Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, July 2, 2013

Bukit Broga

Beberapa sabtu yang lepas, aku ke Broga.
Anak-anak aku, anak menantu, beriya-iya ajak aku naik bukit Broga.
Mula-mula aku taknak. Takut tak tedaya naik bukit.  Naik tangga tinggi sikit saja dah termengah-mengah. Ini kan pula nak mendaki bukit yang aku pasti tak bertangga.
Tapi lama-lama aku termakan juga akan pujuk rayu mereka.
Maka pagi-pagi lagi kami dah bersiap.  Siap dengan torchlight kerana nak meredah semak dipagi buta itu.

Kami singgah di Petronas untuk solat subuh. Tau-tau sajalah surau petronas.  Kecik muat untuk tiga empat orang sekali solat. Berpusu-pusulah di surau sebab masing-masing menunggu giliran. Dan masing-masing aku rasa menuju ke tempat yang sama.

Tiba di lokasi, hari masih gelap.  Kereta masuk ke tempat parking di dalam kebun kelapa sawit itu tanpa henti. Ternyata tempat itu menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu. Ia boleh menjadi tempat tarikan pelancong kalau dipromosikan bersungguh-sungguh.

Cadangan pada mulanya untuk menikmati pemandangan matahari terbit dari atas bukit tidak menjadi kenyataan. Kami lihat matahari terbit dari celah-celah daun kelapa sawit saja, gara-gara menunggu imah yang lambat sampai. Apa-apa pun ia lebih menyenangkan aku.  Aku nampak jelas di mana aku nak pijak dan menukis.

Mendaki bukit bukan kerja yang mudah buat aku. Beberapa kali aku berhenti menarik napas dan meredakan penat. Kesian anak-anak aku yang terpaksa melayan kepenatan aku dan menjaga takut aku tergolek-golek ke belakang. Aku rasa bukan setakat kaki aku saja yang bekerja kuat pada ketika itu.  Jantung aku pun. Tapi all in all, it was a good exercise.

2 orang staff aku turut sama memeriahkan majlis..


Aku mendaki tak sampai ke puncak pun. Tak larat den hai. Sampai bukit pertama aku berenti dan duduk di situ menunggu dua tiga orang lagi yang naik keatas.
Ramai.  Memang ramai orang.  Foreigner pun ada. Mereka yang suka aktiviti lasak memang gemar datang ke tempat-tempat macam ni.
Aku berpikiran: Kalau bukak gerai nasi lemak mesti laku.
Kebanyak orang yang datang pasti belum breakfast.  Bila turun semula ke bawah, hari dan meninggi.  Perut dah berkeroncong.  Memang elok benar-benarlah makan nasi lemak bagi menampung tenaga yang dah hilang hehe.

Proses turun lagi mencabar daripada mendaki.  Aku terpaksa gunakan segala otot yang ada pada kaki. Tapak kaki kena mencengkam (dah tabiat walau pun dalam kasut), lutut kena bekerja lebih, betis menahan. Hadei.. mulut aku aseklah berkata tobat.. tobat.. takde le aku nak buat keje ni lagi.
Bila aku berhenti sekejap melepas lelah, aku membelek-belek tapak kasut aku. La.. dah haus rupanya.  Patutlah aku rasa macam meluncur aje bila aku pijak tempat yang tak bertakuk.

Sampai bawah,  orang dah berduyun-duyun pulang tapi masih ada juga yang baru nak naik.
Kami singgah di Semenyih makan nasi lemak.
Dan seminggu aku merana sakit-sakit badan.
Anyway, I'm proud at this age I'm still fit to climb up a hill.
Yes!!!

Nak pegi manjat bukit broga lagi mak!
Banyak kojo lain nak buek. Takdo nak asek manjek bukit yo (hikhik)

kakpah@ibundo

18 comments:

Tijah said...

Heheh. Tahniah kak. Etlis akak dah naik dah. Sey dr 2009 nyobut2 tak gak sampai2. Hiks

JunAina said...

Kuat lagi akak manjat-memanjat ni ye. Kalau Aina mau suku jalan je pas tu pusing balik.

cikmanggis said...

Hmmmm rasanya kena lupakan niat di hati nk panjat bukit Broga dgn keadaan badan yg bum bum ni.
Eh kakpah...jika jual nasi lemak kt situ laku?nnt nk bawa meja lipat niaga dlm kebun kelapa sawit tu hehe

cikmanggis said...

Hmmmm rasanya kena lupakan niat di hati nk panjat bukit Broga dgn keadaan badan yg bum bum ni.
Eh kakpah...jika jual nasi lemak kt situ laku?nnt nk bawa meja lipat niaga dlm kebun kelapa sawit tu hehe

tasekM said...

tempat ni la yg aku idam2kan sekian lama.
haram tak sampai2 lagi kak..



.

Anne Rihann said...

Syoknyer dpt pegi 1 family kn? hihi..

Azmatun Ismail said...

tahniah bundo ermmmm akhirnya sampai jugak ....mesti tobat tak nak naik lagi kan...

Ita Rossi said...


Tahniah Bundo, syabas! Berjaya juga mendaki.Bab yang takut jatuh tergolek2 tu buat saya tertawa. Memanglah otak bisnes. Di mana2 aje nmpak peluang buat bisnes. Good idea utk penduduk sekitarnya.

NM02 said...

bestnye... saya juga teringin nak daki bukit yang femes ni.

Nizam.Ariff said...

tahniah..
dan akak masih gagah tu...

Kakzakie said...

Sebenarnya kakpah masih ada stamina. Kalau org kampung betul-betul duduk kampung usia yg lebih tua dari kita-kita ni kakpah ligat aje panjat bukit, gunung bagai. Mereka siap boleh pikul barang lagi..

Tapi kakpah ni nampak gaya macam dah tobat nak mendaki lagi hihi..

Khai♥Rin : anies said...

best tu..tp sama ada weekend ke weekday ke org ttp ramai kt situ

ibundo said...

tijah, kok tak kono dosak tak poie gak.

jun, semangat yg kuat.

Cikmanggis, meniaga dua hari je seminggu hehe. Kpsh dah tanya dah. Kena mintak permission dan bayar sewa kat tuan kelapa sawit.

Tas, jangan tunggu sampai ko tua macam aku

Anne , seronok..

ibundo said...

azmatun, cukup la sekali jgn tidak

Ita, alhmdulillah walau tak sampai puncak. Memsng nadib baik tak tegolek.

Nmo2 , pergi la. Insyaallah sampai satu hari nanti

Nizam, alhamdulillah..

Kak zakie, tu lah. Kslau banding dgn orng kampung memang jauh kita ni kalah. Manja sangat kita ni kot.

pB said...

salam Kak Pah


lama bebenor pB tak jenguk umah kak Pah nie.

Selamat Berpuasa.
Maafkan segala dosa dan silap pB , nyer kak pah ....

Rose Azadir said...

Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

ibundo said...

khaireen, dah pernah naik ya..

Pb, salam .kpah pun dah lama tak jenguk blog sndiri hii.. selamat menyambut puasa.

Rose, salam.. insyaallah.

ASH said...

Sepppppp!! ^_^
.... kita dua dah berupaya dan selamat mendaki Broga!!!
Hehehehe....
Saya 2011 kelmarin.
Eksesais sebelum nak ke Mekah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...