Roza Pedrosa menghubungi aku di fb bertanya kabar dan bertanya sama ada aku memerlukan pembantu sambilan. Dia mengatakan yang dia bekerja cuma 4 hari seminggu dan 3 hari adalah hari kosong yang dia tidak melakukan apa-apa. Aku balas mengatakan akan aku hubungi dia kalau aku perlukannya.
Ingat lagi pada Ros? Pembantu rumah aku dulu yang aku terpaksa hantar balik ke indon kerana fomema tak lulus. Tak lulus hanya kerana aku beri dia minum ubat batuk untuk mengurangkan batuknya, betul-betul sebelum dia membuat medical check up. Rupanya ubat batuk itu mengandungi kadar dadah yang tinggi.
Tak lama dia berada di indon. Dia datang balik ke sini tetapi bekerja di kilang. Rasanya sudah setahun lebih juga dia di sini dan pernah sekali datang ke rumah aku semasa hari raya lepas.
Ros atau nama glemernya Roza Pedrosa. Siapa menyangka yang mereka juga tidak lepas daripada berFB.
Aku teringatkan Ros@Roza kerana nama itu begitu hampir dengan nama Rozel ku.
Ya.. Rozel aku yang tengah mengamuk sakan di belakang rumah. Ingin aku perkenalkan? Sila...
Inilah rozelku. Hasil pungutan hari ini. Ia akan direbus untuk diambil jusnya dan hampasnya akan dibuat jem. Jem rozel.
Air rozel 3 layer. Teramatlah nyaman untuk tekak yang kehausan semasa cuaca panas begini.
Mungkin juga akan ku buat muffin rozel? Atau bingka Rozel? Atau kaswi rozel?
Sekian.
ibundo
13 comments:
mak ai.. cam namo pelakon telenovela mexico hihihi!!
org baru ko kebek2 n3 rozel org dulu.. cam teghaso yo nk mnm jus rozel.. alik2 akk dah buek.. 3 layer tu buh susu mo eskrem soda ko kak??
kakngah,
bawah sokali lotak jus rozel. Bubuh air baru. Tuang air polahan-lahan. Ateh sokali lotak whipping cream. Osah sodap e tekau..
da buat nnt jgn lupa org kt sini
Nak benih dia kakpah......
:-)
Ya Allah, photo tu yang tak boleh tahan, gambar tu lebih sedap dari rozel
khairin,
insyaallah...
cklah, betul ke nak ni..
Mak wardah,
kalaulah gambar tu boleh dimakan ye..
terimakasih sudi singgah ..saya sangat suka membaca entri2 di sini...
tetiba haus pulak hehe
Salam kak...sedap ke air rozel ni...dulu rumah mertua anie pun ada tanam pokok ni...tapi tak sempat merasa sebab masa kah*in pokok tu dah mati...
err kawan aku yang ada ladang roselle cakap, daun dia boleh buat asam podaih..
bunga dia boleh jadi macam macam termasuk buat jelly, jem, acar, jus dan apa jua yang berry boleh buat..
khasiat tinggi..
vitamin, mineral semua cukup..
ANTI oksida lagi..
.
.
stok tea roselle aku sentiasa ada..hehe
memang banyk khasiat rozel..paling popular buat sirap.. ianya sedap..
bestnyaaa kak sy duk mencari benihnya tak jumpa2
atau pengat rozel.. erk.. heehehe..
Post a Comment