Salam Jumaat. Pejam celik pejam celik, dah hari Jumaat. Pejam celik pejam celik, dah nak ramadhan. Pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik, nauzubillah. Biarlah hendaknya apa yang dibawa ke sana cukup sebagai bekalan.
Apa cerita hari ini. Tak ada apa cerita bagus. Cuma tadi selepas subuh semasa mencuci cawan di sinki sambil menjengah jengah keluar tingkap menjenguk pokok cili yang malu-malu nak hidup, aku teringat akan satu drama yang aku tonton. Ah.. drama melayu. Apa lagi kalau tidak menceritakan perihal kepincangan hidup, hasad dengki sesama manusia dan bla bla yang kadang-kadang menyebabkan aku malas untuk menontonnya. Namun hakikatnya, itulah yang kita lalui di mayapada ini.
Ungkapan nasi telah menjadi bubur dan menangis keluar air mata darah sekalipun takkan ia kembali seperti dulu, memang biasa digunakan dalam drama. Kalau perkara dah berlaku, dah terjadi, ia tidak akan dapat menjadi seperti sebelum berlakunya perkara itu. Nasi dah jadi bubur, maka kita makanlah bubur. Aku suka makan bubur sup ayam. Ada pula sambal belacan. Letak telur masin separuh. Pergh..
Tapi ada kalanya apabila mengenangkan nasib untung yang telah kita lalui sepanjang-panjang perjalanan hidup ini, hati jahat itu berkata-kata juga tentang hal-hal yang kita harapkan tidak pernah berlaku. Hal-hal yang membuat hati kita berdarah. Hal-hal yang membuat fikiran kita bersepai. Hal-hal yang membuat tubuh badan kita longlai tidak bermaya sedikit pun. Hal-hal yang menggayuti rasahati kita tidak mahu-mahu dilepaskan.
Mungkin siri cerita-cerita time machine tercipta hasil dari rasa untuk mengubah keadaan. Boleh mengundur merentas masa ke waktu lalu untuk memperbaiki apa yang tidak betul dan sekali gus mengubah sejarah hidup.
Hakikatnya, hidup kita ini sudah dicanaikan begitu. Kita memang sudah ditakdirkan melalui peristiwa-peristiwa yang kita lalui walau betapa pahitnya ia. Tiap saat dan detik telah ditentukan. Kalau ia telah ditakdirkan untuk berlaku, maka berlakulah ia. Kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.
Teringat aku akan pantang larang orang tua-tua dulu. (Orang tua-tua sekarang tidaklah pula aku tahu sebab aku tidak mempunyai pantang larang seumpama itu). Bila seseorang itu mahu membuat perjalanan jauh, maka sekiranya orang itu tertinggal sesuatu mereka dilarang untuk berpatah balik. Sebab apa? Sebab sekiranya berpatah balik maka masa yang diambil untuk berpatah balik itu bertepatan dengan masa untuk berlakunya sesuatu yang tidak baik. Accident misalnya.
Kita tidak tahu. Mungkin masa yang kita ambil untuk berpatah balik itulah yang menyelamatkan kita.
Ya. Tidak payahlah kita tangisi benda yang telah lepas. Yang sudah itu biarlah sudah. Yang telah berlaku walau bagaimana pahit pun ia, tinggalkan sajalah sebagai sejarah. DIA mahu kita belajar daripada kesilapan lalu dan menjadikan ia sebagai pedoman untuk mengharungi hidup yang lebih baik.
Kalau tidak suka makan bubur, cubalah rasa dulu. Terdapat kenikmatannya. Jika tidak suka bubur sup ayam, cubalah pula bubur lambuk atau bubur lemak tomyam. Rencahkanlah bubur mengikut citarasa kita.
Kan begitu?
ibundo
19 comments:
salam Jumaat...terkesan sungguh entri ini ..dulu lupa dan alpa tentang bubur itu ...syukur setelah berganjak usia pandai shopping bahan2 terbaik...itupun klau semua di redhoiNya...berjumpa lgi kita di alam maya...wassallam
Mekasih kakpah...
n3 muhasabah diri pun ye juga ni..
Begitulah kakpah... tapi kalau bubur makan dgn kangkung goreng dan lawan dgn ikan bilis+cili+kicap pun sedap. Dah jadi bubur carilah lawan bagi dia lagi enak - jangan dibuang membazir kan...
p/s: puasa nanti mesti banyak bubur lambuk..
salam kak pah..poning se kak pah..cerito bubur lambuk ko cerito kehidupan maso koni..he he..
mendalam sungguh penulisan pagi ini
saya selalu fikir,nak patah balik masa lepas dan ubah apa yang patut.kemudian saya fikir lagi,kalau saya boleh ubah perkara yang lepas belum tentu hasil pada masa depan akan bawa kepada kebaikan~he~~
entri ini bertepatan sangat dgn keadaan emosi aku pagi ini
Salam Kak Pah,
Tak aperlah kak pah, kalau nasi dah jadi bubur, kita cubalah carikan lauk pauk yang baik untuk menyedapkan bubur tu. Jadi tidaklah bubur tu terbuang basi. Tak ada benda yang tidak boleh kita ubah sekira Allah mengizinkan.
kalau terkenang2 menda dulu takut timbul rasa menyesal kan bundo.. takut berdoso lak kalau menyesal, macam tak redha la pulak dengan setiap yang Allah dah tentukan kan.. apa pun, kena gigit satu kenyataan, segala yang jadik tu, walau buruk dan pahit di mata kita, itu lah yang terbaik sebonanya kan... easier said than done..huhu.. kena sentiasa muhasabah diri..
p/s: tak suka ar citer bab bubur sup ayam, buh belacan, buh telur masin taim2 posa nie.. terliur tauu.. hehehe..
saya memang dari kecik tak boleh makan bubur sebab saya tak suka sesuatu yg lembik dan berkuah.
bak kata orang puteh - let bygones be bygones...
yag dah berlalu tak payah nak kenang - nak pikir - nak ungkit
tapi - kadang2 fikiran kita ni suka aje memikirkan juga...
tu yg buat rasa ralat - rasa terkilan...
.....saya pun memang suka makan bubur ayam...
dan saya pun redha dengan ketentuanNYA....
Allah lebih mengetahui apa yang di takdirkan buat kita...
Alhamdulillah...
gambor bubur lambuk takder ke??
barang yg lepas jangan di kenang kata senikata lagu tu..
Salam Bonda,
nasi dah jadi bubur, tapi sedap jugak kalau ada telur masin.
barang yg lepas jgn dikenang, kalau tak di kenang bila plak nak insafnya.
http://www.cintaitumisteri.blogspot.com/2012/05/bersyukurlah-dengan-apa-yang-kamu.html
selagi dinamakan hidup, maka taklah sunyi daripada melalui cabaran..liku-liku dan berduri pulak tu..
klu kita rasa dh stabil sikit..tertoleh pulak melihat anak-anak yg masih terkapai2..undur dn hulurkan tangan untuk membantu..
begitulah setrusnya..tak pernah sunyi drp melalui ujian..
Kak pah Jun makan bubur waktu sakit je...
Macam tulah hidup kak pah, apa yg ada dalam drama tu selalunya digarap dari cerita2 reality yg kadang tak tercapai pemikiran kita kerana kita tak pernah melaluinya.
salam everybody....
Kpah ditrengganu dan tak sempat menjawab komen u all. Thanks..
hehe. time sakit mulut makan bubur la kakpah...sonang menolan eh!
Post a Comment