Tenggelam timbul tenggelam timbul.
Teringat ke zaman kanak-kanak semasa tak hingat dunia terjun tiruk bersama kawan-kawan seangkatan menjunam ke dalam sungai depan rumah. Bukanlah depan rumah betul. Kena menyeberang jalan yang lebarnya tak berapa langkah, masuk dalam kawasan rumah maktua, turun bukit sikit dan terus sampai ke tebing sungai.
Bedeburrr..bedeburrr.. lompat dari atas tebing. Kemudian tenggelam timbul tenggelam timbul dalam air.
Aku sekarang macam tu jugalah. Ada masanya aku timbul. Ada masanya aku tenggelam tak timbul timbul. Lemas dalam kerja yang menimbun.
Baru tadi dapat panggilan dari seseorang. Perempuan. Katanya dia dari NGO. Ntah iya ntah tidak. Manalah aku tau.
Katanya; Anak puan sipolan sudah mendaftar sebagai pengundi?
Sepatutnya dia boleh cek je tak payah susah-susah tanya aku. Klik dalam internet, dia boleh cari.
Tapi aku jawab jugalah, sudah.
Dia nak cakap dengan anak aku. Aku jawab dia tak ada.
Dia tanya lagi aku siapa.
Aku jawab mak dia.
Kemudian dia tanya pula, sebagai rekod boleh ke dia tau yang aku nanti nak undi BN ke PKR.
Weh.. lebih-lebih lah sudah.
Aku jawab;
Mana boleh saya bagi tau saya nak undi siapa. Kan undi tu rahsia.
Sebagai rekod saja, jawab dia lagi dengan tak malu walaupun dah kena sergah dengan aku.
Takda..takda.. rekod makkod. Itu hak saya. Saya tak perlu nak bagitau awak...
Terus dia letak talipun.
Yang pak jib ni pun bilalah nak bubar parlimen ni. Parents anak murid aku asek tanya bila nak sukan bila nak sukan. Aku ni tengah kelam kelibut nak tentukan tarikh sukan. Booking stadium 14 April. Buatnya time tu pilihan raya kan ke haru biru. Nak buat Mei tak boleh sebab anak aku nak kawin bulan Mei.
Ooo pak jib. Cepatlah buat keputusan.
ibundo
23 comments:
Wah...nak dapat menantu lagi, ye hajah?
Ada yg tanya by sms pun tau kakpah. Gila siapa nak bagitahu. Desperate betul kan:(
Dalam keadaan sekarang kelam-kelibut di Sabah kakak merasakan akan tertunda juga Kakpah.. Jgn masa kita tak ada di M'sia baru undi. Kakak pulak cadang cuti sekolah keluar dari M'sia. Bayangkan kalau kakak pergi sekeluarga 4 undi dah rugi. Sebab kakak bawak bapak dan Mak Zah yg yg jaga anak kakak mestinya.
Pilih tarikh yang bukan cuti sekolah la kut...
sekali fikir malas nak mengundi mengundi nie....
macam tak jd je bulan mac ni..
Masyaallah macam tu ada kakpah, nak juga rasa terima call ropa itu, tak sabar nak jawab nii....dah teruk bebenor gayenyer
Yg na pi umrah pun semua tangguh. Vetul vetul jadi susah pulak PRU niii...
Hehe sergah kuat ske hor :)...ari tu ada org dtg umah.Siap bawa surat khabar dorang.Tanya anak Cm yg lelaki tu...ada tak kt rumah ni....Cm kata tak ada...blom abis ckp dorang buat muka terkejut beruk....maksudnya pengundi ni tk wujud ?...haish org ni nk kena sigung ni.....Cm jwb bkn pengundi hantu tp dia dok jauuuuh ...takkan blk pru ni unless you nk bg duit tambang ahakkkk
Sey pun maleh nak layan talipon camtu kak... Sey salu cakap sey sibuk yoo...
Banyak rancangan yang tergendala jadinya gara2 pakjib masih belum puas berkempen...
saya pulak org UMNO telepon tanya nnt pilihanraya balik kg tak utk mengundi... pastu dia mintak pendapat kerajaan skrg macamana
Nak konduri sambut menantu lagi kak? Alhamdulillah.. giliran sapo lak kak? nnt jomput yo..hehe.
Salam KakPah.. :)
kalo teman, tanye je undi sape teman yg letak tepon dlu hehehe.. buang karan je deme ni hmphhh
iyoe kak pah..copek la kan..tah apo yag nak ditunggu e..
salam ziarah sini =)
salam kak pah
saya tak mendaftar lagi, bawah umur hahaha
kalau dia tanya saya , pangkah apa?
saya jawab pangkah org rumah bila makan kat pizza hut hehehe
hrtu makyong [babysitter kami org] duk tnya..
nanti linda pangkah apa?
saya jwp
mn blh bg tau kak.. undi itu rahsia
hihihi!!
Belum dapat ilham lagi nih!
Pakjib penyoba bona...
saya lak tunggu keputusan pilihanraya .. samada perlu untuk melompat atau tidak...errrr lompat kerja..
As salam kak
saya pun dah bosan menunggu bila nak pilihanraya supaya cepat2 berakhir merepek merapu kat TV tak habis2 hal politik
Selagi belum PRU memang banyak benda tertangguh. Ada jugak syarikat yang hold ambik staff selagi belum PRU.
Haaa...selamat terima menantu lagi kak pah.
Post a Comment