Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, July 5, 2013

Habit

Setiap orang mesti ada habit. Habit baik, habit buruk.
Kalau dah ada habit tu, selalulah benda tu dibuat berulang-ulang.
Kalau habit baik takpe jugak tapi kalau habit buruk?
Ada orang suka belanja orang.  Asal ada duit lebih je belanja orang.
Asal belanja orang je maknanya ada duit lebih lah tu.
Takpe.  Kita pun suka kan kalau kena belanja.
Yang payahnya habit buruk ni.
Macam:
Korek hidung tak selindung-selindung dan taiknya diselet kat mana-mana jari dia boleh landing.
atau kentut merata-rata tak kesah dalam majlis atau luar majlis
atau buang sampah macam satu alam ni tong sampah dia
atau letup-letup jari orang yang tengok pun annoyed
atau... ah macam-macam lah.
Anak aku dulu ada sorang yang suka kembang-kembangkan hidung.
Tengah baca buku kembangkan hidung
Tengah bercakap kembangkan hidung
Tengah makan pun kembangkan hidung
Almost setiap waktu la.
Aku cakap, awak ni kembang-kembangkan hidung ni nanti lubang hidung tu tambah besar. Hidung tambah kembang macam buah jambu. Nanti dah besar tak ada orang yang nakkan awak sebab hidung tu dah tutup satu muka.
Aku pun tak perasan bila dia berhentikan habit tu.
Sedihnya banyak habit buruk ni susah nak diberhentikan. Macam dah jadi darah daging.
Perasaan tak ada orang kejap-kejap kejip mata.
Ada juga yang angkat-angkat bahu.
Ada juga yang suka terkehelkan tengkuk.
Susah nak berhenti tu

Aku pun ada habit buruk jugak tapi taknaklah beritahu.
Mungkin ada lebih dari satu.
Tapi ada satu habit aku ni yang membawa padah dan lepas tu aku tobat tak buat lagi.
Aku ni kalau pergi joging aku akan bawak beg.  Beg buruk je lah.  Dalam beg tu aku letak wallet, cermin mata, henfon dan kadang-kadang tab.
Aku bawak wallet sebab nak singgah pasar ataupun pasar tani lepas joging.
Aku bawak cermin mata sebab nak baca sms.
Aku bawak tab sebab nak buka fb. Selalunya lepas joging hasben aku ajak minum-minum di kedai kampuchea.  Sementara menunggu makanan sampai, bolehlah berfb kejap.
Satu hari sebulan lepas kita orang pergi joging di tasek cempaka bawa myvi imah.
Memang dah jadi habit aku, letak beg bawah tempat duduk.
Aku cuma ambil henfon.  Tab tinggal kat rumah tengah caj sebab habis bateri.

Balik dari joging, cermin kereta sebelah seat belakang pecah.
Beg aku kena ambil.  Dalam beg ada wallet yang berisi lima nam ratus, kad-kad, ic dll. Ada cermin mata.
Masa tu juga aku call bank bank minta stopkan kad kredit dan kad atm.
Uish... dua tiga hari jugalah aku bekejar sana sini untuk uruskan benda-benda yang hilang.
See..
habit buruk tu.  Tinggalkan beg bawah seat kereta.
Dan memanglah lepas tu aku tobat tak buat lagi.

Anda ada habit buruk? Habit baik?

ibundo@kakpah

20 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Satu habit buruk yang very,very annoying ialah duduk sambil goyang2 kaki..laju pulak tu!

ibundo said...

Goyang-goyang kaki duit masuk takper kak hajjah hahaha..

Kakzakie said...

Ya Allah habis tu memang bahaya kakpah tapi kakak kadang ada buat macam cara kakpah tu. Heeee.... tak nak buat lagilah takut walau tak sangka.

Anak kakak habis gigit kuku. Masih buat lagi sampai sekarang - susah betul nak suruh berhenti.

Acik Erna said...

kak pah samo tu kak pah..kalau turun maleh nak bawak hanbeg tinggal yo..kadan bawah set..kadang lam bonet..tapi dah lamo se tak buek lagi...lopeh ado kawan cerito keto kono pocah..

Nizam.Ariff said...

errr.... aku kadang2 tinggalkan beg laptop dalam kereta...

wuih.. tak bleh jadi ni, kena ubah. aku sayangkan cermin kereta aku..

Cida de' Nuanza said...

sy dulu suka kerut2kan dahi
pastu hari2 rasa sakit kepala
dh buat medical test, xde apa...
pastu sendiri teringat pd habit
lepas cuba kurangkan (bila sedar), lama2 habit tu berlalu pergi
dan sakit kepala dh xde dah...

JunAina said...

Aina kalau gi jalan2 bawak beg sandang ja, mesti bawak tu. Bila keluar nak tinggalkan Aina masuk lam bonet. Taklah menarik perhatian org yg lalu lalang.

~ Cik Azz ~ said...

Habit buruk ni banyak.. Memang payah nak buang.. huhuhu...

:|: TinTa Kibod :|: said...

salam kak pah...
adoih bangi skang ni mcm2 hal kak...
tengok Page Bandar Baru Bangi...
naik takuttttt baca...
doa je lah moga kita semua dilindungi olehNya...

makchaq said...

Sekarang ni dah makin bahaya kan.. kalau bawak kena ragut siap kena acu pisau bagai.., bila tinggai kereta pulak kena pecah...



ASH said...

Aku banyak habit baik jer kakkkkkkk...
.
.
.
.
.
Hahahahahahaha.
.
.
.
Habit buruk yang paling aku tak tahan pesen suka mengadu sakit tak berenti renti!!!
Haiiiihhhhhh...
.
.
.
^_^

ASH said...

Habit buruk aku yang paling ketara...ialah aku buat derkkkkkkk jer segala hutang piutang pada aku dan kadang kadang orang pulak take advantage.
.
.
Suami ler yang bising..

ibundo said...

Kak zakie, gigit kuku kalau tak berenti rosak kuku jadinya. Habit letak beg bwh seat kena bhnti tu. Kpah tobat dah.

Erna, samo macam kpah la tu.

Nizam, cermin pecah beratus juga kena bayar. Tu belum masuk yg hilang

Cida, tu la.. nak berentikn habit ni kena ada kemahuan jugak. Nasib baik sakit kpala hilang

Jun, tinggl dlm bonet pun tak selamat juga. Masa kejadian cermin kena prcah tu, dia ambek barang dalam bonet juga. ...nasib baik beg cuma berisi baju spare dan telekung.

ibundo said...

azz, buangla mano yg patut.

Tinta, masa kpah pergi repot kat balai polis, polis tu ckp sebelum kpah kena tu dah ada satu lagi kerrta kena pecah. Hati2 la kalau paking kereta kat tasik cempaka.

Makchaq, kakak kpah kena. Balik dari surau lepas subuh. Sampoai rumah orng turun motor acukan parang.

Ash.. hehe aku pun tak tahan kalau org sakit ngadu sakit. Suruh makan ubat culas...
orng tak bayar hutang tu kira sadaqah je le. Dapat pahala hiii..

azieazah said...

Ya, saya dah dengar kisah Kak Pah kena pecah keta dan beg hilang masa jogging ni.

Turut simpati. Tapi kawan saya pun ramai yang suka letak beg bawah seat mandu. Sebenarnya, elok letak dalam bonet kan?

Zaitun said...

Banyak terjadi macam ini kakpah.Kalau boleh jangan tinggal kan apa2 barang dalam kereta untuk keselamatan.

S..U..D..@..I..S said...

Masya Allah... simpati kat kak pah, slu gak wat macam nii..tq kakpah

JaSSNaNi said...

hahahaha.. macam2 habit kan.. nak gelak pun ada.. kalau habit anak kecil.. gelinter nenen mama.. camne tu.. hahahah aduyaii geli woooo

Khai♥Rin : anies said...

hahahahhaha da mcm2 habit hahahaha

p/s jemput join GA simple sy ye ;-)

Ena said...

MCm tu pun dah sorok still lg dorang nak amik kan..
errr.. tu kiranya habit buruk ena jugak lah maknanya.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...