Sekarang apa cerita?
Ayam percik aku tengah terpanggang dalam oven. Kejap lagi masak. Lepas tu nak snap gambar dan masukkan resepi dalam dapur aku. Kalau nak resepi yang aku masak main campak campak ni, pergilah jengah dapur aku. Bukan riak tapi resepi campak-campak, aku abadikan di dapur masak supaya anak-anak aku yang sememangnya tak reti masak boleh buat rujukan.
Lepas tu?
Nak pergi bandar tun razak menghadiri majlis pertunangan anak buah. Kek dan cupcakes dah bagi semalam jadi harini tak payah nak terkocoh kacah ke sana. Relek-relek dan ambil masa yang tenteram baru pergi. Lagipun majlis pukul tiga baru mula. Agak-agak zohor sampai sana kira okaylah. Masing-masing aku sarankan makan nasi dulu kenyang-kenyang. Kalau tak nanti nak tunggu majlis selesai baru makan, mahu kebulur. Tetapi sesekali biarkan perut menggelupur kelaparan kira okay juga kan? Sekurang-kurangnya dapat merasakan bagaimana rasanya orang yang berhari-hari tak makan makan dan asek minum air paip saja.
Lepas lepas tu?
Minta tolong ayah faris hantar aku dan kirin ke klcc. Aku ada flight nak catch pukul 7 lebih. Pergi mana? Nak pergi US.
Iya.. nak pergi US.
Tapi US yang kat seberang tambak johor tu je haha..
USS. Kira nak pergi singapore lah ni.
Kalau tak ada cerita ni, aku memang suka cakap merapu.
Sekian.
ibundo
13 comments:
biar deh merapu...
den totap baco...
hahahah!
Kak Pah cuti2 dekat singa ye...nak itot...:)
Hehe.....hubby zana selalu kosongkan perut kalau ada kenduri kawin, baru la nikmat mkn masa kebulur tu..
klia kot kak. hehe
iyo lah kak pah baco totap baco.
kek klcc ado kapaterobang ko kak pah..
Selamat ke USS kak pah.
dari klcc naik train ek...?
ada mase kita ilang idea yong wei...selamat hari yang baru ...
apa-apa je la Bundo... ;p
konpius jap - jauh gak dari KLCC nak ke KLIA or LCCT tu kak... harus kena transit and tukar naik ERL kat KL Sentral!
happy holiday ye kakpah! :D
merapu yang menghiburkan.. sukaa.. :)
Post a Comment