Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 30, 2013

Apa kabar..

Salam.
Lama benar blog ni terbengkalai. Mula-mula sebab bizi. Lepas tu bila dah dapat bernapas balik macam malas je nak masuk ngemas-ngemas rumah. Bak kata orang, ingat.. bukan tak ingat tapi rasa malas tu mengatasi segala.
Apa kabar?
Pertanyaan buat mereka yang masih sudi lalu lalang di tempat yang dah berhantu ni. Berhantu? Kan ke rumah tinggal selalunya ada hantu.  Tu kata nenek aku lah masa aku kecik-kecik dulu. Orang tua dulu memang suka menakutkan budak-budak.
Lorong dari jalan raya menghala ke rumah aku, ada beberapa biji rumah tinggal. Nenek aku selalu cakap di situ tempat jin 'beghonjeng'. Memang aku takut bukan main.  Masa tulah.  Budak kecik mana boleh pikir waras lagi. Kalau aku lalu depan rumah tu, pasti aku lari tak cukup tanah sampai tercungap-cungap carik napas.
Korang tak takut ke lalu kat sini? Lalu depan rumah aku yang terbengkalai ni..

Satu lagi kan, depan rumah aku ni(real house).. bukan depan sangatlah. Banglo besar depan rumah aku ni dah siap dah.  Sebelah banglo tu. Rumah tu terbengkalai jugak. Ceritanya, neighbor lama aku yang punya rumah tu dulu, jual rumah dia dan ada seorang ni beli. Biasalah kan.  Kalau tak kena dengan taste kita, mesti nak renovate. Tapi renovate setengah jalan dah berhenti. Dekat setahun dah. Yang aku nak cerita ni, bibik aku.  Satu hari dia cakap; 'buk... rumah depan tu ada hantu lah'. Bila aku tenung dia, dia jawab balik; 'iye buk... rumah tu kan tinggal. Kampung saya rumah gitu ada hantunya'.
Ha.. bukanlah orang mesia je yang suka cakap rumah tinggal ni berhantu kan?

Apa lagi nak cerita?
Sepanjang aku senyap ni banyak jugalah benda yang berlaku, tapi takkan nak kutip satu-satu dan cerita di sini.  Yang major, ada pertambahan dalam ahli keluarga aku.  Menantu perempuan.


Semuga dilimpahkan kebahagian di dunia dan akhirat.
Besar kemungkinan seorang lagi akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Semuanya ketentuanNya.

Jordan?
Dah tua benar. Taring sudah tidak setajam dulu. Kalau dulu pantang ada kucing yang datang pasti akan disergahnya, kini dia lebih banyak menikus dan melepak dalam rumah. Kaki belakangnya nampak macam lemah. Kadang-kadang macam diseretnya saja. Doktor cakap mungkin kena pukul, mungkin tak cukup vitamin. Haritu dia terberak tepi bakul sampah di dapur.  Habis kena leter. Kalau tak kesian, mau je kena rotan.

Sekian.

ibundo@kakpah


12 comments:

kaklong said...

po koba kak?,ghindu yo ngn akak,blog masak masak akak tu ado yo kaklong masuk,tapi maleh nak komen...maap yo kak..

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya tertanya-tanya juga, mana poi hajah kite ni? Gi makan angin ke, tak sihat ke? Cerita Bangkok tak abis lai. Rupanya izi sambut menantu perempuan. Tahniah kepada hajah. Ok hajah, semoga selamat semuanya. Ameen.Hope to have more 'kopi panas' from you!

cikmanggis said...

Tahniah kak pah makin bertambah besar ahli keluarga kakpah .Semoga mereka berdua bahagia hingga ke syurga,

ibundo said...

Kaklong, kpah pun tetanyo2 mano poi e klong. Kek fb pun tak do. Harap2 shat.

Kaknora, sehat. Entah... kebelakangan ni mood takde langsung. Citer bangkok tu hmmm..haha.

Cikmanggis, amin...

~ Cik Azz ~ said...

Osah lamo ehh akak botapo.. hehehe..

Lopeh ni giliran sapo lak kak..? Mudah-mudahan Allah permudahkan segalo urusan.. Amin..

Yang dah kawen tu, mogo jodoh berpanjangan dan bahagio solalu ondak ehh..

Nizam.Ariff said...

Kak, orang kata kalau rumah ditinggalkan lama-lama, ada hantu raya tumpang duduk...

*woop.. woop.. woop* <- bunyi burung hantu.

JunAina said...

Tahniah kak pah terima menantu lagi, bertambah meriah.

Rumah kosong banyak le yg menumpang kak pah.

Khai♥Rin : anies said...

tahniah2..dapat menantu rupanya...

ASH said...

Nganten pun dah berisi aper...punya lama cerita ni nak muncui!! ^_^

Zaitun said...

Rindu juga dah lama tak baca celoteh kakpah.Mudah2an sihat2 aje.

Tahniah keluarga bertambah.

ibundo said...

Azz, osah botul e. Ni tokial-kial nak caghik citor apo nak tulih.

Nizam, haha.. Kecik dulu ada satu jenis burung nenek aku paggil burung kangkuit. Kira berapa kali dia buat bunyi kuit..kuit.. Tu menandakan adalah benda yang dia nampak.

Jun, kat kampung banyak rumah tinggal. Tiap kali lalu mesti perati je kot kot ada haha..

anies, haah.. antara sebab senyap lama

Ash, kui..kui..

Zaitun, alhamdulillah sihat. Zai apa kabar..

agaricpro said...

obat hernia
obat otomikosis
obat darah tinggi
obat nyeri pinggang
obat asma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...