Hari pertama puasa keadaan dapur aku agak huruhara dengan anak-anak yang sama-sama turun tangan. Anak yang ini buat itu. Anak yang itu buat ini. Aku lagilah. Berpencak silat sampai tak cukup kaki tangan. Dan tak cukup lantai jugak sebab terloncat sana sini.
Pukul 3 setengah lebih kurang, anak-anak aku load barang dalam unser dan berdesup pergi ke lokasi
Begitulah cerita permulaannya lebih kurang.
Semalam semasa ke pasar membeli sayur dan barang keperluan memasak, Gee terjerit-jerit dari jauh sambil datang mendekati aku.
Akak nak meniaga ke tak. Kalau tak, kitorang nak pulangkan balik duit bayaran tapak tu.
Aku jeling-jeling anak aku sambil aku kata, ntah.. dia ni ha. Cubalah tanya dia.
Anak aku jeling jeling aku balik, mak ni!!!
Sambungan daripada cerita permulaan tadi, petang itu berlalu dengan pelanggan yang tidak berapa ramai yang datang. Antara faktor yang kami dapat simpulkan:
-hari pertama puasa orang ramai balik kampung.
-tahun ini adalah tahun pertama kawasa pasar basah bandar baru bangi dijadikan pasar ramadhan dan ramai yang tidak tahu akan terdapatnya pasar ramadhan di situ.
-orang berpusu-pusu ke pasar ramadhan fasa 1 berdekatan dengan shell kerana tempat itu sudah established.
Tapi percubaan pertama yang dianggap gagal itu telah membuatkan anak-anak aku patah semangat. Semangat yang terkobar tahap maksima merudum terus ke tahap paling bawah. Mungkin lebih bawah daripada yang bawah.
Bukan duit semata-mata yang mahu dicari. Yang ada ini pun insyaallah lebih daripada cukup. Cuma ingin menjinakkan diri anak-anak dalam dunia perniagaan. Tambahan pula aku memang minat memasak dan ingin memasarkan kebolehan serba sedikit ini.
So.. macamana. Nak teruskan ke taknak?
Entahlah..
Tapi bagi hasben aku, pendapatnya mudah saja.
Tak payahlah meniaga bulan puasa ni. Penat. Nanti malam dah nak tarawih. Kalau dah penat, tarawih pun tuang nanti.
Begitulah ceritanya. Menjual nasi lemak pandan dan nasi lemak carrot yang diwarwarkan itu sekerat jalan pun tak sampai. Namun semalam tempahan nasi lemak carrot 60 bungkus semacam menjadi pengubat kepada cita-cita yang tidak kesampaian.
Sekian.
p/s tajuk tu kena sipi-sipi je. haha saja nak bagi gempaq .
ibundo
11 comments:
Saya setuju dgn hasben hajah. Apa kata jual aje dari rumah. Kalau ada permintaan, hajah supply. Taklah terkejar-kejar.
alahai kakpah ni...
aku baru je nak terjah tapak gerai..
.
.
.
tapi mulanya saya ingat kut kat shell sana tu juga.
kenapa tak ambik tapak seksyen 3 jer?
at least established la juga!
Salam, Kak Pah.
Kalu dah rezeki tu tak ke mana. Yang pasti semangat gotong-royong dan bersatu hati tu, tabik lah..!
kak hajah nora,
nampak gayanya macam tulah kak nora..
ash,
hehe..orang baru mula nak jinak-jinak.
azie,
selamat berpuasa azie..
saya adalah org yg sependapat dgn suami Bundo... hehehe...
saya bantah keras en.suami saya nak niaga air tebu... hahaha...
aah kak ..
ada rejeki x akan ke mana ;)
insyaallahhh ...
tunggu orang order lagi mudah, untuk kita² yang meniaga untuk suka² ni kan
Salam Kak... apa yang terjadi tu ada hikmahnya..hanya ALLAH yang tau ...Insyaallah ada rezeki lain dari kegagalan tersebut...
pengalaman tu yang penting bundo..
Salam kenal...
memang respek ngan org berniaga ni, nak buat tak reti...hehehehe
Salam kakpah...bagus juga kalau ada minat tapi memanglah penat.
Post a Comment