Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, October 3, 2012

Ho Chi Minh City day 2

Hanya bercerita supaya aku tidak lupa kerana aku bukannya jenis yang suka menulis di dalam diary.  Sekiranya catatan aku ini sedikit sebanyak memberi manafaat kepada mereka yang ingin ke sana, alhamdulillah. Bukan hajat aku untuk bongkak.

Hari kedua, kami checked out dari hotel dan berpindah ke Saigon pink 2 hotel betul-betul depan restoren
muslim dan beberapa langkah dari ben thanh market. Maknanya dua malam di hotel yang telah kami bayar bersama dengan tiket air asia burnt macam tu saja dan kena bayar lain pula untuk penginapan dua malam lagi. Dengan bayaran lebih kurang 230 ringgit untuk dua malam di hotel ini, berhadapan pula dengan tempat makan dan beberapa langkah ke tempat shopping rasanya memang berbaloi-baloi.
Sesiapa yang berhajat nak pergi hcmc sendiri-sendiri tak pakai pekej pelancong, aku rekomen hotel ini. Hotel ni bukanlah hotel yang berbintang-bintang tapi selesa. Bilik kami ada satu katil king size yang muat untuk 3 orang. After all, bilik diguna untuk masa yang sangat sedikit kerana kebanyakan masa kami tak ada dalam bilik.






Keterangan gambar:
* Hotel tempat tinggal kami.  Selang beberapa pintu dari hotel adalah ofis teksi vinasun. Mudah untuk mendapat teksi.
* Bersarapan pada hari kedua di kedai basiroh. Makan nasi lemak yang harganya mak ai boleh tahan cekik darah.
* Kedai makan kampung melayu dan basiroh ini betul-betul depan pintu tangga hotel kami duduk. Aku tengok di hotel ni orang melayu hari-hari keluar masuk.  Menurut resepsyenis, 90% pelanggannya orang malaysia.

Sebenarnya kami sampai di hotel ni pagi.  Belum masa untuk check in pun lagi. Jadi, kami tinggalkan beg di lobby (malam sebelumnya kami dah call untuk reservation), keluar bersarapan dan terus cari teksi untuk ke war remnant museum. Boleh baca cerita di sini sebab malas nak cakap panjang.

Kalau tengok cerita omputih dalam tv, yang menang manjang adalah orang amerika.  Yang salah manjang adalah orang vietcong. Yang bodoh manjang adalah orang vietnam. Yang jahat manjang adalah orang vietnam gak. Bak kata jackie (tour guide kami ke chu chi tunnel) kalau nak tahu cerita sebenar tanyalah orang vietnam.
Tak perlu bercerita.  Gambar-gambar yang ditunjukkan dan bekas-bekas penyiksaan amerika terhadap orang vietnam cukup menggambarkan kezaliman amerika. Bayi, anak-anak kecil, perempuan, orang tua bergelimpangan dibunuh.


Gambar kanak-kanak cacat akibat agen orange membuat aku tidak berdaya untuk menatapnya. Ngeri, sedih dan marah berbaur.


Ini hanya beberapa gambar sahaja.  Ada lagi dalam keadaan yang lebih dasyat.

Dari museum ini kami berjalan kaki menuju ke reunification palace. Anak aku yang dua orang tu selamba je bejalan.  Aku temengah-mengah menyamakan langkah aku dengan langkah mereka. Sampai di gate, bukan saja dikatakan salah pintu masuk, (gate masuk ada di seberang sebelah sana yang aku rasa kalau bejalan mahu ada satu kilometer sebab berpusing) malah masih ditutup pukul satu baru bukak.
Sudahnya?  kami ambil teksi ke Notre Dame Cathedral ambil gambar gereja haha..


Betul-betul sebelah gereja ni adalah pos opis lama. Besar dan gah. Kirin dan imah beli poskard dan pos pada diri sendiri ke alamat rumah.  Hingga sekarang pun belum sampai. Lamanya nak sampai...



Penat di sini, kami balik lunch di restoren kampung melayu halal, depan hotel.



Imah makan nasi goreng briyani.  Kirin makan nasi goreng apa ntah. Aku makan vietnamese soup noodle. Minum air oren, kopi dan barley lemon.  Harga Dong 553,000. Mahal giler... Lapan puluh hengget lebih tu.

Lepas makan, checked in hotel, masuk bilik, sembahyang, rehat-rehat kejap dan keluar semula pergi shopping di ben thanh market.



Orang kata shopping kat vietnam murah. Murah ke? Bila kita tanya harga, mereka sebut dalam dollar amerika. Bila kita nak harga dalam dong, dia akan ikut turun naik duit amerika. Mula sampai, 10 dollar sama dengan 200 dong.  Hari kedua masa shopping di ben thanh dah naik pula 220 dong.  Harga? memanglah harga tak masuk akal. Kita kena tawar kurang daripada separuh harga. Kemudian naikkan sikit-sikit. Kalau dia tak bagi, baik blah saja. Selalunya dia akan bagi. Kalau kita buat-buat mahal taknak, dia akan panggil panggil kita balik. Tapi kalau harga yang kita minta tu terlalu rendah diorang akan membebel-bebel dalam bahasa diorang yang kita memang tak paham. Apa susah? Dia tak bagi pergi je tempat lain.

Petang tu kami  beli kain vietnam. Aku beli satu kain untuk jubah warna hitam siap ada bunga-bunga lagi. Aku beli satu untuk kurung, satu jubah dan imah kirin sorang satu beli kain vietnam buat baju vietnam. Ya.. beli dan tempah masa tu juga. Kain sepasang siap dengan tempah harganya 600 dong = 90 ringgit. Aku rasa macam mahal je.
Masa kami pergi tu dah pukul lima lebih. Pukul 11 malam dah siap dan hantar terus ke hotel. Ajaib sungguh.  Jahitan kemas pula tu.

Ben thanh tutup awal.  Pukul lima lebih diorang dah kemas-kemas nak tutup kedai. Kami cuma dapat meround sikit saja dan lepas tu naik teksi ke saigon square. Pergi situ tersalah ambil teksi dan urghhhh.. mengigau aku dibuatnya insiden teksi ni. Nanti bacalah blog kirin.  Aku malas nak ingat.

Balik hotel lepas tu.
Tidur tak hengat dunya pada malam tu sebab keletihan.

ibundo


19 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Suka baca. Info yang berguna bagi saya yang belum pernah ke HCMC. Suka 'manjang'.

Kakcik Seroja said...

Padat sungguh jadual perjalanan Kak Pah anak beranak di sana. :)

Nak pergi terjah blog Kirin jap...

kakngah said...

nak ikut kakcik terjah blog kirin.

NM02 said...

tgh menyimpan angan utk ke sana

Acik Erna said...

assalam kak pah..poi anak beranak yo..memang nak shopping la tu kan kak pah

Kakzakie Purvit said...

Kakpah dah biasa pandai nak tawar-menawar. Kena yg jenis pendiam memang kena ketuklah agaknya..

Hamirdin b Ithnin said...

Ho Chi Minh tu sepupu Ho Hup kan puan?

h4ni3 said...

wahhh.. ado tak ole2 saigon utk den ni ha?
hehehe

kakpah, buleh kalau nak.. tp kena order dulu. kalau confirm nak, nnt saya proceed order, dah sampai nnt saya bgtau kakpah :D

dear anies said...

kalu sy sure da nanges tgk pic2 tu

mamawana said...

Menarik...jlnn2 shopping ..bila laah kemer dapat sampai sini.

ibundo said...

kak nora,
bila lagiiii..
where's your next destination.

kakcik,
memang tak duduk diam.

kakngah,
bilo lai kakngah

nmo2,
jom

erna,
haha.. takdola nak nyoping mano e doh.

kak zakie,
kena pandai menawar. Kok tak kena tipu je.

hamirdin,
apohal?

ibundo said...

hanie,
nak.. confirm.

khairen,
janganlah nanges..

mamawana,
dekat je. Tak sampai 2 jam dah tiba hehe

Zaitun said...

Info yang kakpah bagi memang berguna, terima kasih kongsi.

Cik Azz said...

Rajinnya Kak Pah berjalan...

dhiashahida said...

singgah follow kak pah...
masa yg paling best mesti masa shopping kan.:)

ASH said...

lain lain komen aku baca jer..

tang "HAMIRDIN : APOHAL.."

tergolak den!!
hahahahaha

Yus said...

Banyak info pasal HCMC.. thanks kak.. boleh laa buat gambaran nak ke sana nanti..

miss aini said...

slm...info yg sgt bguna trutama bg 1st timer mcm sy..akak, nak tanya, hotel saigon pink 2 ni ada lif x?trutama untuk ke bilik deluxe, sbb sy ada terbaca blog, ada yg cakap lif hanya ke certain floor sahaja..

Cik Tomei said...

Salam sis...nak tanya. Bilik tu boleh duduk 3 org ke? atau hotel kenakan caj tambahan untuk lebih dari 2 org/room?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...