Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, May 3, 2012

Tong Oren

Kalau ke Mekah aku dan hasben suka beli tong air macam tong air zamzam di masjidil haram tu. Aku ada beli satu tong yang sama besar macam yang ada dalam masjid. Tapi warnanya oren.  Warna tong air zamzam tu tak ada dijual.  Pergilah mana-mana pun.  Yang ada warna oren.

Tong besar tu aku beli beberapa tahun dulu.  Bagus tong tu.  Banyak gunanya.  Kalau diisi dengan air batu, sejuknya akan tahan lama.  Lama sangat. Aku selalu gunakan masa kenduri kendara.  Aku selalu gunakan masa sukan tadika juga buat air batu untuk diorang minum.

Dua tahun lepas, pada hari sukan tadika, hasben aku masukkan tong oren itu bersama dengan peralatan sukan ke dalam STORM yang hasben aku pinjam daripada kawannya.  Nak dijadikan cerita, semasa aku mahu menyusun-nyusun peralatan sukan dan juga peralatan lain aku dapati ada di antara barang-barang yang tidak ada di padang padahal semuanya sudah dimasukkan ke dalam STORM.  Tong air itu juga tidak ada.  Aku tanya hasben aku dia cakap  entah.. mana pulak perginya.

Bila Imah dan Kirin datang ke padang dia mendapatkan aku dan berkata;
Mak.. tadi kitorang nampak ada tong oren tergolek tepi jalan.  Tong sapalah agaknya ek.  Sama pulak tu macam tong kita...

Aku yang dah menggelabah sebab alat sukan banyak yang tak ada dan tengah rasa nak menangis sebab sukan dah nak start, terus meluru ke hasben aku.
Bang!! Barang-barang kita cicir ke

Iye agaknya.  Abang memang tak tutup pintu belakang tu sebab tak boleh tutup.  Barang penuh.

Aku terus heret hasben aku masuk dalam kereta dan pergi cari balik kat jalan yang kami lalu tadi.  Memang betul pun. Alat sukan aku kat sini satu plastik, kat satu satu plastik, kat sinun satu plastik.  Tong oren tu pulak elok tegak tepi jalan.  Agaknya ada insan marhaen yang tolong ketepikan ke pinggir jalan.

Begitulah ceritanya.  Alhamdulillah sukan aku berjalan dengan lancar. Dan air batu dalam tong oren tu tetap sejuk..

Tahun-tahun selepas aku beli tong oren yang gedabak itu, aku ada beli beberapa yang sederhana besar pula. Lama  aku guna sehinggalah plastik dalamnya meleding. Aku pun tak faham kenapa dia boleh jadi seperti itu.  Mungkin sebab kadang-kadang isi air batu, kadang-kadang isi air panas.  Sekejap dia kembang sekejap dia kenyut sampaikan dia dah tak tahu mana satu nak ikut. Oleh sebab tak boleh pakai lagi, aku buang.  Jangan salah paham.  Tong oren yang gedabak yang tergolek tepi jalan tu masih bagus sampai sekarang.

Umrah baru ni hasben aku tanya nak beli tong air tak. Aku kata kalau dia sponsor, belilah.  Semasa aku shopping kat supermarket di safwa tower, aku ternampak tong air berwarna oren dengan saiz yang aku pekenan.  Cukup mengisi air minuman untuk duapuluh orang atau lebih sikit minum. Aku beli.  Hasben aku bayar. Dan aku bungkus cantik-cantik dengan beg plastik yang harganya sepuluh riyal. Di sekeliling tong itu aku letak baju-baju busuk bekas umrah. Aku ikat dengan tali dan di luarnya aku letak alamat dan nombor telefon. Malangnya bila sampai di madinah, tong air itu entah kemana lesapnya. Hilang ghaib tak tahu kemana pergi.  Aku dah pasrah yang sememangnya baju-baju (baju umrah sekarang ni mahal weh), kain ihram dan tong oren itu tidak mahu ikut kami balik ke malaysia.

Sehinggalah aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang seminggu selepas kami balik. Dia mengatakan beg/tong aku yang hilang itu ada di klia dan dia akan membawanya ke opis andalusia supaya aku mengambilnya di opis andalusia saja.  Alhamdulillah.  Memang dia masih rezki kami.

Maknanya, kali ini aku pergi umrah aku bawa balik dua tong oren.  Oleh sebab menyangka tong yang aku beli di mekah itu dah hilang, aku beli satu lagi di bin dawood ketika kami berada di Madinah.

Nota: lain kali aku ambil gambar tong oren ini.

Sekian.

ibundo

14 comments:

kaklong said...

yang tak menahan tu,orang lain yang boli orang lain yg bayar....good jobs...wakakakak!

Cik Azz said...

Kalau dah namo ehh rezeki Kak Pah, macam mano pun akan jadi milik Kak Pah jugak... Alhamdulillah...

kakngah said...

banyak jasa tong oren tu...

pB said...

As salam kak pah


baru nak tanya ...
mana gambor nyer ??


he he he

lupekanje said...

Kenyut kak? first time donga pekataan kenyut...hehhehe..
kalu ada lobih tong tu, jual kat acik kak..elok simpan satu kat umah. Naper masa acik pegi tu, tk nampak pun ado tong oren?
Ok..lotak gamba eh dulu..

miloaiskurangmanis said...

iols teruja nak tengok gambo tong oren tu...
banyak dah jasanya....

AzeedA said...

ciyan tong oyen tadek gambornye heheheee
dlm kepala otak ni terbayang tong mcm tongsampah tu tp warnenye oren ;)

mamawana said...

mesti comel tong oren nih...heee

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Bila kak Pah cerita pasal tong air zam-zam tu terbayang tong2 putih tu yang berderet di dalam Masjidlharam.

Semoga Kak Pah sihat sekembalinya dari Mekah.

ibuintan said...

nak nengok gamba ea ... nanti post gamba tong oren ye Kakpah, teruja lak camno ghupo ea

ibundo said...

salam. Kakpah tengah bercuti di jogja sekarang ni. Nak tengok tong oren tunggu kakpah balik.

rezeki said...

salam kak pah

saya tgh bayangkan tong oren empat segi tu yg letak ikan kat pasar hehe

selamat bercuti kak pah , kirim salam sama neng2 di sana hehe

ibundo said...

pak itam, mana ada empat segi..

ASH said...

hehehe...
.
.
.
aku tau gelak jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...