Dulu-dulu aku tak kenal pun apa dia open house. Kat kampung aku kalau raya siapa nak datang, datang. Kalau taknak datang tak ada siapa yang nak menjemput jemput. Mak aku dulu kalau datang satu hari raya, dia sediakan lemang dan rendang. Kalau rajin, dia buat nasik impit yang memang betul diimpit bawah lesung yang berat supaya padat. Habis lemang, habis rendang, habis nasik impit, kau makan je lah apa yang ada. Tak adalah mak aku rajin nak buat mee kari ke, laksa ke, lontong ke dan ajak orang satu kampung datang makan.
Walau begitu, suasana raya masa aku kecil dulu tersangatlah meriah walaupun ziarah menziarahi tidaklah sampai sebulan. Tiga hari raya rumah sudah mula lengang. Kalau ada yang nak datang pun, adalah beberapa kerat saja dan yang dihidangkan cumalah biskut raya bertemankan air teh atau kopi. Pun meriah juga.
Rumah aku di kampung berhampiran dengan surau. Cuma selang dua buah rumah tetapi mengambil 10 minit juga bila berjalan kaki sebab perkarangan rumah orang di kampung aku kalah lot banglo besarnya. Bila tiba hari raya, baik hari raya idilfitri atau hari raya idil adha, di surau inilah orang-orang kampung berkumpul dan bersembahyang.
Apabila ke surau, setiap rumah akan membawa sebekas atau semangkuk tingkat atau sedulang makanan. Selalunya bekas-bekas ini berisi juadah-juadah pagi raya seperti lemang, rendang, ketupat, nasi impit, biskut raya dan sebagainyalah. Sebaik saja selepas khutbah raya, makcik-makcik di sebelah belakang akan kepoh menghidang dan mengagih-agihkan makanan ke ruang sebelah depan. Dan makanan ini kami nikmati bersama-sama sambil mulut pot pot pot pet bercakap bertanya kabar sesama sendiri.
Ketika ini juga pakcik kasim yang menjaga hal-hal duit surau akan meronda satu surau memberi duit raya pada budak-budak kecil. Masa aku kecil, aku dapat 20 sen. Tersangatlah gembira bila dapat duit 20 sen itu. Banyak tahun juga aku dapat duit raya dari pakcik kasim. Bila aku masuk sekolah menengah, aku dah tak layak lagi mendapatnya. Bila aku dah kawin dan beranak pinak, giliran anak-anak aku pula yang mendapat duit raya. Dan orang yang memberikan duit raya itu masihlah pakcik kasim. Cuma duit raya dah naik 50 sen atau seringgit.
Sekarang semuanya tinggal kenangan. Sudah banyak tahun aku tidak beraya di rumah aku di kampung. Sejak abah tinggal bersama aku, kami sembahyang raya di sini di bandar baru bangi. Semasa menapak pulang dari Surau selepas sembahyang raya tempoh hari, imah menyebut hal makan di surau beramai-ramai dan hal pakcik kasim mengagihkan duit raya pada budak-budak. Betapa aku rindui suasana itu.
Mak tak nak buat open house ke raya ni.
Tak.
Apasal nak nak buat.
Penat.
Habis kalau kawan-kawan kitorang nak datang?
Korang masak le sendiri.
Alaaa...
Okay la, korang masak mak tukang tengok.
Ala, masak spageti je kaklang. Beli sos yang dah siap. Letak je atas spageti tu.
Sedap ke?
Tak de hal punya.
Begitulah saban tahun. Masing-masing nak mengajak kawan-kawan datang makan. Aku ni yang mula-mula malas nak buatkan, rasa kesihan pula. Nanti kawan-kawan datang jauh-jauh nak makan, masak entah apa-apa. Nak tak nak aku buatkan juga.
Okay.. semua orang pilih satu hari. Mak buat sekali rap untuk kawan korang.
Kawan mak?
erkkk!!!!
Selamat Hari Raya. Raya sebulan kan?
ibundo
14 comments:
Bila Kakpah mak burka rumah untuk kawan2? Saya nak datang dengan tak malunya... :)
Alahaiiiii.... Entah apa2 perkataanlah yang keluar bila menaip melalui iPad ni...
assalam kak pah..cam tu la se kak pah..sapo nak datang datang..se jarang buek2 rumah terbuko..sobab dah diajar maso kocik..rayo orang datang rumah..alhamdulillah..meriah yo rayo..ado yo kengkawan datang kan kak pah..tapi zaman anak2 ni lain..
jom kita serbu umah kak pah..
selamat hari raye kakpah!
saya pon dgn tak malunye nk join kakcik gi rumah terburka kakpah! heheheee
kakcik,
hehehe
erna,
zaman dah berubah. Kok ko bangi, singgah lah..
acik,
meh la cik. dah botahun dah tak jumpo ni.
azeeda,
kalau tak dijemput pun rumah sentiasa terbuka. mari lah..
selamat hari raya ibundo
kalau ibu yang masak memang sodap bukan kawan anak anak saja yang suka, kawan kawan di alam maya ni pun nak rasa juga ;p
setuju sangat pasal kawan2 anak nak datang beraya tu... kawan2 dia mesti nak rasa air tangan kawannya gak kan?
hahaha
Hajah,
That's interesting. makan ala-ala pot luck di surau kampung. Di kampung saya kalau dulu, pada satu syawal, pagi buta budak-budak dah ronda rumah salam duit raya. Sekarang, matahari terbit tak nampak sorang pun. Well, kemeriahan satu raya mula berkurangan.
Tak kira....ckLah nak nasi beriyani gam kak pah mask jugak!
:-)
Selamat Hari Raya
kah kah kah...
.
.
.
.
yo yo o jer tak nak buat open house time syawal..
.
.
.
tetiba jer nanti dapat message..
salam lama tak menyinggah ..dek bulan posa..raya pun tak meriah ..3 hari sebelum raya kawan rapat meninggal ..pagi hari raya suami kawan baik pula meninggal...terbantut keriangan raya..beraya ala kadar....smoga kita d beri kesempatan lagi untuk tahun depan...salam mesra dari saya
Selamat Hari Raya Kak Pah...
Orang Kajang pun dengan tak malunya nak gi gak bangi...hehehee...
Post a Comment