Pertama sekali minta maaf banyak-banyak sebab tak membalas komen di bawah. Semalam lepas buat posting, terus tutup laptop tak bukak bukak sampai sekarang. Sebabnya, sibuk memasak. Maklumlah dah dekat nak masuk bulan puasa, kenalah makan banyak-banyak. Haha... acah je tu. Bukan itu sebabnya. Aku anak beranak termasuk bibik bibik sekali sibuk masak sebab ada order nasi lemak pandan dari opis imah.
Terlanjur bercakap pasal nasi lemak pandan, aku nak buat iklan @promosi di sini bahawasanya pada bulan ramadhan ini anak-anak aku ada yang nak berniaga nasi lemak pandan dan nasi lemak carrot di tapak gerai ramadhan bertempat di Pasar Bandar Baru Bangi seksyen 1. Ia adalah resepi luar biasa hasil SALERO IBUNDO.
NASI LEMAK CARROT
NASI LEMAK PANDAN
Sila datang ke gerai SALERO IBUNDO
Tapak gerai Ramadhan
Pasar Besar Bandar Baru Bangi
Fasa 1
Sekian iklan tidak berbayar.
Selamat menyambut Ramadhan al mubarak semuga amalan dan iman dipertingkatkan.
ibundo
14 comments:
jauh jugak kalau Cm nak pi pasar ramadhan Bangi...telan air liur je lah hehe.Selamat berpuasa kakpah..
CM
Selamat berpuasa cm. Ala.. orang pandai masak macam cm tak payah dah beli beli...
yummeh!
salam ramadan buat akk sekeluarga!
nampak sedap....selamat berniaga
Semoga dimurahkan rezeki.
Ala kak pah ni (sambil pintal pintal rambut)..mana ada...kita tak pandai la kak pah....ok ok nanti kita pi kat selero Bundo..kak pah ada tak kat sana?:)p
Esok insyaAllah nak pi Bangi.. Kat mana PR ni.. Pukul berapa bukak?
Alhamdulillah... berniaga pulak ya kakPah.. nasib baik jauh kalau dekat boleh aku beli nak rasa, mcm pelik je..
semoga perniagaan bebudak tu maju dan sukses di bulan ramadhan ni..
jauh nak nak poei ...
siapa tunggu gerai nye kakpah?
Dak Usin Bolt ke?
first time dengar nasi lemak pandan... see how, kalaau ada rezeki, boleh la bila2 singgah situ.. takut tak sempat nak kejo amik anak je..
Salam Kak... tak pernah dengar ada nasi lemak karot atau pandan...
Rajin sungguh anak2 akak berniaga ye...
Salam Ramadhan al mubarak ibundo,
Tahniah! :)
Post a Comment