Pagi tadi aku ada idea nak tulis sesuatu di sini. Tapi bila aku ke kedai dan berjumpa dengan majalah midi ni, terus idea aku bertukar kepada nak menulis hal MIDI ni pula. Seorang kawan pernah memberi suggestion supaya aku menawarkan diri aku masuk jadi "model" wanita separuh umur dalam majalah ni. Aku cakap aku taknak sebab aku tak layak. Aku dah tak MIDI lagi sebab aku dah bertukar menjadi MAXI hehe..
Okay, cakap serius.
Walaupun wanita cantik ini bertutup muka tetapi melalui matanya kita boleh kenal dia siapa. Ia seorang wanita yang berjaya di dalam perniagaan walaupun masa mudanya penuh dengan onak. Aku kagum dengannya dan selalu juga berangan-angan ingin menjadi berjaya seperti dia.
Bukan. Itu bukan intipati cerita aku. Apa yang aku nak cerita di sini adalah, dalam majalah MIDI keluaran 1 ogos, ada dimuatkan beberapa resepi aku. Ada 6 resepi yang berasaskan mee. Siapa yang nak cuba, belilah majalah MIDI 1 ogos. Yelah.. itu kalau nak cuba.
Tapi satu yang aku tak puas hati. Link ke dapur ibundo tu salah. Kalau korang masukkan address blogspot itu untuk ke dapur ibundo, sampai bila pun tak dapat.
Walau bagaimanapun, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ayu dari MIDI yang telah memberi peluang kepada aku untuk mengambil ruang di dalam majallah ini.
Asalnya dulu aku wujudkan Dapur Ibundo adalah untuk aku perturunkan ilmu masak yang ada serba sedikit ini kepada anak-anak. Tidak aku sangka pula ia menarik minat ramai orang. Alhamdulillah apa yang aku tahu dapat aku kongsikan bersama orang lain.
Dapatkanlah senaskah majallah MIDI ya...
Selamat masak-masak dan selamat berbuka puasa.
ibundo
32 comments:
Alamak! macamana boleh salah link pulak?
Sepatutnya, letaklah gambar Kak Pah sekali (Kak Pah tak nak ya?)
alamak, sayangnya dah dapat masuk majalah tapi salah link
wah glamer u!
tahniah kak pah..pasni glemer le dapur ibundo hehe.Tumpang gembira.
Tadi pi alamanda cari kulit popia nak bikin roti balut popia:)
pemes dah ko kak.
nak lagi tak kawan dgn aku nih...
:D
.
Bestnya msk majalah MIDI dan share resepi di sini,tu le sayangnya salah link diorg tulis.
kak pah memang majalah yang se boli la ni..majalah MIDI..tapi yang baru ni lom boli..sobab bulan poso ni tak keluar...poi kojo ..balik kojo yo tapi tak kokodai.
TAHNIAH kak pah..nanti kalau ado poi kodai se boli majalah ni
kakcik,
takper lah kakcik. Dapat masuk majalah pun dah kira ok sangat dah.
kog,
kalau pandai, masukkan je dapur ibundo, nanti pakcik gugel tolong carikkan.
khairen,
hikhik..
CM,
jadi buat ke..
TM,
nak tegelak ada aku ni. nak marah pun ada. Aku bagi kau penampa sekeping nak?
Naza,
hehe takper la.
Acik erna,
sok sok kau tunggu pulak buku resepi kakpah keluar yo haha.. borangan lobeh. Tapi boranganlah dulu kan? baru realiti menyusul kehkeh..
Tahniah Ibundo. Tapi sayang sungguhlah sebab salah alamat....
wah bestnya...kakpah. lepas ni buat buku resepi pulak, siap dengan gambar2 yang kak pah ambik . kak pah pandai ambik gambar
Tahniah Ibundo..makin glemesssss
Tahniah kak.. Bilo la blog dapo sey lak nak masuk majalah ni... hihihihi... tak ngagak tuuu...
Skang ni kok ado yg nak blog dio masuk kek tv, buleh yoo hantar emel kek Zamzarina si pengacara rancangan Apa Kata Wanita tu..
Hari tu sey tengok blog Cik Tom yang koluar..
As'salam Ibundo cayanggg
kerinduan nak menjengah blog dapur bundo meluap2 rasanya, tapi kesibukkan ct mengatasi segalanya. Tapi hari ini ct datang nak mengucapkan TAHNIAH buat bundo yag rajin memasak, dengan menu yang sering kali meletop2 bila terhidang.
Emm.. tu lah dia macamana boleh tersalah letak link bundo tu, kesian pada kawan2 yang nak singgah tu nanti. agaknya masa mengeluarkan majalah ni diaorang tak tengok betul2 kot, atau tersilap tu. apa pun semoga Ibundo sukses selalu ya Bundo, Tahniah sekali lagi dari ct..muahhh!
salam perkenalan akak..
:D
dayah follow blog akak sekarang..
dayah tertarik dengan tajuk entry akak nih dari blog kak cik..
:)
banyak ilmu kat sini , rugi pulak kalau dayah follow..
hehe..
tahniah kak..masuk majalah..
dah salah link nak buat cemana lagi ek..
tapi rasanya kalau ada yang google mungkin boleh jumap jugak sebab tadi dayah cuba google , boleh jumpa jugak la link nya..
hehe..
Tahniah..
makchaq pun beli majalah MIDI.. sesuai.. kalau majalah REMAJA tak sesuai pulak..
Kena cuba resepi ni.. kami sekeluarga memang suka makan mee
Tahniah..
makchaq pun beli majalah MIDI.. sesuai.. kalau majalah REMAJA tak sesuai pulak..
Kena cuba resepi ni.. kami sekeluarga memang suka makan mee
Tahniah,hajah. Mula- mula diblog, then majalah, after this...buku resepi. InsyaAllah, ya Hajah?
wahhh! tahniah! nanti saya beli dan cakap ngan mak, ni kawan saya ni mak :D
kelassss makkk.. toinkkk tabik springg..
Amie,
takper.. kalau pandai cari boleh cari tu.
cikgu normah,
itulah cita2nya. kalau dah terlaksana nanti kita warwarkan hehe
mamawana,
ala.. sipi2 je.
cik azz,
oo yo ko. Takpolah. Malehlah poulak ghaso e nak nonjolkan diri bona hiii..
CT delima,
macamana tak sibuk kan? Ct ni macam-macam projek ada. Ct ni salah seorang yang menjadi inspirasi bundo untuk lebih rajin mencuba masakan baru. Tahniah juga pada ct yang sudah kerap benar keluar masuk majalah. Bundo dah beli buku ct tau...
hidayah,
salam kenal juga dari bundo. dan terima kasih kerana follow blog bundo ni yang tak sehebat mana pun. Semuga di antara yang tak hebat tu ada sesuatu yang boleh dijadikan teladan.
Selamat berpuasa pada dayah.
kak hajah nora,
cita-citanya macam tulah kak nora. Nak nak cita2 saya tu kesampaian.
ana,
hiiii...
Juliet,
jangan lupa suruh emak ko jadi follower aku tau hahaha..
makchaq,
Kalau ada majalah maxi, kakpah ni lebih padan untuk membacanya hehe..
wahhhh...
majalah MIDI youuu..hehe
.
.
terbaekkkk!!
tahniah sesangat dari sya
sya pulak yang terlebih suka
banyak membantu sebenarnya blog yang ada resepi ni
terutama pada orang yang kurang pandai masak macmam sya :)
Assalam Ibundo, tahniaaah yaaa...mmg Ibundo layak dapat perhatian dr majalah2 ni...resepi2 Ibundo semuanya mantops dan menyelerakan...tumpang bangga...! Semoga terus sukses ya Ibundo...
banyaknyaaa resepi Mee Ibundo. Apa la diaorg salah taip. rugi lah.
wah blog Azie Kitchen pun ada. tak tahu pun pasal ni sehingga diberitahu CT Delima
Salam perkenalan.. Tahniah ibundo nampak menarik makanan kat sini best nyerrr.. :D
Tahniah kakPah... wah tak lama lagi glemer ar... ramadhan tahun ni masuk majalah moga2 ramadhan tahun depan masuk tv plak... bestlah kakPah ni..
Yeay!!! Conrats Kak!! Tak sesia memblog pasal resepi. Berbudi pada blog ye kak? ehehehehe..
Next> mag RASA pulak :)
Tahniah kak Pah
wow... sangat menarik... hebat sekali.
Post a Comment