro hobi tu. Hobi ni kono disuburkan haha..

cklah,
hehe.. boleh pulak gitu? Kalau macam tu kalau kpah nak prada, bolehlah pergi sana ..hiii..

ibundo said...

zana@pb,
ye ke...
kakpah ni tinggal kat fasa 3. Zana?
Warta tu memang tempat beli barang. Tapi kadang2 rimas sebab depan dan dalam warta tu penuh dengan orang menjual. Bahaya kalau ada kebakaran nauzubillah..

sal said...

Saya pula, tak kisahkan jenama asalkan murah, dirasakan berkualiti, ..layan..

cahya indah said...

cahya pun suka kasut yg macam bundo beli tu..

JunAina said...

Kak Pah...Aina pun sama kalau duit lebih berkenan yang mahal beli je. tapi kalau duit kurang cam no nak beli...

Baju raya anak2 setahun sekali beli jugak yang ada brand bukan pasal nak brandnya tapi pasal kualiti. Barang2 yang ada brand selalunya tahan lama.

Unknown said...

kena tengok betul2 kalau nak beli ...tp kalau dah terbeli ..sayanglah duit melayang

Anaasuria said...

bundo,

u my idola.. heee..

sud@is said...

sayang ehh kasut tuu....

ibundo said...

sal,
ya.. murah asal ada kualiti.

cahya,
samalah kita

jun,
selalunya macam tu lah. Alah membeli menang memakai.

karisma,
kadang2 tersalah beli jugak walau dah berhati-hati. Tu yang sayang tu.

Anaa,
hehe..

sudais,
memang terasa sayang. Sedap pakai.

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina suka kasut cam tu selesa, tapak kaki pun tak kematu.

GREENJADE said...

kasut tu comel lah kakPah..tp tu ler kan..bukan rejki..seb baik tau awal..

insyirahhamed said...

asmkm ibundo..kasut tu memang comel..tapi nak buat macam mana tak da rezeki..if beli kasut di Korea memang bahaya..most of it memang dari kulit babi..hari tu pon mak nak beli kasut kat sana..tapi semua nya kulit babi..so sesiapa yang nak ke Korea lepas ni, always be careful la..

Nina said...

salam kak, blogwalking here ;)
saya 100% pasti yang tapak warna light brown tu bukan kulit babi. dulu saya ni spesis main beli beg je, dah banyak beg saya beli rupa2nya made of kulit babi. and kulit babi ni memang la iras2 contoh akak tunjuk tu. tapi kulit yang sebenar tak akan ada 3 titik sekelompok yang cantik aja bulatan dia tu. kasut akak tu cantik aja susunan 3 titik tu, symetry lagi. note that titik tu sepatutnya nampak macam pores (macam kulit haiwan/manusia), bukannya bulat cantik seolah2 dicucuk dekat acuan di kilang (pelik jugak kan ada binatang dekat dunia ni yg pores dia macam tu, bulatannya perfect lagi besar). kulit babi ni kadang2 susunan pores dia ada 1, ada 2, ada 3 dalam sekelompok dan jarak antara kelompok tu memang tak akan sama macam contoh di kasut akak tu. setahu saya lagi, kilang kat korea dgn china rajin buat PU seakan-akan kulit babi/lembu/crocodile untuk bagi feel macam brg mahal. hasil kilang punya PU skin macam contoh akak punya kasut tu la, symmetry habis (not to mention the shape of the pores yang besar) and kita boleh nampak dgn mata kasar yang benda tu mesin yang cop. another thing, kulit babi ni mahal. they dont usually bother to letak the real thing only to sell it cheap.
tapi yelah kan, baik kita tak pakai walaupun kulit PU utk elak fitnah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...