Salah seorang anak aku dulu semasa kecilnya, semasa berumur lingkungan 5, 6 tahun (aku suka ambil contoh anak aku kerana ia tak melibatkan orang lain) cukup susah untuk disuruh mandi. Dia leka bermain hingga nak masuk waktu maghrib dan bila disuruh mandi dia akan berlengah-lengah sehingga mulut aku lenguh menyuruh. Peliknya bila dah masuk bilik air, dia gedebar gedebur main air sampai susah pula nak disuruh keluar.
Penat memikir cara, aku ambil-pakai akan sifat manusia yang suka menentang ini. Bila aku mahu dia segera mandi aku akan terbalikkan cakap aku;
Awak harini tak boleh mandi.
Ketika itu dia akan cepat menjawab, Nak mandi jugak...nak mandi jugak... sambil berlari masuk bilik air.
Manusia ini bukan saja suka menentang tetapi suka mahu tahu dan bereksperimen dengan benda-benda yang mereka ingin tahu lebih. Sikap itu juga yang membuat banyak ayam abah aku mati dikerjakan oleh anak-anak lelaki aku yang tiga orang itu.
Dalam bulan ramadhan ini banyak benar perkara buruk yang berlaku disebabkan sifat yang aku katakan tadi. Malah setiap Ramadhan perkara yang sama berlaku dan ia bagaikan pita rosak yang diulang-ulang penayangannya.
Berapa ramai orang yang dah buta, yang hancur tangan, yang terbakar badan, yang mati, semata-mata kerana keinginan untuk bermain mercun dan bunga api. Malah ramai pula yang menjadi pakar segera mercun buatan sendiri kerana manusia semakin kreatif. Kalau nasib baik, lepas. Nasib yang tidak baik tu yang terbongkang masuk hospital dan tak pasal-pasal cacat seumur hidup.
Bukan tidak ada larangan. Ada. Bukan tidak ada contoh yang hendak dilihat. Ada. Tetapi memang dasar manusia ini suka membuat apa yang dilarang. Agaknya kalau kilang membuat bunga api dan mercun ditutup sekali pun, akan masih ada tangan tangan yang putus dan mata mata yang buta sebab kekreatifan manusia tidak akan ada hentinya.
Semasa aku kanak-kanak mercun masih dijual berleluasa. Mercunnya besar-besar. Kalau musim perayaan tahun baru cina, akan kelihatan mercun bewarna merah bergantungan panjang berderet-deret dari tingkat atas flat sehingga hampir mencecah bumi. Bunyinya apabila meletup agak gegak gempita memenuhi ruang alam. Aku cuma berani berani takut membakar mercun yang sebesar jari kelingking.
Agaknya kalau mercun seperti itu masih dibenarkan, akan berlipat-ganda pulalah kerja ahli bomba.
Sebenarnya apa istimewanya bermain bunga api, bermain mercun, bermain meriam. Tidak ada yang istimewa. Tidak ada pun tidak akan mencacatkan perayaan. Duduk rumah baca buku lagi banyak faedah. Kalau boring baca buku sekolah, baca buku cerita. Masalahnya bukan budak-budak saja yang suka main mendalah ni. Orang tua pun. Itu yang susah nak cakap.
Anak saudara kepada kawan hasben aku meninggal kerana main bunga api beberapa tahun yang lalu. Bunga api yang dibelinya defective. Apabila dinyalakan, ia sepatutnya akan memancut ke atas tetapi yang dipasangnya itu reverse ke belakang lantas terkena lehernya.
Sekian.
ibundo
13 comments:
assalamualauikum kak pah..kok ikut caro kak pah disuruh main dan bagi free..apo jadi agak e kan kak pah..
yang jual pun banyak lagi kak pah..tah mano didapek e tak tau lah
lagi dihalang lagi menjadi - buat mercun sendiri... jadi lebih baik bagi je main... kalau kena siskit-sikit tu baru la ingat... ;p
tapi kan kak,kito lom ponah donga bagso asing main merocun,ado yg mati ado yg cedogho paghah...
Bagus idea kak pah...lepas ni Jun nak cakap terbalik jugak kat anak2.
Masalah mercun ni kak pah sampai bila pun tak selesai. Selagi ada org membeli selagi tu ada org nak jual, mana taknya modal Rm1000 untungnya Rm10000...ambik ko. Mau tak berebut org seludup dari Siam.
time rayo cino takdo pun kes putus tangan ni sumo...
bilo rayo kito??
sndr mau ingt.
...errr agak agak Budak Nizam baca entry ni tak?
hihihihihi
hajjah
mercun ni bahaya...
dadahpun bahaya
hidupkan dandangpun bahaya...
hidup enjin kereta pun bahaya...
dalam bidang saya saya dah lihat seorang jurutera putus tangan bila hidupkan dandang,kerana gagal purge relau...
saya dah lihat kereta terbakar bila enjin dihidupkan, salur petrol bocor
saya dah baca kisah org mati overdose dadah(ubat)
saya dah dengar dan lihat kemalangan akibat mercun
pendekata sekiranya sop tak dipatuhi...atau leka
kemalangan boleh berlaku...
sememangnya semua berisiko....
hinggakan masak di dapur pun ada bahaya.
semoga Allah beri keselamatan dalam menjalani aktiviti harian..
ps mercun bukan aktiviti harian...
tapi bila anak jiran main mercun
saya nasihat main dipadang...khuatir kalau percikan belerang singgah atas bumbung....pun boleh sebab kebakaran...
semoga Allah lindungi kita dari mara bahaya....
terasa kecil dan lemah.....
Kata orang, takda pasal cari pasal. Yang dilarang tu lagi la nak dibuatnya pulak...
Tumpang simpati, mangsa mercun dek kelalaian orang lain. Tapi kalu dah salah sendiri.. alahai entahlah.
SELAMAT HARI RAYA, Kak Pah. Maaf zahir batin.
Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakan.
Hajjah,
Tapi lagu Raya nyanyian arwah Saloma menggalakkan main mercun, "dam, dam dum, bunyi mercun, kanak-kanak datang berduyun"
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kakPah... semoga bergembira di hari lebaran nanti disamping keluarga...
Selamat hari raya kak Pah..moga ceria di hari raya..
masa main mercun budak2 tak ingat..klu berlaku tragedi,barulah menyesal..
Acik bebuih mulut bebel kat diorg kat opis ni yg siap jadi wakil penjual mercun. Ada je supplier nye..
Tk tekejut la klu supplier ni terdiri dari kakitangan kajaan, polis, askar. Herankan, yg tk brapa nk kaya pun main mercun memahal..sanggup perabih duit bonus beli merecun..bakar duit. Yg tu lantak la ..tpi sampai nk tebakar rumah org, sbb mercun yg terbang2 tu...acik raso nk jerit je geramm..
Betul kata kt komen Sal ... dah kena nnt bru nyesal. Tpi klu nasik dah hangit bru nk nyesal...kepala seniri dah pecah bru nk nyesal...apo pekdah eh kan..
bundo,
tergelak2 saya baca entri ni... hee.. adake patut kan?
Post a Comment