Jumlah semua? Anak-anak yang lapan ditolak satu kerana berada di kuala nerang. Tinggal tujuh campur menantu tiga orang, jadi sepuluh. Campur aku laki bini, jadi dua belas. Campur abah, tiga belas. Campur bibik dua orang, lima belas. Masuk Faris dan Maryam yang sama-sama sibuk di meja makan, jadilah tujuh belas. Itu tak termasuk baby yang hanya tergolek-golek dalam basket.
Hari-hari aku sediakan makanan. Tak perlu ke pasar ramadhan cari makanan tambahan kerana yang aku masak pun lebih daripada cukup. Memang hari-hari aku masak sedap-sedap (erk..) untuk meraikan mereka yang berpuasa ini.
Kalau keluarga besar macam ni, tentulah aku masak banyak kan? Kalau masak nasi biasa, aku akan masak 8 pot (pot rice cooker) nasi. Kalau masak nasi 'luar biasa' aku masak 10 pot. Bila masak nasi ayam, aku perlu masak 3 ekor ayam sederhana besar. Begitu juga dengan ayam percik aku perlu masak 3 ekor. Kalau masak dua ekor, mahu ada yang makan kuah dan jilat jari je kang. Bila buat siakap masak masam manis atau masak goreng tomyam, aku kena sediakan 4 ekor ikan sederhana besar.
Dulu-dulu sekali dalam bulan ramadhan, kami ramai-ramai berbuka puasa di hotel atau restoren yang kami rasa menyediakan makanan enak. Tapi tujuh lapan tahun kebelakangan ini kami dah tak pernah pergi lagi kerana bukan saja membazirkan duit yang banyak untuk makan di situ tapi menyusahkan untuk bersolat maghrib dan tergesa-gesa pula pulang untuk tarawih.
Aku seronok menyediakan makanan. Aku seronok bila mereka makan dan mengatakan apa yang aku masak itu sedap. Dan aku seronok bila melihat makanan itu semua habis dimakan. Jarang sekali berlebih. Jarang sekali lauk pauk dihangatkan untuk makan semasa sahur kerana tidak ada benda yang nak dihangatkan.
Jordan juga aku rasa paling kenyang sebab dapat makan tulang temulang yang dilambakkan dalam bekas makanannya. Dia pun kendurikan makanannya bersama dengan kucing-kucing lain yang datang mengendeng-ngendeng.
Harini nak masak apa? Dah ada dalam perancangan.
ibundo
20 comments:
mama saya pun cam tu Ibundo. dia seronok masak utk anak cucu dan menantu. bila makan habis, lagi la dia suka.
Assalamu'alaikum Kak Pah.
Saya bila balik nanti, masuk ke dapur baru ada ilham nak masak apa... :)
Assalamualaikum kak Pah..
memang seronok makan jika makan ramai2 yee..bahagia rasanya melihat anak menantu makan bersama.meriah di hati dan meriah di atas meja...
selamat berpuasa. Moga sentiasa mendapat keberkatanNya..amin
asssalam kak pah..mak ai..meriah boto kak pah..untung kak pah anak monantu dok dokek2.
se bulan poso ni..kalau tak do bang datang buko poso sesamo..buko 3 orang yo..teraso lak sunyi e..
haaa... kena besorkan lagi dining hall dgn meja makan tu Bundo... ;p
saya pulak pernah gak family abang Long, adik Bongsu dgn Mak Abah datang berbuka sekali kat rumah - pun tak muat meja... tiba-tiba je Abah bagi cadangan 'patut tadi bentang tikar je, makan kat bawah'...
erkkk... kita dah lama tak makan bersila... ;p
Paling seronok kalau semua berkumpul macam tu. Buat kakak terkenang masa kakak belum kawen dulu kami adik-beradik 8 org. Walau mak tak ada tapi anak bapak 7 perempuan 1 lelaki so kakak-kakak yg masak dah cukup. Kami tak beli sebab tak ada duit. Hotel lagilah jauh panggang dari api.
Suasana berbuka kakpah meriah seronok. Kakak suka.
bestnya la kan dapat makan masakan makk.. huhuu..
two words.. meriah + seronok = :)
seronoknya...meriahnya.... sya pun tak suka berbuka puasa di luar tekejar kejar nak solat lainlah kalau ada tempat yang menyediakan ruang solat kan?
assalam..
terasa meriah dan seronok berkumpul ramai2 berbuka pose mcm ni..sy setiap kali ujung minggu je dpt b'kumpul cenggini..tu adk beradik je sbb mak ayah dah x de..tetiba teringat arwah mak ..alfatihah
kakpah,
itu yang bersilat pencak tuu!! HAHA
KAT DAPORK!
.
.
.
oh ya ( habark kat anak beranak kakpah sama yang dari taiping atau berhampiran)
jemput datang ke rumah bonda saya 23 ogos 2012. walimah adik bongsu.
nanti saya hantar email utk detail
Hari2 meriah meja kakpah huhu...
Saya tak masak hari ini sebab nak berbuka di Restoren Saba,CyberJaya.
sy pon suka mkn ramai2 tp dlm pd tu bimbang jg tkt x sedap mskn kite ni...maklum la x leh rs
wah meriahnya kak pah.hari ini kami berbuka dengan 8 orang Jemaah hehe.Satu menantu,satu cucu ,4 anak dan 2 ibu ayah jadi 8 semuanya..eh btol ke kira kira Cm ni?..3 orang kat Penang(Maryam,Mommy N daddy) yang tak de:)...seronok sangat.
TERUS terbayang mak dikampung..
kami adik beradik ramai.. ramai seramainya.. kao buka pose gitu memg sangat syok.. meriah sangat.. a'a memg selalu lauk pauk abis je..tp dah bbrp tahun tak merasa suasan gitu.. jauh diperantauan lah kononnya.. sob sob...
Meriah...hari2 kak pah berkenduri kat rumah. Jun buka puasa bertiga!
bestnyo kakPah....... meriah setiap petang, sy pulak keluarga kecik lima beranak je tp masak tetap wajib, sy juga seronok masak untuk anak2 dan suami, lom ponah poe baza ramadhan lae
bilo makanan yg kito masak abih dimakan, ilang ponek raso ea kan
Salam kepada semua yang meninggalkan komen di sini, Begitulah kakpah ni. Buat n3 lepas tu tinggalkan berhari-hari. Bila masuk dan baca komen you all terhibur rasa di hati tetapi nak menjawab semuanya macam dah tak larat.
Terima kasih di atas ingatan walaupun kakpah dah jarang-jarang melawat you all.
faktor usia hehe..
Selamat berpuasa, selamat menjalani ibadah puasa, selamat main masak-masak untuk keluarga.
Mak mak dulu memang rajin memasak dan masak yg sedap2 apatah lagi utk hidangan berbuka. Mak aku yg dah berusia dekat 65 tahun pun masih masak utk berbuka tapi aku huhuhu.. asyik tunjuk kat bazar ramadhan je kak..
salam ibundo..
wah besar dah keluarga ibundo.memang seronok berkumpul makan ramai2.akk pun macamtu.sesekali berkumpul apa di masak semuanya sedap..kekadang tu sampai tak cukup..
Post a Comment