Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, June 5, 2012

Universal Studio

Dua malam saja aku di Spore. Khas untuk pergi Universal Studio. Keluar hotel pagi ahad tu pukul 8.30, cari breakfast dulu sebab imah cakap sebelum masuk US, makan dulu kenyang-kenyang. Nanti kat sana takut susah nak cari halal food. So, makan nasi lemak yang tak lemak langsung.  Sambal tak cukup kaw dan seciput pula tu. Sambil makan sambil mengutuk cakap nasi lemak kat rumah lagi sedap. (Tak baik kutuk makanan tapi selalunya hati tak mahu mengikut cakap akal).


Sampai di sana orang dah berpusu masuk.  Ingatkan masuk pukul 10 rupanya pukul 9 dah buka. Aku tak adalah seexcited imah dan kirin sebab aku memang dah tahu tempat-tempat macam ni lebih kepada permainan anak-anak dan orang muda. Aku tengok track roller coaster tu saja dah seriau. Apa lagi nak naik.  Mahu kejung sebelum sempat sampai ke bawah.

Dengan peta di tangan, tempat pertama yang dituju mendaalah tu lah. Aku tunggu di bangku yang disediakan sambil tangkap-tangkap gambar orang lalu lalang. Sambil jaga bag-bag diorang.


Aku sampai sekarang memang tak faham apa yang seronok sangat naik benda ni.
Tu gambar hujung adalah gaambar dua orang kanak-kanak besar yang baru saja selesai menaiki coaster. Yang seorang berlagak habis.  Yang seorang lagi menahan senak perut kot.

Lepas itu mereka heret aku masuk ke tempat transformers.
Diorang cakap, tak apa mak try yang ni.  Yang ni naik kereta je, tak ada pusing-pusing.
Aku lihat di pintu entrance ada papantanda warning mengatakan orang yang pregnant, yang ada sakit jantung, yang ada hypertension, yang ada penyakit, tak boleh masuk. Aku lihat keliling aku ramai orang yang baya-baya aku beratur sama.  Jadi, aku buat konklusi sendiri yang mainan ni memang tak ada bahaya sangat.
Aku beratur.
Aku ambil cermin mata 3D.
Sampai hujung-hujung dah dekat nak mula game, aku dengar orang jerit-jerit di dalam. Aku pandang muka imah dan kirin. Relek mak..relek.. tak ada apa-apa .
Memanglah relek bagi diorang.  Aku yang dah dagdug dagdug tak boleh nak patah balik. Aku ikut je lah.
Mula-mula memang relek. Kenderaan bergerak perlahan dan dengan memakai cerminmata 3D, semua nampak real. Transformers nampak tinggi besar macam gergasi. Aku teruja. Tapi sampai kat tempat perang, kenderaan sama ikut bergegar-gegar, kena angkat, kena hentak.  Adei.. aku tutup mata aku sepanjang-panjang masa selepas tu.  Sampailah habis. memang semput aku dibuatnya.



Lepas tu kalau diorang tanya,
mak nak masuk tak.
Aku jawab, tak.. mak tunggu kat luar je.
Melainkan tempat yang ada show kat dalam dewan seperti di far far away.  Aku masuk. Seronok tengok donkey yang pandai bercakap dan juga adegan 4D shrek.
Ataupun naik perahu di madagacar.  Aku join.
Ataupun tengok show di underworld. Ramai yang basah kuyup di sini kena sembur dengan air.
Aku cakap dengan kirin, diorang ni tak ada kerja ke sembur-sembur penonton dengan air.
Kirin cakap, tulah kerja diorang mak.. Memanglah susah aku nak faham.

Ada satu yang aku tersalah congak.  Aku lihat ada satu ala-ala cable car yang bergerak perlahan. Tinggi pun tak adalah tinggi sangat mengikut perkiraan aku semasa berada di bawah. Rel pun aku lihat pendek saja. Jadi, aku termakan pujuk rayu imah dan kirin untuk naik sama.


Yang sebelah kiri tu gambar kirin aku snap semasa aku berada di dalam satu car di belakangnya dengan imah. (Kemudian aku kena simpan kamera). Bila tiba car aku naik sampai kat situ, aku dah mula gayat.  Tengok bawah sayup. Rupanya rel dia bukanlah lurus dan bengkok sikit-sikit saja. Ada satu bahagian tu yang ada loop. Terjerit-jerit aku. Dan sepanjang-panjang perjalanan yang tak sampai pun lima minit tu, aku terus menerus tutup mata. Berhenti je, lutut aku menggeletar. Haha padan muka aku.
Gambar dua kanan tu aku ambil semasa di bawah.  Duduk-duduk atas bangku sambil menunggu diorang yang tengah mengeksplore the lost world










Gambar-gambar yang aku curi-curi snap semasa menunggu diorang.

Kami lunch di restoren halal oasis. Makanan mahal.  Drinking water je 3 dollar lebih. Walaupun di sini banyak stall dan food court, janganlah beli sembarangan. Takut termakan yang tak halal.
Surau ada disediakan di bahagian Sci fi tapi kecil saja.  Sekali sembahyang muat untuk enam tujuh orang.  Tapi nak tunggu turn pun tak de lah susah sangat sebab yang ingat nak sembahyang ni boleh kira dengan jari.



Rumusan:
Memang berbaloilah duduk seharian di sini.  Hampir jam 6 baru kami keluar. Itupun tak terus balik hotel.  Singgah di Orchard road makan Mc D. Nak makan nasi dah tak larat sebab terus menerus makan nasi dari malam ke pagi ke tengahari.

Sekian. 

ibundo


19 comments:

Acik Erna said...

assalam kak pah..lain kali jangan makan pujuk..he he..saya memang tak mkan pujuk kak pah..mintak maaf yo lah..maun kejung tak bangun2 laie dek takut e..

amn said...

salam hajjah


saya yg d seberang tambak ni pun last sekali jengah singapura 1994,,

anaa said...

waaahh best nya bundo.. dalam dok careful, terkena gak naik menda2 tu ekk.. haha.. best kan.. saya pun gayat bundo, tapi hati tetap beso nak cuba...

~ Cik Azz ~ said...

Sey ni teringin gak nak poie situ kak.. Dulu maso dok Johor salu gak masuk Spore tu.. Tapi maso tu bondo2 mcm ni bolum ado laie.. hehe..

Kok nak bawak anak2 buah ikut sokali mmg parah laa... Tapi kok takdo budak2 yg join, tak best la pulak, kan.. haha...

miloais milo said...

konpem lah kalo iols pegi ke situ - iols juga akan jadik penunggu kat pintu dan jadik tukang snappy2 aje...

Karisma Merah said...

salam pagi..memang kalau dah berusia ni tengok roller coaster pun rasa nak terkucil.....apa2 rehatlah setelah perjalanan panjang...nasi lemak kalau sambal tak sedap mmg tak kaw..

Granny Hani said...

Hahaha...teringat pengalaman saya kat disneyland dulu..saya ni tergolong dlm org yg penakut tegar..mainan anak2 pun saya tak berani naik..sudahnya duk tunggu anak2 kat mana2 bangku berdekatan lah..takut2 kak pah pun berani cuba gak, syabas!

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Seronok baca cerita kak pah. Saya ni dah setua ni sampai setahun Johor saja. Belum pernah lagi ke Singapura, hati tu teringin sangat.

KhaiRin : anies said...

seronoknya! sy da lama pasang impian nk ke sini... mudah2an lps raya nnt tertunailah hajat kehendaknya...

pB said...

as salam kak pah


pB pun lama dah dok teringin nak gie ke tempat nie .....

JunAina said...

Hajat dihati nak juagk pergi. Anak2 pun dah dok bunyi2 bila tengok kak pah pergi ni mak pulak dok teringin nak pergi.

Kakzakie said...

Kakak memang tak berani kakpah. Zaman anak dara dulu kakak memang jenis macam Iman dgn Kirin enjoy walau jerit-jerit...

Surau di sana satu bersih kakpah. Masjid dia lagilah class. Sayangnya macam kata kakpah tak ramai yg menggunakanya..

S..U..D..@..I..S said...

fotografer ni hebat betoi ...suka sgt tgk pic2 kakpah terbaek!

julietchun said...

saya bukan saja rasa nak kejung,rasa takde organ dalaman dah pas naik semua benda alah tu.

~~zana@pb~~ said...

Faktor usia kdg2 jd penghalang...hehe..(alasan org penakut)
Dulu2 zana ni lasak jg tp skrg, nak melintas parit atau sungai.....ketaq lutut...:-)

mommyNadia said...

salam ziarah...
eee..bestnye blog ni..lenkali nak ziarah lagik ;)
so sweeet!!

ibundo said...

erna,
nak cubo berani beranikan diri. nampak e sekso jadi e haha

amn,
mak oi.. lama dah tu. Sibuk kerja kot.

anaa,
beranikan diri je. Tapi rupanya tak boleh.

azz,
bondo tu tuk bebudak. Dioranglah yang menyeronokkan keadaan. Kok kito kito yo.. mmm.. baik poi shopping hehe

miloais,
bolehlah geng dengan bundo ni.

ibundo said...

karisma merah,
Boleh berhenti degup jantung pun ye jugak.
Kpah ni kalau makan nasik lemak, sambal mesti banjir. Bila tak cukup sambal tu yang buat terkulat-kulat jr tu.

GH,
Dalam hati ni kembang kempus allah je yang tahu. Takut terkejung terus..

Kunanng-kunang,
Spore ni kecik tapi banyak tempat menarik. Sayang kita malysia ni tak gunakan semaksima mungkin kawasan untuk menarik pelancong.

Khairin,
Pergilah.. memang berbaloi duit yang digunakan untuk membeli tiket.

ibundo said...

pb,
salam. bawak anak-anak pasti diorang seronok.

Jun,
bila anak-anak dah bebunyik tu eloklah bawak hehe..

kak zakie,
ntah apalah yang seronok sangat naik benda2 tu.
Spore ni memang bersih. Kadang2 kita ni termalu dengan pelancong yang datang bila tengok tempat kita tak sebersih mana pun.

sudais,
dah memang tak ada kerja lah tu haha

juliet,
haha.. tegolak den.

zana,
betul tu. Zaman muda, longkang besar pun berani lompat. Sekarang? Takut terjerlus terus masuk dalam longkang.

mommy nadia,
tk kerana sudi datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...