Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, April 9, 2013

Rancangan Tergendala

Kita merancang.  Belum tentu apa yang dirancang itu menjadi kenyataan.
Memang sebelum ini pun sudah timbul kerisauan.  Nampaknya apa yang dirisaukan itu memang benar-benar berlaku.

Semalam petang aku dihubungi oleh pihak mpkj yang menguruskan hal-hal tempahan stadium di seksyen 15 bandar baru bangi. SPR mengarahkan supaya semua tempahan stadium dibatalkan berkuatkuasa hari ini sehinggalah selesai PRU. Sukan tahunan Aulad yang dijadualkan ahad ini 14 April dengan sendirinya tertangguh ke satu tarikh yang akan ditentukan.
Pastinya selepas pilihanraya kerana kebanyakan yang terlibat membantu sukan turut terlibat dalam pilihanraya.
Pastinya bukan dalam bulan Mei sebab dalam bulan itu aku sedang sibuk dalam urusan menerima menantu.
Insyallah kami cuba mencari satu tarikh dalam bulan Jun selepas naik dari cuti sekolah.
Yang pastinya lagi, sukan kali ini tidak dapat dilangsungkan di stadium seksyen 15 kerana tempahan semuanya sudah penuh sehingga bulan 9.
Ohh.. pening.




Kesian anak-anak yang semuanya memang sudah begitu teruja untuk bersukan.
Ada juga yang menyarankan supaya mencari tempat lain.  Susah.  Sukar untuk membuat tempahan dalam masa sebegini suntuk. Padang awam? Terpaksa buat lane larian. Waktu sekarang ni tak ada siapa yang nak disuruh buat. Padang sekolah? Pun terpaksa ditempah.
Argh... pening.

ibundo


9 comments:

pB said...

salam kak pah ....

lama tak jumpa kak pah

cikmanggis said...

eh btol la dah kensel.hadiah n piala semua dah siap ya..tak apa lepas pilihanraya boleh lah buat ya kakpah.jangan kecewa jemput Cm jadi tukang tiup wisel hehe Ingat tak guru sukan kita Mrs Lim ? hehe..saja teringat zaman sekolah... sukan pakai seluar pendek :)

atuk said...

Assalamualaikum Ibundo

moga dipermudahkan segala urusan

JaSSNaNi said...

bestnye.. sukan kanak2 mmg the best.. ingat sampai bila2 punya.. walaupun dulu hadiahnya sekadar bekas air, kain tuala.. pun semua hepi2 belaka.. :) kan kan

ibundo said...

Pb.salam. memang lama. Dah jarang bejalan kat alamaya ni. Masuk rumah sendiri pun jarang.

Cm.. tengah mencari cari tempat yg boleh jafi pgnti. Mrs lim? Ingat...haha..zaman kita dulu PE, sukan..semua pakai seluar pendek.

Atuk, wkmsalam..insyaallah.

Jassnani, kanak2 hadiah apa pun suka. Janji ada hadiah.

Nizam.Ariff said...

Alaaa... kasihannya... hadiah dah buat. mesti budak2 tu asyik tanya je nanti.. .tak sabar..

tasekM said...

cari pdg sekolah je la kak...

ibundo said...

nizam, bukan bebudak je yang tak sabar..cikgu2 pun aasek merengek je ni haha..

tasek,
kena cari padang sekolah la ni memang..

AzeedA said...

Slm kakpah..
meh putrejaye byk tempat leh bwk bdk belari hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...