Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, May 22, 2012

Tidak puas hati

Aku membelek-belek baju yang baru aku pakai  lima nam kali itu. Terdapat noda-noda putih di bahagian depan seperti terkena percikan air clorox. Dengan rasa tidak puas hati aku tunjukkan bahagian yang bercapuk itu kepada hasben aku.
Apasal tu!
Ntah.. macam terkena percikan clorox je.
Mana datangnya clorox
Beli ar..
Apasal beli clorox.
La.. tu kain buruk lap-lap dapur tu nak kena kasi clorox biar putih balik
Tak usah belikan clorox. Habis rosak baju.

Sudahnya simpati yang aku minta berkesudahan dengan aku yang disalahkan. Memang aku tak puas hati. Aku sayang baju tu. Tapi tak puas hati pun perkara dah berlaku.  Bukannya ia boleh kembali seperti sediakala.

Dalam hidup sehari-hari banyak benda yang membuat kita tidak puas hati.
Tidak puas hati pada diri sendiri kerana sering mungkir janji pada ikrar untuk memperbaiki diri.
Tidak puas hati pada anak-anak yang lepas makan letak pinggan kotor dalam sinki.
Tidak puas hati dengan bibik yang memandai-mandai buang-buang benda tanpa tanya dulu sama ada benda tu berguna lagi ke tidak.
Tidak puas hati dengan Jordan yang sering terkencing tepi tayar kereta.
Tidak puas hati pada drebar van sekolah yang sering mengumpat perihal orang sedangkan orang itu sudah tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Tidak puas hati dengan macam-macam hal.

Nothing is perfect
Nobody is perfect

Tak puas hati betul la.
Apa hal..
Orang punya bla..bla.. letak dalam almari tu bla..bla.. hilang bla..bla.. tak tau sapa amek.

Aku kadang-kadang teringin menjadi perfectionist. Tapi cepat sedar diri bahawa aku adalah insan biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan. Dan tidak puas hati kepada sesuatu itu adalah sifat semulajadi  manusia. Mudah-mudahan sifat itu boleh membawa kepada usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Nenda.. nak tengok katun.
Ala.. nenda tengah tengok csi ni.
Nak tengok katun.
Kejap ye..
Aish nak tengok katunnnnnnn....
Tengok kat luar ye..
Kat luar tak ada katunnnnnn.

Memang dia tak puas hati kalau tengok aku baring atas katil sambil menonton rancangan kegemaran aku. Akhirnya terpaksa juga aku tekan butang channel 618 rancangan baby tv kesukaannya itu.

Dua minggu kebelakangan ini dia banyak meragam, merajuk, menangis susah nak dipujuk menggambarkan ketidak-puasan hatinya kerana berkongsi kasih bersama Hafiy, si adik baru.


ibundo


30 comments:

rezeki said...

salam kak pah

ok lagi jordan kencing tepi tayar, ni kucing jantan kabaret mana pi kencing kat wiper , kalau tak perasan kering, bukak aircond , bukan tak puas hati, tapi panas hati , bau hanceng masuk dalam kereta hehehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

kita manusia biasa kak pah, dalam sehari ada je benda yang tak menyenangkan hati kita.cam cik ina ni keja kat opis lagilah banyak benda yg tak puas hati tapi nak buat cam mana terpaksalah hadap dah rezeki kat situ : (

afqhazmi's said...
This comment has been removed by the author.
afqhazmi's said...

salam aunty! pika ni :)aunty sehat? dah lama tak tengok blog aunty ni. erm,comelnya farisssssssss! mesti dah besar tembam pastu comel kan? hehehe. take care aunty :)

Unknown said...

Kalau suami isteri tak puas hati tu, perkara biasa kak pah. Bini kena bnyk beralah, yg laki pun kena bnyk sabar.
Dlm kehidupan kita mmg akan ada hati yg tidak puas tapi kalau sentiasa berlarutan, kita boleh stress kakpah. Tak bagus utk kesihatan, itu yg penting. Melainkan kita boleh kawal perasaan kita, lepaskan perasaan tu dan jangan ingat lagi...hehe...nasihat utk diri sendiri juga ni.

Acik Erna said...

salam kak pah..memang dalam sehari tu..baaanyaaak bona yang raso tak pueh hati kan..tapi pondam an yo..maleh nak bebel..
sian fris..kalau dio kacau nenda yo tak po kaka pah..jangan kacu dik kocik tu..

ibundo said...

pak itam,
haha.. kucing datang ni tak boleh nak buat apa dah. Kita halau macamana pun dia datang jugak dan buat macam rumah sendiri. Tu yang berani tu.

Cik ina,
Tak puas hati dengan kerja, dengan pejabat, dengan bos, dengan kawan.. biasa lah tu.

pika,
salam. aunty sehat terima kasih.

Zana@pb,
tak puas hati suami isteri perkara biasa asal tak sampai bergaduh sakan. Kalau tak, tak adalah asam garam, pahit manis rumah tangga kan..hehe

ibundo said...

erna,
Osah botul e..
Mulo2 dulu ngacau gak de. Tapi lelamo takdo dio usik adik tu. Jeles yang lebih.

tasekM said...

jeles tak pe kak.
jgn dilepuknya sudah...

ibundo said...

tasek,
haha.. memula risau gak.

miloaiskurangmanis said...

manusia kak.. mana ada yg sempurna...
tak puas hati - tak senang hati - tak tetap pendirian... selalu aje datang bersilih ganti dalam hidup kita...

Cik Azz said...

Tang lotak pinggan dalam sinki tu mmg sey pon tak pueh hati gak kak... Makin sakit hati ado laa.. huhu..

dear anies said...

anggap je la sebagai dugaan kak..nama pun hamba / manusia...mn ada yg sempurna

Unknown said...

salam sahabatku...kalau dah sayang camtulah ....kejap je tu ..dah ilang sikit marah tu okeylah kan....eheheh

Anaasuria said...

hee kadang bab tak puas hati ni boleh buat darah naik tak pepasal kan bundo..

nazayiena said...

Salam kak Pah,moga dr ketidak puashati dpt memperbaiki menjadi perkara lebih baik lg.
Biasalah si Hafiy cemburu ngan adiknya lama2 nanti dah boleh terimalah tu.

JunAina said...

Kalau nak citer tak puas hati mau cepat kena darah tinggi. Mulut pulak membebel2 tambah dosa... Kadang2 bermuhasabah diri sekali masa ingat lepas tu berkali2 lupa...

Luahan perasaan terpaksa kongsi nenda dengan baby...

Unknown said...

manusia memang tak lepas dari penyakit iri hati dan tak puas hati.
tahniah sebab dapat cucu lagi..wah bertambah sibuklah kak pah kan

sal said...

tahniah dpt satu lagi cucu...
moga cerianya bertambah2...

tk puas hati..perkara biasa yg melanda kehidupan..klu sikit2 tu mungkin sihat walafiat.adat manusia...insyaAllah trkawal..amin..

GREENJADE said...

salam sis..lama x mnjengok sini

betul lah sis..hidup ni tak lari dr rasa tak puas hati itu ini begitu begini..

o ya sis..ada gift yg belum dituntut ni..jgn lupa email address ibundo to tinie_an@yahoo.com..dh lama nk post asik tertangguh disebabkan ksihatan yg merundum2

Unknown said...

singgah pagi2 klik2..

ibundo said...

miloais,
kalau kita sedar kita ni tak sempurna, eloklah. Yang tak eloknya kalau tak sedar.. asek percaya diri tu betul je..

cik azz,
haha.. akhirnya kena buat sendiri

Khairin,
Tang tu yang boleh buat hati lembut tu.

KarismaM,
Kalau tak puas hati dengan cik abang tak jadi hal. Kejap je..

Anaa,
haa.. bab naik darah ni yang bundo takut ni.

ibundo said...

Nazayiena,
salam kembali. Cemburu sikecil tidak kemana pun kan? Sekadar melepaskan rasa takut kurang disayangi.

Jun,
Kalau boleh memang tak mahu membebel. Tang darah tinggi tu mm.. memanng bundo ni dah ada darah tinggi pun hiii..

kakinakl,
Apa kabar ina. Lama dah tak berjumpa. Cucu memang dah bertambah ni seiring meningkatnya usia.

ibundo said...

Sal.
amin.. pandai-pandailah kita mengawal perasaan.

Green jade,
Salam kembali. O ye ke.. Nani diusahakan.

KarismaM,
salam pagi. U dah datang dua kali tapi komen semalam pun belum berjawab haha..

Kakzakie Purvit said...

Selagi masih ada nafas selagi itu ada rasa tak puas hati. Rumah kecik nak besar, rumah besar nak besaarrr lagi...

Gaji seribu nak 2 ribu, dah 2 ribu nak 3 ribu.. begitulah seterusnya kakpah.

Faris beruntung sebab ada nenda dia walau mummy dia berpantang banyak tempat dia nak meleset manja...

ASH said...

"Tidak puas hati pada drebar van sekolah yang sering mengumpat perihal orang sedangkan orang itu sudah tidak ada kena mengena dengan dirinya"
.
.
.
aku tak puas hati kalau aku tak tau siapa...hahaha
.
.
.
ooopppss..astaghfirullah!

Ena said...

heheh..

gitu la kan kakpah.. aternye kita manusia biasa.. tak sempurna..

iina said...

Biasalah kak.. kdg2 bukan sekdar nak perfect tapi kdg2 nk cepat juga ;)

Unknown said...

yelah setakat mana kita nk marah dngn org tersayang...smua kita ada baju kegemaran yang di pakai segera selepas kering ...sehingga lusuh ...warna apa kegemaran kawan2??saya suka hitam

ibundo said...

kak zakie,
nak puaskan hati itu yang susah.

ash,
haha.. kalau gosip tak sampai ke telinga aku balik takdelah aku tak puas hati dan sakit hati.

ena,
kita memang tak perfect kan?

Karisma merah,
samalah kita. Bundo suka hitam juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...