Sabtu 3 Mac aku menghadiri pesta perkahwinan di Jakarta . Walaupun sudah masuk ketiga kali aku bersama majlis seumpama itu, aku tetap terpukau dengan keunikannya.
Pelamin.
Majlis pernikahan.
Kalau kita, persetujuan perempuan tidak dicakap terang-terangan. Malah kalau malu, senyap saja sudah dikira bersetuju. Di sini keduanya duduk bersebelahan semasa akad nikah dilafazkan.
Meminta izin kedua ibu bapa (di sini ibu sahaja kerana kedua bapa sudah almarhum) untuk memulakan hidup baru. Kata-kata dari juruacara majlis boleh membuat hadirin menitiskan air mata di saat ini.
Gadis minangnya..
Persandingan
Sebelum tetamu dijemput makan, mereka berbaris bersalaman dengan pengantin dahulu. Kemudian barulah menikmati juadah yang disediakan.
Makanan yang pelbagai
Aku tak ambil gambar kesemuanya sebab sibuk makan.
Pastinya tidak ketinggalan anak-anak yang comel.
Dan Nuke anak buahku, adik kepada niko pengantin lelaki, yang masih ayu dan manis walaupun sudah mempunyai lima orang anak comel.
Sekian. N3 dibuat dalam keadaan bergegas untuk ke tempat kerja.
ibundo











