Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, March 5, 2012

PERKAHWINAN DI JAKARTA

Berhenti sebentar bercerita mengenai bumi korea.
Sabtu 3 Mac aku menghadiri pesta perkahwinan di Jakarta . Walaupun sudah masuk ketiga kali aku bersama majlis seumpama itu, aku tetap terpukau dengan keunikannya.

Pelamin.



Majlis pernikahan. 
Kalau kita, persetujuan perempuan tidak dicakap terang-terangan. Malah kalau malu, senyap saja sudah dikira bersetuju. Di sini keduanya duduk bersebelahan semasa akad nikah dilafazkan.










Meminta izin kedua ibu bapa (di sini ibu sahaja kerana kedua bapa sudah almarhum) untuk memulakan hidup baru. Kata-kata dari juruacara majlis boleh membuat hadirin menitiskan air mata di saat ini.



Gadis minangnya..




Persandingan
Sebelum tetamu dijemput makan, mereka berbaris bersalaman dengan pengantin dahulu. Kemudian barulah menikmati juadah yang disediakan.








Makanan yang pelbagai


Aku tak ambil gambar kesemuanya sebab sibuk makan.



Pastinya tidak ketinggalan anak-anak yang comel.





Dan Nuke anak buahku, adik kepada niko pengantin lelaki, yang masih ayu dan manis walaupun sudah mempunyai lima orang anak comel.




Sekian.  N3 dibuat dalam keadaan bergegas untuk ke tempat kerja.


ibundo



11 comments:

cahya indah said...

their wedding seems to be lagi meriah than ours kan Bundo..

kaklong said...

best ea kak,asyik bojalan kojo ea..ponek poie korea lom abih laie kan...heheheh
selamat pengantin baru...

Cik Azz said...

Alahaaiii... Kocik2 dah pakai glinya labuh.. hehe...

Osah grand ehh... Macam majlis orang bosar yoo ni...

kucingorengemok said...

nampak berat headgear perantin ppuan... takut je sakit tengkuk lepas reception

ejaMaria said...

beratnya sanggul dia... ishh ishhh...

eh... budak minang yang gambar atas kanan tu dah macam rupa anak saya si Laila lah... ;p

kakngah said...

masih asli lagi pelamin diorg. kek tompek kito pelamin sumo dah moden.

kekocik dulu kakngah suko duk dlm bilik pengantin tgk mak andam mengandam. ralit. jam tu femes sanggul lintang.

Kakzakie Purvit said...

Wah... sarat dgn unsur ketradisian mereka. Satu yg best - hadirin beratur salam sebelum makan. Barulah semua yg datang dapat jumpa pengantin. Tempat kita selalu pengantin tak tahu pun siapa yg hadir...

Ms.Lilies said...

tang makanan tu yg syok tu kakpah heheeh

julietchun said...

kagum tengok pelamin, cantiknya.

sud@is said...

tudung ala minang cute..

ibuintan said...

cantik ea pelamin tu kakPah... anak buah kakPah ko yg kawen?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...