Siapa dah besar nak kerja bomba!!!
Saya!!!!! semua pakat angkat tangan.
Siapa dah besar nak kerja polis!!!
Saya!!!! semua pakat angkat tangan.
Siapa dah besar nak kerja cikgu!!!
Saya!!!! semua pakat angkat tangan.
Ish.. tak ada pendirian langsung anak-anak ni..hehe. Ini semua penangan pergi buat lawatan ke balai bomba bandar baru bangi. Anak-anak enam tahun dan lima tahun di main branch pergi khamis lepas 14hb. Semalam 18hb, anak-anak 4 tahun di main branch dan semua anak-anak di bangi perdana (kecuali anak-anak playschool).
Rata-ratanya semua bersemangat nak naik bas dan pergi melawat bomba. Kalau dah cikgu-cikgu pun teruja, apatah lagi anak murid........kan..
Terima kasih banyak-banyak kepada instructor encik mazlan kerana sudi dan bersusah payah melayan anak-anak ini.
Kalau rumah terbakar nak buat apa?
Lari keluar!!!!!!
Keluar kemana?
Padang!!!! Ada satu suara yang menjawab.
Betul!... pandai!...
Kalau baju terbakar kita nak buat apa?
Beli baru!!!!!!
HAHAHAHA......
Kalau baju terbakar, kita la?....
RI!!!!!!!!!
Kemudian kita berhen?
TI!!!!!!!!!!
Lepas berhenti kita go?
Senyap.
Lepas berhenti kita go?............................................................ lek!!!!
Lepas berhenti kita go?
LEK!!!!
Lepas sorang sorang nak cuba aksi lari-berhenti-golek. Tapi mana boleh semua.
Siapa tahu kalau rumah kita penuh asap kita nak buat apa?
Senyap.
Kalau rumah kita penuh asap kita kena keluar merangkak.
Kalau rumah kita penuh asap kita kena merang?
KAK!!!!
Lepas tu sorang sorang pula buat aksi merangkak.
KAMI SEDIA BERKHIDMAT!!!!
Aku sendiri pun rasa nak sarung je jeket bomba ni.
Di bawah ini pula acara yang paling dinantikan. Main air dan naik kereta bomba..
Well.... satu trip yang banyak mengandungi pengetahuan.
Where else to go guys!!
Bye..bye bomba. Terima kasih dan jumpa lagi!!
Ash!!!! apasal blog engkau berkunci aku tak boleh masuk?
ibundo
14 comments:
bagi link tak blog kakpah kat en2 bomba2 ni.. haha pasti teruja
sudais... hehe lupa pulak esp utk abang bomba hensem hehe
Kak Ash ke yang enterframe tu?
Tabik hormat kepada abang-abang Bomba.
seronok nyaaaaaaaa
untuk kanak kanak yang bersekolah kat Tadika Kak Pah
kak pah tak nak bukak kat area Puchong Perdana ker?
Adam Faris tak lepas lagi nie
Kalau semasa melayan budak-budak tu. tiba-tiba ada panggilan kecemasan rumah terbakar, abang-abang bomba LA?
saya pun tak tau kalau rumah penuh asap kita kena golek..hahahha
Mesti seronok budak2 tu.. ingat lagi anak makchaq masa tadika pi melawat bomba.. seminggu tak habis cerita..
Siaa nak jadi askar VAT69?
......... senyap!
alahai comelnya budak2 ni selalunya penerangan kebakaran ni utk org dewasa je
nizam,
sapa lagi...
pB,
alahai.. yang ada ni pun dah semput da ni. Adam lagi duaa tahun dah boleh masuk tadika kan?
kak hajah nora,
haha.. saya tengok pakcik bomba tu suka betul cakap tak habis dan budak2 pulak suka menyambung..
ezza,
nak keluar dari asap kena merangkak za. Yang bergolek tu kalau baju terbakar hiii...
makchaq,
memang seronok diorang ni..
IM,
haha.. tak masuk dalam pengetahuan
Azmatun,
tulah kan? Yang kecil pun patut tahu
Kakpah, gambar ke 10 kira dari bawah...budak dlm gambar tu mcm familiar je. Hehe. Kalau tak silap saya, anak saudara KOG. Errr...ke kebetulan je muka nak seiras. Hehe.
Syirah,
memang anak sedara KOG pun hehe..
hahahaha..sakit perut saya gelak bila budak2 tu jawab " kalau baju terbakar kita buat apa?" Beli baru!!!
masa padam api spek hitam tak pakai plak, hahaha
Post a Comment